Lama tak menjengah Pasar Malam Sabtu Jalan TAR, rasanya kalau ikutkan kajang dengan KL bukannya jauh, sekangkang kera je pun. Sebenarnya saje bodek mama, kekonon fefeeling short vacay, padahal nak pergi Pasar Malam Jalan TAR je kot. Terus google, hotel paling dekat dengan Pasar Malam Jalan TAR.
Rupanya, ada hotel yang 1 minit berjalan kaki terus ke Pasar Malam Jalan TAR. Tapi ada masalah pulak, terfikir nak parking kat mana sebab, terlupa nak tengok kemudahan parking hotel, turut disediakan atau tidak. Mujurlah ada pak guard yang 24 jam memantau persekitaran. Nama pun Hotel Bajet Bandar

Dari Sogo dah nampak kelibat hotel tu, rupanya memang tak jauh mana pun. Belakang hotel je pun, cuma turun tangga je, dah boleh menapak terus ke Pasar Malam Jalan TAR. Rasanya tempat dah cukup strategik, cuma ada masalah parking je. Rasanya mereka yang nak kesini, parking paling dekat di Tapak Parking, sebelah Cimb KL. cuma mahal sikitlah kan, tapi Cikza prefer mereka parking dekat Medan Parking Bertingkat DBKL.

Melangkah ke Frenz Hotel, memang teruja, terutama sekali mama, sebab memang berdekatan sangat dengan medan jual kain pasang, rasanya mama lah kot paling enjoy dapat cuci mata. Tapi tujuan utama nak pergi Pasar Malam Jalan TAR je. Takde isu lain nak di tuju, tapi hati bersabar tengok macam-macam peten kain ada. Mengucap di buatnya.



Bila dah check-in, rasa macam selesa, katil empuk sangat, siap boleh lambung-lambung lagi tau, Cikza ambil dua bilik sebab bagi keselesaan pada famili. So kebetulan time tu hari weekend memang fully house lah. Mujur tinggal 4 bilik Standard lagi, HARGA? Nak sebut rasanya takut korang rasa mahal, tapi kalau korang, yang terus bertanya pada Frenz Hotel, maybe dapat rate lagi murah kot.
Cuma satu malam je kat sini, hanya kerana nak pergi Pasar Malam Jalan TAR, Kepada mereka yang nak menginap sini, atau nak tahu keterangan lanjut :-
Frenz Hotel Kuala Lumpur
135, Jalan Tuanku Abdul Rahman
50100 Kuala Lumpur, Malaysia
Tel: 603 2693 7878
Komen Murni CikZa
” Keseluruhan Frenz Hotel memang selesa bagi Cikza, cuma kemudahan parking tidak disediakan, merumitkan lagi keadaan, terpaksa jalan jauh. Tapi yang terbaik, memang berdekatan dengan pusat membeli belah Sogo, Mara DIgital dan Medan Kain Pasang. Rasanya kalau menginap hanya nak duduk 1 hari dah boleh untuk shopping kedai-kedai berdekatan. Internet Wifi memang terbaik laju 24 jam. Kebanyakkan yang mengginap ni, sesuai untuk mereka yang sekadar ingin shopping dan jalan-jalan di sekitarnya sahaja. “
diam-diam, bil apergi bercuti ini.. best juga tgk ni
umminani recently posted…PENYANYI DARI PELBAGAI GENRE BERGABUNG TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA
Hehehehe… diam2 berpandangan mata bertentang mata.. haritu, nak p sangat pasar malam jalan tar, malas nak balik tu yg check in hahahaha
kalau buka agoda memang selalu nampk hotel nie..
tgk pada komen ok ler hotel ni.
kena dgn harga
tapi x pernah terlintas lagi nk menginap.
boleh masuk dalm list ler kalau cik za dah kata OK.
Tapi katil empuk.. turun bawah terus p pasar malam, namun hampa tempat parking tak disediakan
Amboi nak pi pasar malam dok hotel teruih hehe. Tapi best kan sekali sekala buat camtu, rehatkan minda dr rutin harian yg biasa
tulah mama, semata nak g pasar malam, cuma ada hari sabtu je. turun je dah menuju ke pasar malam..
Bilik air transparent ke? 😱😱😱😱
Bilik air superduper best..