Bertemu lagi kita hendaknya, dalam korang sibuk draf entri terbaru, tapi pasti masih banyak yang perlu korang belajar lagi. Adakalanya nak buat blog ni, tak susah mana pun kalau korang ikut step by step yang di beri. Lagi pulak, Cikza tau ramai lagi yang ingin memiliki satu blog peribadi tapi masih tak tahu bagaimanakah caranya, korang boleh rujuk entri lepas Cikza – Panduan Membina Blog
Untuk harini Cikza nak cerita tentang tutorial meletakkan gambar selepas draft entri, maksudnya dalam korang dah menaip satu perenggan tapi nak letak gambar, tak tahu cara, meh Cikza tunjukkan cara step by step tau. Nak lagi mudah korang “Play” video tutorial yang disertakan.

Langkah 1 | Klik Pada Gambar “Image”
Lepas korang dah taip entry panjang berjela, siap bermadah pusisi bagai, mesti korang nak letakkan gambar, takde gambar, blog kita nampak ala kadar je. Caranya Klik pada gambar images tau, bukan yang anak panah tertulis Link tu, tapi sebelah tu yang ada icon bentuk gambar. Jika korang tak pasti, boleh rujuk pada video tutorial yang Cikza sertakan.

Langkah 2 | Pilih ” Choose Files ”
Bila dah klik kat icon images tu, mesti depan skrin korang akan keluar jadual seperti diatas. ( Rujuk Rajah 2 ). Klik Choose File dibawah para upload, untuk meletakkan gambar-gambar yang bersesuaian dengan entri korang tu ye. Jangan entry cerita bab cinta tapi bubuh ibarat Pokemon – GO.

Langkah 3 | Add Selected
Korang dah pilih gambar yang bersesuaian dengan tema entry ke? Jika dah, klik pada button “Add Selected”. Ingat! pilih gambar yang bersesuaian dengan entry tau, bukan gambar setakat serkap jarang je. Lari tajuk nanti ceritanya.

Langkah 4 | Hasil Keberkesananya
Tahniah! korang dah berjaya ikuti step by step langkah yang di ajar, makanya gambar korang pilih tadi, telah di upload dalam entry korang tu. So jika nak masukkan gambar lagi, ulangi langkah yang sama. Atau jika kurang pasti, rujuk ” Video Tutorial ” yang disediakan. Selamat Mencuba