SLE Penyakit Dalam Diam Dan Ibu Yang Melahirkanku

Beberapa minggu lepas, Cikza alami sakit di sebelah kanan badan, dan waktu tu, semuanya tergendala dari segi kerja dan event blogger yang dapat jemputan, Gelisah hati tak menentu, bila kenang sakit tak boleh nak tidur kembali semula. Mana taknya! Waktu nak baring, pernafasan dada kena control, sakit tu tuhan je yang tahu.

Checkup HUKM
Checkup HUKM

Wad Kecemasan Di HUKM

Waktu tu, memang terasa dah terlalu sakit yang sangat, hinggakan nak bergerak pun jadi sakit, selera makan terus down. Tapi Cikza tetap chill and boleh gurau lagi, di sebalik senyuman tu, hanya allah maha mengetahui. Sakit yang di tanggung. Cuma ingin kawan-kawan melihat yang Cikza nampak seperti biasa, terutama mama.  Pagi pergi HUKM macam biasa, dalam sakit, mujur allah beri kekuatan untuk memandu dalam keadaan hemah.

Sewaktu di Kecemasan HUKM, Cikza terus di ambil darah, dan buat chest-xray. Walaupun begitu, masih boleh berbalas mesej dengan abah seperti biasa, walhal di sebaliknya Cikza sakit. Namun allah beri kekuatan lagi untuk berdikari tanpa susahkan abah dan mama. Kebetulan lagi 2 hari nak TCA dengan DAY CARE HUKM kebetulan waktu tu terus jumpa pakar, tapi kerana takut nak masuk wad, Cikza sanggup tunggu ambil ubat penahan sakit. Tramadol.

Keputusan darah memang menunjukkan Flare-Up SLE tapi, Cikza memikir mama yang bakal nak buat operation mata. Cikza minta ubat tahan sakit sementara menanti TCA seterusnya lagi 2 hari bersama Pakar SLE.

20160810_075156

TCA SLE Klinik Perubatan 2

Selepas 2 hari, bertemu pakar seperti biasa, memang kecewa bila ujian darah menunjukkan tanda-tanda yang Cikza hadapi waktu tu menjurus ke Flare-Up SLE. Waktu tu tuhan je tahu, bertanya kenapa dalam diri,

SLE kenapa awak datang? Kenapa waktu sekarang ? Aku ada emak yang perlukan jagaan aku? Kenapa mesti mesti sekarang? 

Pakar SLE mencadangkan supaya di tahan wad, waktu Cikza datang TCA, demam menjangkau 39″, sakit di bahagian badan sebelah kanan. Kudrat kuat pun sebab kan mama. Sebab sebagai anak, Cikza dah berjanji nak jaga mama sakit pening ke. Sebab dulu masa mula-mula Cikza diserang SLE pun, mama yang uruskan Cikza, sikat rambut, berbual , mandikan Cikza, suap makan dan basuh air besar Cikza waktu tu. Tapi sekarang mama sakit, tak dapat buat semua tu. Cuma harapkan Cikza je. Cikza pernah Up entry pasal SLE — > Apa Itu SLE Penyakit Dalam Diam?

20160608_110928-2

Sesi memujuk doktor, sampai sanggup kena marah sebab tolak masuk wad. Tapi disebalik Cikza bagitahu hal sebenar, kenapa perlu Cikza tolak nak masuk wad. Kerana Cikza ada ibu yang memerlukan Cikza. Ibu yang terlantar sakit bakal melakukan pembedahan mata. Mujur Doktor faham. Menitik air mata suka sebab tak sabar nak jumpa mama kat Hospital Serdang. Tapi semuanya bersyarat.

  • Setiap hari ambil sampel darah untuk analisis
  • Masuk drip ubat antibiotik 2 kali pagi/petang ( walau ada skip sehari )
  • Kekuatan terletak pada steroid dinaikkan sebanyak 8 biji
Mama Yang Comel Di Katil Wad
Mama Yang Comel Di Katil Wad

Mama Di Hospital Serdang

” Akak okeh? Doktor cakap apa? Keputusan darah semuanya okeh? Chest Xray tu ok…” 

Semua tu Cikza sambut dengan senyuman, terpaksa kata okeh semuanya, walau perit nak bagitahu yang SLE dah serang diri anaknya. Menangis dalam hati, tapi kerana janji dengan mama, Cikza terpaksa sorokkan semuanya. Semua sebab tak nak bagi tekanan tinggi pada mata mama. Sepanjang mama di hospital, rutin pagi adik ambil alih, sebab Cikza nak ke HUKM sehingga petang. untuk lakukan apa yang disuruh oleh doktor, mengambil masa 2 jam untuk tidur sahaja.

Sebelah malam, lap badan mama, sikat rambut, potong kuku, berbual, kipaskan badan mama. Dan kalau mama nak pergi tandas, maka Cikza lah jadi burung tiung peneman beliau, takut jatuh dalam tandas licin tu.

IMG-20160810-WA0004
Cikza di HUKM , Disebalik Topeng Tu Meleleh Air Mata

Hari Mama Di Bilik Operation  & Cikza Di HUKM

Bertanya dalam diri, apa perasaan Cikza sebagai seorang anak waktu tu ketika Cikza sendiri sedang menerima rawatan ubat, sedangkan mama di bilik operation. Telefon tak pernah berenggang nak tahu kondisi mama melalui adik. Cuma berserah waktu tu. Menangis jangan lah cakap. Memang rasanya bengkak mata mengalahkan orang putus cinta. Tapi apa nak buat arahan doktor mesti dpatuh.

Bila habis je ubat di masukkan. terus minta pelepasan pulang sebab nak kejar mak yang di Hospital Serdang. Sampai ubat terlupa nak ambil
Bila habis je ubat di masukkan. terus minta pelepasan pulang sebab nak kejar mak yang di Hospital Serdang.

Bila habis je ubat di masukkan. terus minta pelepasan pulang sebab nak kejar mak yang di Hospital Serdang. Sampai ubat terlupa nak ambil tau. Dalam fikiran Cikza pikir mama je. Lama jugak waktu mama operation mata. Tapi. dalam hati tak henti berdoa, sebab doktor kata risiko tinggi untuk pesakit buah pinggang seperti mama.

20160815_195841
Alhamdulillah Semuanya Berjalan lancar

Alhamdulillah Semuanya Berjalan Lancar 

Syukur kepada allah, semuanya berjalan lancar. tapi part tugas Cikza nak letak ubat tu, memang nangis tengok mata mama, macam kena hiris pisau je, tapi kata mama tu tempat yang dijahit. Dan secara kebetulan Mr SLE pun dah pulih seperti sediakala, Duduk termenung memikir, agaknya allah caturkan Mr SLE hadir untuk Cikza lebih kepada menjaga mama. dan dekat dengan mama. Bagi Cikza, antara SLE dan Mama, yang paling berharga adalah Mama Cikza.

Sejak mama operation, fokus kami sekeluarga ke mama memang ketat dan penuh, penjagaan dari segi makan, papah ke tandas, monitor waktu dia mandi. yang paling best, abah selalu bebel yang mama nak langgar pantang. Sehingga ke harini, Cikza hargai masa bersama mama, betapa seminit pun Cikza hargai masa yang di beri untuk bersama mama. kadang tak sabar nak pulang balik kerja jumpa mama. Sebab itulah satu-satunya mama yang lahirkan dan besarkan Cikza, dan jaga Cikza waktu sakit. Love U mama…

5 thoughts on “SLE Penyakit Dalam Diam Dan Ibu Yang Melahirkanku”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge