Bila sebut produk Nu Skin | Ramai masih teraba-raba mencari, popular ke? Produk apa tu? Sebelum ianya tenggelam dan terperap lagi. Cikza nak berkongsi pengalaman seharian di Nu Skin Ekspo. Jenama Nu Skin telah mula bertapak di Malaysia selama 15 tahun, tapi memfokuskan kepada produk anti-penuaan kulit. Tidak berfokus kepada Skin-Care. Bersama blogger yang secara kebetulan merupakan team KBBA9 kebanyakkan dalam group tu yang di create oleh Syu ki, Jadinya mudahlah tugas kami, dalam masa sehari tu, Cik Yuyin, Bonde dan Kak Zura menjadi team Cikza untuk ke Ekspo Nu Skin di Kuala Lumpur.

Pengalaman Di Ekspo Nu-Skin
Terdapat pelbagai jenis pemeriksaan kesihatan secara percuma yang disediakan, tapi tidak semua yang Cikza dapat mencuba kerana kesuntukkan masa. Tapi dalam apa yangh sempat dilakukan macam Anti-Oxidant Scan, Skin Analysis, Drink Sampling dan Spa Trial semuanya memang patut dilakukan sebulan sekurang-kurangnya sekali untuk menentukan tahap kesihatan kulit kita. Lagi pulak kita yang bekerja ni, seolah tiada masa untuk memikirkan tentang permasalahan kulit.
Nu-Skin Kini 15 Tahun Di Malaysia

Nu-Skin adalah syarikat yang sudah mula bertapak di Malaysia, tak disangka selama 15 tahun. Turut memfokuskan produk anti-penuaan selain produk berteraskan kesihatan. Rata-rata kebanyakkan menjadi tumpuan adalah produk anti-penuaan yang sememangnya berkesan. Selain produk anti-penuaan turut disertakan adalah produk-produk kosmetik yang ada segelintir terjual di cawangan Malaysia. Pakar sains Produk Nu-Skin telah membuktikan bahawa Age-Loc merupakan teras utama agar kelihatan lebih muda sentiasa.






Komen Murni Dari Cikza
Sepanjang pengalaman kat sana, macam-macam jugak feedback yang Cikza dapat tentang skin sendiri, antaranya mujur kulit Cikza di kategorikan sebagai dalam lingkungan dibawah kawalan. Sebab tu Cikza masih Flawless lagi. Dan tak sangka pulak kulit kita ni okeh. Lagi pulak Cikza jarang buat facial. Biasanya dapat kupon cuma let-go ke kawan-kawan. Tapi selepas ni, dengan usia muda yang tak dimamah usia ni, kena wajib menitik beratkan penjagaan kulit muka. Sewaktu sesi menilai tahap antioksidan dalam kulit. Analisis menunjukkan memang terbaik kulit Cikza takda masalah.
Tips Penjagaan Kulit Dari Cikza
- Tips 1 | Sentiasa berfikiran postif dan banyakkan senyuman, bila kita positif happy, kulit kita tak stress tau. Bila senyum sentiasa secara tak langsung kita buat senaman di otot tulang pipi tu yang akan menyebabkan muka kita bertambah berseri.
- Tips 2 | Sentiasa minum air mineral, amalkan sebab boleh membuang segala kekotoran yang ada dalam badan. Kurangkan minum berkafein seperti kopi
- Tips 3 | Air wudhuk sebenarnya mencantikan kulit dan awet muda. Jadi sebelum nak tidur sekalipun, cuci muka dan amalkan mengambil wudhuk.
- Tips 4 | Jadikan tisu basah sebagai teman baik kita sendiri, kalau boleh cari yang lembut, bila sapuan pertama tu buat kulit terasa lembut. Tisu basah yang di syorkan adalah Tisu Imaan Suci Wipes
Semoga perkongsian pengalaman dan tips kecantikkan dari Cikza bermanfaat buat korang semua. Jadi kepada kaum hawa, Cikza nak pesan, silalah menitik beratkan penjagaan muka dan kesihatan dalaman agar kta tampak muda sihat sentiasa, Tak rugi keluar berpuluh ringgit untuk penjagaan kita sendiri. Bagi yang dah berkahwin, biar cantik di depan suami, bila di puji suami kita sebagai isteri dilambung dalam hati.
This is a wonderful review! Loving it~ ❤️❤️❤️
Tq shu yi.. hope next time kita boleh bekerjasama lagi.
Thanks utk tips tu 🙂
sama-sama semoga ianya membantu.. 🙂