Bersungguh – sungguh dan tangkas ! itulah corak permainan Dato’ Lee Chong Wei dalam pertemuan bersama Chen Long semalam. Seluruh rakyat Malaysia berdebar di setiap pelosok yang ada. Menggunakan live streaming, menonton di skrin besar. Ramai rakyat Malaysia mengharapkan emas pertama dari Dato’ Lee Chong Wei. Tiada istilah tewas, langkah kebangkitan terus menerjah selangkah demi selangkah.
“Saya tahu 30 juta rakyat Malaysia memang kecewa, saya rasa bersalah, namun saya dah cuba yang terbaik kerana ini adalah Olimpik terakhir saya..”
Dia tetap juara, dan jaguh No. 1 Dunia, walaupun tewas di tangan Chen Long pemain China, walaupun Olimpik Rio 2016 ini adalah yang terakhir baginya, dan tidak akan beraksi lagi pada Olimpik seterusnya pada tahun 2020 nanti. Namun apa yang di harapkan agar pelapis yang bakal beraksi nanti, mampu menjadikan Dato’ Lee Chong Wei sebagai Lagenda Malaysia dalam sukan Badminton yang akan datang. Yakin! ramai lagi pelapis yang mempu menjadi seperti beliau.
Komen Cikza :
Sebagai rakyat Malaysia, Cikza berasa bangga kerana menang atau kalah itu adat pertandingan. Tapi Dato’ Lee Chong Wei tetap Wira Negara di hati rakyat Malaysia. Menitik air mata bila mengumumkan yang beliau tidak lagi beraksi pada kejohanan Olimpik 2020 seterusnya, kerana ini adalah yang terakhir baginya. Tapi Cikza lihat, Dato’ Lee Chong Wei tidak pernah sesekali mengaku kalah, dan sebagai rakyat Malaysia,
Cikza respek dengan beliau. Tiga kali beraksi hanya dapat pingat Perak, bukan senang dia nak melangkah semi selangkah ke pertarungan seterusnya sehingga tahap tinggi sebegini tau. Memang kita semua mengharapkan Emas, tapi Perak pun tetap Pingat yang berjasa bagi kita semua. Mungkin apa yang diharapkan adalah anak didiknya memberi kejutan terbesar pada olimpik yang akan datang, mana tahu dapat meraih Emas, sudah tentu dia adalah orang pertama bangga tau. TAHNIAH BUAT DATO’ LEE CHONG WEI!!
Ya.. sedih melihat DLCW kalah dalam final olimpik kali ni.. Walaubagaimanapun beliai tetap wira kita..
anuar recently posted…Chen Long, Jaguh China Kedua Menghampakan Lee Chong Wei di Pentas Olimpik
Betul.. tp ini olimpik terakhir bg die.. so die dah cuba yg terbaik..
berat mata memandang. berat lagi bahu memikul.
Terima kasih Dato’ Lee Chong Wei.
zulhilmi tempoyak recently posted…PENING MIMPI CARI BAJU TEMA KAHWIN UNTUK FAMILY!
Sedih and sebak rasa tau.. tapi bangga walai bukan emas.. die tetap wira negara
chong wei tetap wira kita 🙂
Ubai recently posted…SENARAI BLOGGER WANITA 2016 !
itulah wira sebenar malaysia 🙂
kita tetap berbangga dengan pencapaian beliau
amin.. selama die bawa nama malaysia, kita sangat bangga dengan mereka.
Tiga kali final Olimpik dan memenangi ketiga – tiganya Perak bukan pencapaian yang cukup mudah bagi kita, Sememangnya ini adalah pencapaian yang luar biasa dan diluar jangkaan. Kenapa saya kata camtu sebab untuk Olimpik yang tahun ini, dia bukan sahaja memenangi Perak, tetapi hati orang Malaysia tidak mengira kaum, bangsa dan agama. Itulah pencapaian agung DLCW yang bukan mudah untuk dicontohi oleh generasi akan datang.
DLCW dah pernah menang Piala Thomas, Kejuaraan Dunia & Emas Olimpik. Sebagai rakyat Malaysia, kita betuah kerana Malaysia memiliki anak jati sebegini yang berjaya menjadi buah mulut peminat badminton sedunia. Apatahnya, orang negara lain boleh puji DLCW. Kenapa pulak bukan kita sedangkan dia rakyat negara ni. Betul? Dalam aksi final pun selepas lama meninggalkan training untuk menyelesaikan masalah mahkamah, dia still boleh nampak tenang dan unggul.
Disini, saya mengucapkan terima kasih kepada DLCW kerana bukan sahaja memenangi Perak, tetapi
memenangi hati rakyat Malaysia untuk senantisa memberi sokongan padamu. Semoga dia meneruskan lagi perjuangannya yang terakhir di Olimpik akan datang dan tidak mengambil keputusan untuk bersara awal.
terima kasih kerana sudi komen di blog sy. kerana bg sy DLCW adalah kebanggan malaysia
cikzacom recently posted…YanieYusuf. Com | Blogger Malaysia Pilihan Cikza