Masih dalam bulan syawal lagi kiranya, dah pening kepala tak tahu nak sediakan apa lagi untuk tetamu, mee goreng? mee bandung ? bihun goreng? semua dah menjadi tradisi kebiasaan menyediakan kepada semua tetamu yang hadir. Bosan pulak lagi-lagi hidang ketupat, rendang, lontong dan sebagainya, Arghhhh! tension kalau memikirkan. Pepagi lagi dah menebeng kat pasar, tengok ubi semua fresh-fresh gitu. Apa lagi memboronglah kita ubi kayu di pasar muar haritu. Tapi takkan nak sediakan menu yang sama, ubi rebus, ubi goreng, semua dah sinonim. Meh Cikza nak kongsi satu resepi kelainan sikit bezanya hanya berempah tapi ranggup.

Ubi Goreng Ranggup Berempah | Raya 2016
Ubi Goreng Ranggup Berempah | Raya 2016

Resepi Ubi Goreng Ranggup Berempah

Bahan – Bahan

  • 1 kg Ubi Kayu ( Dibuang Kulit dan Di rebus )
  • 1/2 cawan tepung beras (*boleh guna tepung gandum)
  • 1/2 sudu serbuk kari
  • Daun kari
  • Garam secukup rasa
  • Air
  • Minyak Masak

Cara Penyediaan

  1. Ubi kayu di buang kulit dan di potong menjadi jejari di rebus terlebih dahulu sehingga empuk.
  2. Semasa ubi tengah direbus, apa kata sediakan tepung perapan, satukan kesemua bahan seperti tepung beras, serbuk kari, garam, daun kari dan masukkan sedikit air.
  3. Bila ubi telah empuk, sejukkan ubi terlebih dahulu. dan di gaul bersama bahan perapan tadi, biarkan 15 minit sebelum menggoreng dalam minyak yang betul-betul panas.
  4. Goreng sehingga kekuningan, dan terus hidang untuk minum petang.

Tip Dari Dapur Cikza

Simple dan mudah nak sediakan, tepung beras tu boleh di gantikan dengan tepung gandum, tapi nak lagi ranggup guna tepung beras. Jika nak pedas, boleh di tambah dengan serbuk cili dan di gaul bersama tepung perapan tadi. Sesuai sangat dihidangkan waktu-waktu santai sambil cicah sambal sardin or ikan bilis aduh! memang terangkat habis.

 8,205 total views,  4 views today

6 thoughts on “Ubi Goreng Berempah Ranggup Habis”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge