Lapar? Perut Cikza memang tak boleh kalau kelaparan lebih dari sejam, kena sentiasa terisi. Maklumlah weekend kebiasaan mana ada kedai yang bukak waktu-waktu lunch, terutama di kawasan yang agak padat dan sesak. Hanya jalan kaki dari pejabat terus sampai ke kedai yang dituju. Nampak buruk rasa belum tahu lagi.
Cikza memang penggemar makanan chinese style, kebetulan ada restoran yang berdekatan dengan pejabat Cikza, khabarnya ramai teman sepejabat terutama berpangkat atas, gemar kunjung ke restoran tersebut. Takkan harga mahal kot? Tapi kalau mahal disebabkan rasa berbaloi, layankan jerlah.
Lokasi Berdekatan Dengan Flaminggo Ampang
Terletak bersebelahan dengan Hotel Flaminggo, Ampang dan 3 minit dari Ibu Pejabat Risda Ampang, Eastern Crabs terletak di Bangunan Plaza Ampang City. Pada awalnya nampak bangunan seperti tinggalan yang jarang digunakan. Tapi rupanya, disebalik buruknya bangunan tersebut, ada terselit jugak kedai makan yang di katakan sedap. Betul ke sedap?
Ruang restoran yang simple nampak kurang memuaskan, walaupun padat dan sempit, tapi masih boleh bertahan dengan adanya penghawa dingin yang superb sejuk. Susun atur meja makan walaupun nampak kemas tapi masih perlu di perbaiki agar nampak luas.
Bila Cikza melangkah masuk je memang terpegun dengan hiasan makanan yang ada, rasa perut dah berkeroncong lebih dah ni. Khabarnya Eastern Crab ni turut menyediakan tukang masak terkenal yang diimport dari Hong Kong. Maklumlah Cikza keenakkan makanan, mesti setanding dengan Chef Wan or Chef Ismail kan! Jom terjah menu.
Penyepit Ala-Ala Playar
Menu pertama dihidangkan adalah teh o ais limau sebagai penghilang dahaga, tapi terfikir, restoran punya menakutkan tapi hidang macam kedai mamak je? mustahil! Rupanya, itu sebagai Welcome Drink, bila pelayan dah bersusun pinggan, maka terkejut jugak, kenapa diberinya playar? Nak buat apa playar ni? takkan makan skru ke bolt nat ke.
5 Menu Utama Yang Memukau
Hidangan utama disini bertumpu kepada ketam, tapi Cikza tak boleh nak hadap ketam banyak-banyak takut mengaru-garu satu badan, Ketam yang disediakan adalah Ketam Halal Sri Lanka. Saiznya menakutkan semuanya XXL tau. Cikza pun pakai baju size XL. Harga satu hidangan seekor ketam adalah RM65.00 tau.
Menu Terbaik Pembuka Selera
Tarikan utama restoran ini adalah ketam, tapi ada jugak menu penarik selera yang buat Cikza rasa lapar semula, Ingatkan hidang ketam je depan mata, tapi ada jugak lah hidangan tambahan yang menarik selera tekak Cikza ni tau. Harga bermula dari RM 8.90 dan keatas.
Menu Sampingan Yang Boleh Dijadikan Sandaran
Menu sampingan ni, sesuai bagi mereka yang sekadar nak merasa buat sedapkan tekak, tapi not bad jugak bagi Cikza. Lagi pulak nak makan ketam semahal-mahal tu time pertengahan bulan memang keluar dari listing lah, Tapi hidangan lain boleh jugak jadi pilihan. Ada pelbagai pilihan lain yang sedap jugak lah kiranya bagi Cikza. Harga bermula dari RM6.90 keatas
Minuman Penghilang Dahaga
Rasanya bila dah order makanan, mesti nak air sesedap buat penghilang tercekik di tekak. Walaupun nama pelik-pelik tapi rasanya memang superb dan kalau ikutkan ianya minuman jus kesihatan jugak tau. Biasanya ramai yang order air biasa-biasa, cuba sesekali berubah angin. Bermula dari RM 10.50
Nampak macam best tau, tapi nama pelik. Ini lah Fruit Mocktail yang bagi Cikza akan ingat sampai bila-bila ada nama Ferari lah, Roth Paradise dan macam-macam nama pelik lagi. Fuh! menyengat habis, nama-nama tu mudah akan diingati.
Segala Maklumat Lanjut Bolehlah Berhubung ke :
Facebook Eastern Crab
G.02 & G.03, Ground Floor, Plaza Ampang City, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia,
Federal Teritory Malaysia
Untuk Tempahan : 012-9232344 / 03-42666331 ( Manager Ali )
Komen Murni Cik za
Keseluruhan, walaupun kedai ni tersorok, nampak buruk pada awalnya, namun semuanya terletak pada hidangan yang disediakan. Cikza memang prefer ke sini, terutama bulan ramadahn, memang sangat di syorkan. Sesuai untuk mereka yang minat hidangan chinese style dan inginkan kelainan. Ketam-ketam yang disediakan memang fresh dan halal untuk di makan. Lagi pula Cikza rekomenkan Butter Milk Crab memang sangat terbaik. Insha allah akan ke sana lagi.
sedapnya…aihhh
memang sedap, kedai tu capuk habis, tapi tarikan utama terletak pada makanan. 🙂
Oh gosh..akak dh la penggemar ketam..ok boleh ajak cik abg pi sini nanti
za, selalu p waktu bulan ramadhan, tapi memang di rekomenkan sebab kebanyakkan staff risda gemar makan kat situ.
Huishh ketam nipahnyaaa.. terliur sangatttt. Ena teringin nak makan ketam nipah
Ina Ainaa recently posted…GIVEAWAY RM400 | ASYAAMIN
Try lah tp memang rate harga mahal sgt..
Terima kasih info tentang ini sangat bermanfaat.
Oiya sekedar info nih, bekerja sebagai chef atau koki di kapal pesiar berpenghasilan tinggi lho.. Bahkan bisa sekaligus keliling dunia dan itupun dibayar dengan gaji yang besar..
Semoga website ini terus menyajikan info yang menarik dan bermanfaat bagi pengunjung dan pembaca.
Amin.. terima kasih kerna sudi baca blog picisan.. salam sy dr malaysia