Urap Pegaga, ni sebenarnya lauk kampung, kali ke 2, Cikza buat. Alhamdulillah semua menjadi. Lauk ni sebenarnya kegemaran mama Cikza, so semalam saja lah i buat kejutan untuk mama, pada awalnya tak berapa yakin, almaklum kali pertama buat memang mama yang guide, ni buat sendiri. Semalam masa pergi pasar, tersergamlah dedaun pegaga fresh sangat. Lagi pulak, ulam-ulam wajiblah di jaga baik. Mesti korang tertanya-tanya apa tu Urap? sebenarnya, Urap ni seakan kerabu, cuma ia menggunakan kelapa mentah, tapi mudah disediakan.

13413745_289743578035558_7149801433415448310_n
Urap Pegaga Menu Kampung

URAP PEGAGA MENU KAMPUNG

Bahan-Bahan

  • 2 ikat pegaga
  • 2 biji kelapa parut ( putih sahaja )
  • garam & gula ( ikut rasa )
  • 3 sudu besar Minyak

Bahan Kisar Lumat

  • 2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 ekor ikan bilis / (ATAU 1 sudu besar udang kering )

Cara Penyediaan

  • Daun pegaga di basuh bersih dan di toskan kering. Asingkan akar dan daun pegaga, pastu, potong pendek, terus tolak ketepi.
  • Satukan bahan kisar tadi dengan kelapa putih, gaul rata dan sekata, buh garam, gula sedikit.
  • Tumiskan kelapa seakan nak buat serunding kelapa, ( lagi lama lagi bagus, lagi sedap )
  • Masukkan daun pegaga tadi, masak sampai lecur.
  • Hidangkan ketika panas.

Tips Cikza

Bila menggunakan kelapa, takut tak tahan lama, akibatnya kelapa jadi masam, penyelesaiannya kelapa tersebut di goreng hingga separuh kering seakan masak serunding.  Itu memastikan agar kelapa tahan lama.

 11,729 total views,  11 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge