Atasi Rasa Gugup Dengan Berfikiran Positif dan Berzikir

Dapat surat temuduga adalah perkara paling indah bagi mereka yang mencari peluang pekerjaan. Bagi Cikza itu adalah langkah pertama yang perlu ada untuk membina tiang kehidupan, kerana tiang itu jugaklah penentu masa hadapan kita nanti. Ramai yang mengambil sikap buat tak tahu, walhal benda tu adalah penting dalam menentukan hala tuju diri sendiri.

Yang pasti, bila dapat surat temuduga je, mesti dah kelam kabut fikir apa yang perlu dan tak perlu untuk menghadapi temuduga ni. Kadang ada yang terlampau gugup sampai apa yang di katakan adalah bertentangan apa yang di fikirkan. Cikza bukan nak kata, yang kita ni prefect sangat bekerja, tapi hargai peluang yang telah diberi untuk membina tiang pertama kehidupan. Kerana ramai lagi yang memerlukan jawatan yang diisi oleh korang.

Perkara Pertama Dalam Membina Kehidupan
Perkara Pertama Dalam Membina Kehidupan

Kita tidak pasti apa yang ingin dikatakan atau soalan yang bakal diajukan, tapi kita boleh bersedia dengan menggunakan beberapa tips mudah yang bakal Cikza kongsikan terutama mereka yang mendapat Panggilan Temuduga Untuk Sektor Kerajaan.

Tips Menghadapi Temuduga 

Tips 1 – #Keyakinan Dan Tenang 

Keyakinan, kenapa ianya perlu ada, kerana dari keyakinan kita dapat melontarkan pendapat dan jawapan dengan penuh yakin walau ianya bukan jawapan sebenar. Keyakinan juga memainkan peranan penting dan salah satu point yang dilihat untuk menangani masalah yang di hadapi dalam persekitaran pejabat. Bercerita lah tentang diri dengan penuh yakin sehingga menarik minat penemuduga, insha allah point pertama sudah ada disitu.

Tips 2 – # Fokus Isu-Isu Semasa

Kenapa wajib fokus isu-isu semasa?, itu ingin menampakkan lagi pengetahuan yang diambil tentang apa yang terjadi di persekitaran kita, walhal sebenarnya jika kaitkan dengan Tips 1 agar menampakkan lagi keyakinan kita memberi jawapan maka dengan itu disitu kita akan mendapat point perhatian dengan jawapan yang bernas di beri.

Tips 3 – #Skop Kerja Terdahulu Dan Terkini

Skop kerja, memang akan ditanya, bersiap sedia korang sebelum melangkah temuduga nanti, Cuba belajar tentang  skop kerja jawatan yang di pohon, jika kurang yakin, boleh rujuk terus ke Laman SPA  mungkin sedikit sebanyak boleh membantu korang dalam nak memahami skop kerja terkini. dan skop kerja yang di pohon. Yang penting jawapan di beri mesti dan wajib menggunakan Tips – 1. 

Tips 4 – #Etika Pemakaian 

Ini yang paling utama di pandang oleh penemuduga, kalau boleh bagi lelaki dan wanita, hendaklah berpakaian kemas, rambut pendek, dan bagi lelaki, mereka boleh mengenakan baju kemeja, tali leher, seluar slack dan kasut hitam bertutup. Bagi wanita pula, berbaju kurung adalah lebih manis. Warna kalau boleh nampak ceria ini boleh meningkatkan lagi mood kita dalam menghadapi temuduga.

Untuk kaum wanita yang bukan beragama islam, boleh berpakaian smart kasual, kemeja dan seluar slack serta kasut bertutup, tetapi kalau nak pakai baju kurung digalakkan juga. Lagi satu tips nak menyelit, tak perlu nak pakai minyak wangi tu sebotol ibarat sebotol di lumur ke badan. Dapat yang penemuduga hidung sensitif, memang ikut mood lah nak di pilih atau tidak. Yang penting mereka ingin melihat Tips 1 dalam diri kita.

Tips 5 – #Ambil Tahu Tentang Jabatan Yang Bakal Ditemuduga

Ni memang wajib, dan sangat ditekankan. Penemuduga tidak akan terlupa untuk bertanyakan, apa yang kita tahu tentang Jabatan ini, terkadang pun, mereka yang bertanya pasal barisan Menteri Kabinet Malaysia, dan apa fokus utama Jabatan ini, termasuk visi dan misi. Ini adalah point utama sebenarnya mereka melihat dari kesungguhan kita inginkan pekerjaan dan sanggup mencari dan memahami tentang jabatan tersebut.

Tips 6 – # Dekatkan Diri Dengan Allah Ambil Restu Doa Ibu  Dan Ayah

Ini yang paling ditekankan oleh Cikza sendiri, walaupun rezeki semuanya allah yang tentukan, tak mustahil jika kita semakin dekat dengan Allah s.w.t insha allah rezeki yang diperoleh mesti berlipat ganjaran besarnya, banyakkan berdoa pada Allah. Restu ibu dan ayah itu adalah yang terbaik, duduk dan pohon lah doa daripada mereka, kerana doa mereka untuk anak-anak dimakbulkan. Diri kita sendiri pun jika termampu, buatlah sunat hajat dan tahajud moga di tenangkan sepanjang temuduga tu nanti dan dipermudahkan.

Ketika kita gugup hadapi temuduga, Zikir adalah terapi terbaik untuk kita hadapi gugup tersebut, sepanjang menuju ke tempat yang nak di temuduga, berzikirlah agar kita kelihatan tenang dan istiqamah. Lagi banyak kita berzikir, lagi tenang hati kita.

Atasi Rasa Gugup Dengan Berfikiran Positif dan Berzikir
Atasi Rasa Gugup Dengan Berfikiran Positif dan Berzikir

Perkongsian Manfaat Untuk Kita Semua 

Semoga perkongsian ini bermanfaat dan jika ianya boleh di jadikan panduan maka sebarlah perkongsian ilmu tersebut kepada rakan-rakan lain yang memerlukan. Ramai yang gugup tapi ianya boleh diatasi dengan perkongsian Tips yang terakhir, Berzikir itu perlu dalam menenagkan hati. Sentiasa berfikiran positif dalam menghadapi temuduga. Semoga berjaya menghadapi temuduga.


Komen Murni Cikza

” Tahniah! Jika anda berjaya, tapi bertanya pada diri, bila kita berjaya apa langkah kita seterusnya, Fokus utama dalam temuduga ini adalah Keyakinan, Ketrampilan, Dan Pengetahuan. Itulah fokus utama menarik minat penemuduga, yang penting sentiasa pamerkan senyuman, dan usah berkerut, tahu atau tidak jawapan, senyum itu wajib, selebih berserah pada allah..”

 

8 thoughts on “Tips Mudah Hadapi Temuduga”
  1. Ambil tahu tentang jabatan yang nak kerja tu betul cikza…sebab salah satu pertanyaan tu pernah rasa dulu…

    Sebab apa awak hendak bekerja disini….
    Maut kan soalan tu…

  2. Dalam menuju hala tuju hidup bukan interview tapi matlamat (niat). Walau bagus semasa interview belum tentu bagus dalam tugasan.

    Tapi tips2 ni bagus sebagai panduan persediaan interview. No 1 berserah.. kemudian tawakal dan berusaha.

  3. Saya Ada problem sikit bab iv ni.. Saya mci study, then Ada iv Untuk masa terdekat..Perlu ka saya terus terang time iv saya mci study dan tada pengalaman kerja gah mcm org lain. Just part timer saja..
    Please tell me some advice..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge