Semua orang dah buat ucapan raya, cuma Cikza terlambat sedikit almaklum namapun #teamorangdapur jadinya banyak habiskan masa di dapur sepanjang hari. Penggunaan internet pun limited sahaja, jadinya itulah punca-punca Cikza lambat sedikit buat ucapan hari raya.

13639660_299170047092911_1537721200_o

Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Mungkin ini pertama kali Cikza buat ucapan sempena hari perayaan, khas buat teman-teman yang mengenali Cikza mohon ampun dan maaf seandai terkasar bahasa dan budi bicara sepanjang perkenalan kita, dan yang mana tak kenal secara langsung, maafkan jugak jika Cikza ada buat korang terguris hatid an perasaan  dengan status-status FB yang sentap dan sebagainya. Kerana manusi tidak lari dari membuat sebarang kesilapan.

Tips Pemanduan Sepanjang Hari Perayaan Khas Terutama Buat Kaum Wanita Yang Memandu

  • Pandu dengan cermat dan patuhi had laju yang ditetapkan. Jalan raya pun di kongsi bersama
  • Duduk di lane yang betul, jangan kita memandu secara perlahan tetapi duduk di lane laju pula. Nescaya di sumpah menjadi batu oleh pemandu yang lain. hehehhe!
  • Dilarang menggunakan lorong kecemasan bagi bukan kes kecemasan tau.
  • Pastikan mendapat rehat secukupnya sebelum memulakan perjalanan pulang ke rumah masing-masing
  • Pastikan kenderaan korang dalam keadaan baik.

 870 total views,  6 views today

2 thoughts on “Selamat Hari Raya Aidilfitri”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge