Baru-baru ni Cikza berkesempatan menonton cerita yang dikatakan baru je release kat Malaysia, bertajuk The Shallows. Kalau tengok thriller penuh tanda tanya dan ngeri. Tapi kalau nak tahu apa yang Cikza rasa. Filem The Shallows ni telah ditayangkan pada 28 july 2016 serentak di seluruh cinema. Nak tau best ke tak? atau ending best ke tak ? Amaran : Penuh Suspen
The Shallows
Semasa melayari pantai yang di beri nama “Secret Beach”, terletak di Mexico. Nancy adalah pelajar jurusan perubatan dikatakan “down” atas kematian ibunya. Datang untuk mencari ketenangan diri, tetapi sudah diberi amaran, namun beliau tidak menghiraukan apa yang di katakan oleh mereka yang telah memberi amaran. Nancy yang meminati sukan luncur air, telah menjadikan “Secret Beach” sebagai lokasi untuk meluncur kalini, namun beliau tidak tahu, ada bala bakal menimpa dirinya.
- Release Date – 28 Julai 2016
- Bahasa : Inggeris
- Subtitle : Malay / Chinese
- Genre : Thriller
- Masa : 90 minit
- Pengarah : Jaume Collet-Serra
- Pelakon : Blake Liverly / Oscar Jaenada
- Pengedar : Sony Picture Releasing International
Review The Shallows
Memang Cikza minat cerita bab “Jaws” ni. Bila dapat tau ada movie berkaitan bakal release, pujuklah si adik untuk teman Cikza. Boleh dikatakan jalan cerita filem ni penuh dengan suspen dan tertanya-tanya. Walaupun suspen tapi enjoy jugaklah menonton. Dengan kesan penataan bunyi memang sangat terbaik, Walau jalan cerita hambar, tapi berjaya dinaikkan dengan pentaan bunyi yang sangat terbaik. Pada pendapat Cikza yang watak Nancy ni telah menjiwai dengan baik.
Part yang buat kita pulak rasa nak naik hantu bila, geram tengok bila saat Nancy minta tolong nak selamatkan dari jerung, ada pulak jantan kaki botol yang pada awalnya ingatkan nak membantu beliau, tapi die curi pulak handpone si Nancy ni. Lagi patah hati betul rasa.
Masa mula ditayangkan memang Cikza ambil tangan tekup muka dan telinga je, sebab penuh suspen tau, dengan bunyi lagi. dan Cikza nak puji cinematografi filem ni memang terbaik, dengan angle gambar yang di ambil nampak seolah real dan nampak menarik. CGi yang digunakan memang sangat terbaik. Keseluruhan cerita ni memang nampak menarik. Di pertengahan akhiran cerita memang sangat sedih. Nak tahu kenapa? atau mesti korang tertanya-tanya tragiknya si Nancy. Adakah Nancy akan menemui ajal di baham “Jaws”? Jangan lupa saksikan di pawagam yang terdekat.
Keseluruhan :
3.5 / 5 Bintang
yanie dah tengok.. best dan myeramkan je kne makan dengan jaws..hhihihii.. memang syok..
Tapi bunyi dari filem tu menakutkan penuh aksi terkejut