Kelas SEO Mantap

Menulis ni bagus, tapi lagi bagus jika ada input dan output berguna dengan apa yang dikongsikan, kata orang ” Biarlah menulis tu sampai ke hati ” itu adalah yang Cikza terapkan sehingga harini. Berkongsi cerita itu adalah yang paling sangat Cikza suka, hinggakan ada kawan yang mencadangkan Cikza supaya bina blog peribadi untuk berkongsi. Orang kata “Bodoh Sombong” kalau belajar tanpa guru, kekonon bijak pandai sangat. Menulis dah bagus, tapi kalau dah merapu meraban tu yang di gelar “Blogger Syok Sendiri” . Akhirnya bila dah merapu sana-sini dah takda idea nak diketengahkan, kesudahannya bertahun lah blog tu bersawang. Sebenar Cikza suka tengok penulisan Ezad Izzuddin Blog  dan Ben Ashaari.  Tapi rupanya nak bermula dari bawah semula tu nampak mudah tapi rupanya susah, Bila ada blog ni, bukan setakat menulis tapi letakkan kita masih perlu belajar dan belajar tanpa jemu sehingga kita dapat capai target apa yang di nak. 


Menulis Blog Perlu Ada Target 

Target dan Hala Tuju
Menulis Perlu Ada Target

Menulis blog bukan sekadar suka-suka, tapi perlu ada target dan tujuan. Bila renung balik entri-entri lepas, memang nampak jawapannya. Rupanya bukan setakat merapu tapi dah capai tahap bosan nak baca blog sendiri. Sebab tu, bila mula menulis blog, letakkan sasaran dan target kepada siapa, dan kenapa kita menulis blog. Tapi pada awal Cikza tak menitik beratkan nasihat disitu. Menulis ikut suka, dan akui Cikza masih dalam ingin belajar dan belajar lagi. Bermula dari blogspot, kini beralih ke wordpress! hellooooo! wakeup Cikza! Sekarang bukan masa buat penulisan macam budak sekolah, fokus dan bila beralih ke wordpress ni, kena semakin banyak kita belajar dan belajar. Kadang bila kita dah buat satu post, dan kongsikan di media sosial. Namun hanya beberapa orang yang nampak apa yang kita post. Cuba kita lihat sebagai contoh Ben Ashaari, Hasrul Hassan dan Kisah Emas Putih.  Setiap kali mereka yang berjaya ni post di media sosial pasti mendapat perhatian. Terdetik di hati macammana nak jadi seperti mereka. Dan sebab tu setiap kita menulis di blog, dalam diri perlu ada target nak dituju setiap entri kita di kongsi di media sosial. Bukan setakat cut and paste je.


Kelas Membina Blog Sebagai Panduan Permulaan 

Kelas SEO Mantap
Teman-Teman Sekelas Bersama Cikgu Dalam Sesi Pembelajaran

Kata orang kalau nak belajar biar sampai ke negeri China, kerana diri masih lagi lemah dalam ilmu selok belok blog, maka dengan bantuan kawan-kawan seperti Umminani dan Yanie Yusuf masing-masing dari Kelab Blogger Ben Ashaari, Maka secara rasminya menjadi pelajar kepada dua orang cikgu iaitu Cikgu Sohoque dan Cikgu Hafiz Rahim dari MYSCreative.com yang hensem, kacak, dan bergaya. Cikgu Sohoque merupakan pakar SEO yang telah lama berkecimpung dalam dunia maya, beliau juga merupakan finalist Saleduck Food Blogger Award. selain Sohoque.com, beliau juga turut mempunyai satu lagi blog yang berkisahkan semua tentang makanan, Explorasa.com. Cikgu kedua yang memfokuskan teknikal SEO, iras-iras chinese look tau, Cikgu Hafiz Rahim pemilik blog Hafizrahim.comPertama kali, Cikza masuk kelas SEO ni memang bermula dari bawah tanpa sebarang ilmu. Konsep pembelajaran secara santai, bukan dalam kelas seakan universiti, tapi di Old Town Bangsar South, selain disertakan nota yang mudah difahami, yang paling penting input yang diberikan mudah difahami memudahkan lagi urusan pembelajaran dalam menuntut ilmu dari dua tenaga pengajar yang begitu mahir tentang SEO dan Teknikal. Pada awalnya memang pening sedikit, tapi bila sedikit sebanyak serta amalan yang di praktikkan memang Cikza akui masih perlu banyak latihan dalam diri dan belajar serta belajar lagi untuk memantapkan lagi blog sendiri. 


5 Target dan Hala Tuju Selepas Kelas Sifu SEO

  • Target Pertama | Ingin menjadikan blog bukan sahaja sebagai perkongsian berguna, bahkan boleh meraih sumber pendapatan tambahan.
  • Target Kedua | Ingin menjadikan entri sebagai enjin pencarian di ranking page pertama google dan sebagainya.
  • Target Ketiga | Ingin  tingkatkan trafik blog mengikut kemampuan diri dan ketinggian setiap PV dan UV setiap bulan sehingga puas dalam diri.
  • Target Keempat | Penstrukturan semula blog agar mudah dan mesra pengunjung. berfokus pada cara penulisan untuk memikat hati pembaca.
  • Target Kelima | Ingin menggunakan ilmu yang diberikan sebaik mungkin sehingga jenama sendiri sebaris dengan blogger terkenal.  ( Berangan rasanya ni, tapi tak mustahil )

 


Komen Cikza 

Kelas kalini memang terbaik, dan sesuai di hadiri oleh semua lapisan yang benar-benar ingin serius dalam dunia blog. Input SEO yang bermula dari bawah dan branding yang sesuai memang penting untuk menentukan hala tuju blog kita. Kelas dari tenaga pengajar yang berpengalaman dan nota ringkas yang disediakan lagi memudahkan sesi pembelajaran, tidak terlalu tertekan tapi berkonsepkan santai buat kelas semakin mudah difahami. Rasanya korang yang dah beralih ke WordPress tak rugi pun berbayar kelas semata nak dapatkan ilmu. Akhir kata, kita berusaha ikut kemampuan diri, tapi penambahan ilmu boleh memantapkan diri. Tepuk dada tanya hati apa hala tuju blog kita sebenarnya. Semoga impian Cikza menjadi kenyataan dan setiap ilmu yang dicurahkan insha allah akan di praktikkan sehingga berjaya mencapai target yang di tetapkan.

 440 total views,  1 views today

10 thoughts on “Kelas Belajar Buat Blog Secara Santai”
  1. Bagi saya impian tu semua bukan berangan jika disertai dengan goal setting, planning, implementation dan monitoring. Ianya akan menjadi angan jika kita hanya berimpian tapi tanpa apa2 usaha dan perancangan untuk menggapai impian itu.

    Langkah mencari ilmu dah dibuat. Langkah seterusnya adalah mempraktikkannya disamping tidak jemu mencari ilmu.

    Moga cikza terus maju dalam dunia blogging. Kipidap
    Explorasa recently posted…Restoran Delong Coffee and Such – Mencari Menu Masakan Terengganu Tidak Lagi Jadi MasalahMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge