Tajuk dah macam muka depan akhbar, tapi para ibu bapa wajib jugak fikir keselamatan anak kecil masing-masing, adakah dah cukup yakin ianya selamat. Terdetik di hati, rupanya ramai yang kurang pasti akan keselamatan anak-anak kecil di rumah sendiri. Lagi pulak, kebanyakkan para ibu bapa melakukan aktiviti seharian di rumah dan anak di bawah pengawasan yang minimum.

Berapa ramai yang akan kata YA! Dalam soalan yang bakal diajukan.

  • Adakah anak korang pernah terkepit pintu?
  • Adakah anak korang selalu terlanggar bucu tajam
  • Adakah anak korang selalu bermain bukak dan tutup pintu almari?
  • Adakah jawapan korang diatas semuanya YA?
Produk Lunavie | Alat Keselamatan Untuk Anak-Anak Di Rumah
Produk Lunavie | Alat Keselamatan Untuk Anak-Anak Di Rumah

Jika jawapan korang tadi semuanya YA! Ini lah jawapannya jika korang baca entri Cikza sampai penghujungnya. Produk Lunavie adalah alat keselamatan yang direka khusus untuk anak-anak dirumah. Terkadang kesian melihat jari anak terkepit pintu, luka di kepala terkena bucu meja dan macam-macam lagi. Runtun hati Cikza kalau Firash terkena semua soalan yang Cikza kongsikan tadi. Dulu asal datang umah, suka sangat dia main pintu bilik, hati siapa tak risau kalau jari gebu terkepit. Dengan Lunavie korang tak perlu risau lagi. Semuanya terjamin insha – allah.

Lunavie | V-Shape Corner Protector

Produk Lunavie | Adakah keselamatan anak terjamin?
Produk Lunavie V-Shape Corner Protector| Adakah keselamatan anak terjamin?

Lunavie | V-shape Corner Protector  direka khas untuk menutupi keseluruhan bucu meja yang tajam bagi mengelakkan terkena di kepala, dan seluruh anggota badan. Ianya direka khas untuk melindungi anak-anak dari sebarang kemungkinan dan kebarangkalian, budak-budak ada ketikanya suka berlari dalam rumah dan melompat atas kerusi. Tapi sebelum tu jangan lupa kenakan Lunavie V-Shape Corner Protector sebagai langkah keselamatan untuk anak-anak dirumah.

Lunavie | Slider Lock

Lunavie Slider Lock | Adakah keselamatan anak terjamin di rumah ?
Lunavie Slider Lock | Adakah keselamatan anak terjamin di rumah ?

Lunavie | Slider Lock dirumus khas seolah kunci kepada laci-laci dan pintu kabinet, almaklum ada ketikanya budak-budak ni suka sangat bukak tutup pintu almari, lagi pulak korang yang mak-mak ni suka sangat simpan corning ware, visions, periuk kaca buffet dan sebagainya asalkan berkaca. Kalau pecah tu mau menangis tak berlagu korang dibuatnya. Lagi pulak, Lunavie Slider Lock mudah digunakan, cuma lock je di pemegang pintu laci atau kabinet. Jadi dengan tak sengaja dapat menyelamatkan periuk-periuk kaca korang.

Lunavie | Safety Door Guards

Lunavie Door Safety Lock | Adakah Keselamatan Anak Kita Terjamin Di Rumah
Lunavie Door Safety Lock | Adakah Keselamatan Anak Kita Terjamin Di Rumah

Lunavie | Door Safety Door Guards dirumus untuk menyendal pintu agar bila anak-anak sibuk main pintu, jari tak terkepit. 30 hari belum tentu luka tu pulih. Trauma pun ada jugak tau. Parah kalau kalau tak di bendung. Lagi pulak budak-budak kecil belum tau apa-apa teruja tengok pintu tu bukak tutup. Kadang jangan kata main pintu bukak tutup, kot lah tombol pintu rosak, dah satu hal nak kena pecahkan pintu. Usah khuatir Lunavie Door Safety Door Guards sedia membantu. Takkan terkunci anak korang dalam bilik nanti terutama kanak-kanak 3 tahun kebawah. Macam Firash, memang kegemaran dia main pintu bilik duk bukak dan duk tutup. Tapi tu dulu, sekarang tau dah bahaya!

Pentingnya Penjagaan Keselamatan Dirumah

Dengan adanya ketiga – tiga barang ni, insha allah keselamatan anak korang dijamin selamat. Lagi pulak alat-alat yang di syorkan memang ada ciri-ciri keselamatan yang buat korang tak perlu risau lagi. Jadi kalau korang nak dapatkan produk ni memang sangat Cikza syorkan. Jangan kata untuk anak-anak korang bahkan untuk anak buah, adik angkat, dan adik sepupu boleh menggunakannya asalkan ia kanak-kanak 3 tahun kebawah.

Produk Boleh Didapati 

Lunavie Website  Instagram Lunavie  Facebook Lunavie


Peraduan Selfie Dan Menang Bersama Produk Lunavie

FB_IMG_1471106357148

RM200 cash voucher! WOW! Meriahnya hadiah kan. Lunavie ada sediakan contest khas bagi menghargai pengguna Lunavie. Tarikh tutup 1hb September 2016. Tak banyak masa lagi. Cuma ikut step yang diberikan yang paling penting selfie bersama produk Lunavie kalau nak menang.

 492 total views,  2 views today

2 thoughts on “Bagus Sangatkah Produk Lunavie Untuk Keselamatan Anak Di Rumah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge