Tiba-tiba harini, Cikza rajin sangat nak sediakan bekal pergi kerja, jarang jugaklah nak buat bekal awal sangat ni. Cikza ni cerewet orangnya bab-bab makanan ni, cuma tengok pada hidangan, kadang ada sesetengah gerai masak sarapan pagi, macam mee goreng, nasi goreng, kueytiaw goreng seperti nak kejar untung lebih tapi kurangkan kos barang mentah. Cuma kebiasaan Cikza yang simple akan buat sarapan sandwich atau makan oat je. Harini terajin pulak masak mee goreng, almaklum barang dah cukup.

Mee Goreng Basah AUMM! | Resepi Mee Goreng Basah
Mee Goreng Basah AUMM! | Resepi Mee Goreng Basah

Resepi Mee Goreng Basah

Bahan -Bahan A (Dikisar)

  • 20 tangkai Cili Kering
  • 2 ulas Bawang Besar
  • 3 ulas bawang putih
  • Ikan bilis ( ikut suka )

Bahan – Bahan B

  • 2 bungkus Mee Kuning ( Za guna jenama Pok Lan )
  • 10 ekor udang
  • 6 ekor sotong
  • 1 peket bebola ikan
  • 4 keping Tauhu ( Digoreng dahulu dipotong dadu )
  • Sayur Sawi
  • Sayur Taugeh
  • Daun Kuchai
  • 3 sudu besar Sos Cili
  • 2 sudu kecil Sos Tiram
  • 1 butir telor
  • 1/2 cawan air
  • Kicap ( ikut suka )
  • Garam
  • Minyak Masak

Cara Penyediaan

  1. Tumiskan bahan kisar tadi, sehingga naik bau dan garing. Masukkan garam/sos cili/sos tiram/kicap, tumiskan sekali lagi dan kacau rata.
  2. Masukkan tauhu/sotong/udang/bebola ikan dan biarkan seketika, sampai ramuan tu sekata dan didih.
  3. Masukkan mee kuning, kacau bagi rata. Dan masukkan sayur sawi/taugeh/ daun kuchai. Kacau sampai mee tersebut masak. ( sekata dengan semua bahan-bahan yang ada )
  4. Pecahkan telor dan gaul, biarkan 5 minit sebelum dihidangkan panas-panas.

Tip Dari Dapur Cikza

Mee kuning Cikza suka guna jenama Pok Lan, sebab kandungan kapur kurang seperti mee kuning yang lain. Sebelum Cikza nak masak mee, terlebih dahulu Cikza dah rendam mee kuning tersebut selama 3 minit dalam air suam.

 9,144 total views,  8 views today

2 thoughts on “Resepi Mee Goreng Basah”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge