Serunding kelapa pasti ramai yang tertanya-tanya, apa tu serunding kelapa, sebab tak pernah dengar, kebiasaan hanya dengar serunding daging dan serunding ayam atau serunding ikan. Tapi serunding daging ni adalah resepi dari mama dan menjadi kegemaran keluarga Cikza sendiri. Cara penyediaan mudah tapi beecinta sangat kalau part nak bagi kelapa tu kering tanpa basah.

Serunding Kelapa Bonda

Bahan A ( Kisar ) 

  • 15 tangkai Cili Kering
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang kecil
  • 2 batang serai
  • 1/2 inch halia
  • 1/2 inch lengkuas
  • 1/2 inch kunyit hidup
  • 1 sudu teh ketumbar
  • 1 sudu teh jintan manis

Bahan B

  • 3 biji kelapa parut ( putih sahaja )
  • Daging Kisar ( ikut suka )
  • 1 sudu  besar Gula perang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Garam secukup rasa
  • Minyak masak

Cara Penyediaan 

  1. Satu kan kesemua bahan tadi, kecuali minyak. Gaul rata dan sekata. Pastikan kesemua putih kelapa telah di ratakan dengan rempah kisar tadi.
  2. Perapkan bahan gaulan tadi selama 30 minit dalam peti sejuk tujuan nak serapkan rempah tadi kat kelapa tersebut
  3. Panaskan minyak masak dalam api yang sederhana, masak sehingga kering dan tak basah. (Anggaran masa adalah 1 jam)

Tip Dari Dapur Cikza 

  • Perap selama 30 minit, atau lagi lama lagi bagus, menyedapkan lagi serunding kelapa tu. 
  • Daging tu cuci dengan air limau untuk hilangkan hanyir. Dan di rebus terlebih dahulu. 
2 thoughts on “Serunding Kelapa Resepi Bonda”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge