RESEPI

Rendang Kerang Meletop

Pertama kali cuba buat rendang kerang ni. Di musim perayaan ni stock ayam dan daging memang sentiasa habis. Bertabahlah kepada mereka yang nak buat open house tu. Rendang kerang ni secara kebetulan ternampak lebihan isi kerang dalam peti ais, jadi Cikza manfaatkan sebaik mungkin. Kebetulan barang-barang semua cukup tapi topup mana yang takde aje. Petik jari pun boleh buat rendang ni.

Rendang Kerang Meletop
Rendang Kerang Meletop

Rendang Kerang Meletop

Bahan – Bahan A ( Kisar )

  • 15 tangkai Cili Kering
  • 3 batang Serai
  • 2 ulas bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inch kunyit basah
  • 1/2 inch halia
  • 1/2 inch lengkuas

Bahan -Bahan B

  • 1/2 kilo isi kerang
  • 1 cawan santan
  • 1 sudu besar gula perang
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 2 sudu besar kerisik
  • Garam, secukup rasa
  • Daun limau purut
  • Minyak masak

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak untuk menumis bahan yang di kisar lumat tadi dalam api yang sederhana. Kacau perlahan-lahan sehingga naik bau.
  • Masukkan santan, gula perang,garam dan kerisik dan biarkan sampai separuh pekat. Bila nampak agak dah nak pekat, masukkan kerang dan air asam jawa, pastikan kacau rata. Taburkan daun limau purut tadi,
  • Biarkan sampai menjadi pekat

Tip Dari Dapur Cikza

Gula perang boleh digantikan dengan gula pasir, rasanya lagi sedap dan sekata manisnya boleh menaikkan selera. Gula perang bertindak sebagai penambah perisa.

You may also like...

6 Comments

  1. Sedapnya…tetiba rasa lapar😊

    1. hehehe! cikza pun pertama kali coba buat

  2. Sedapnya rendang kerang…. huhuu
    Nina Mirza recently posted…Salam Aidilfitri 2016 ikhlas dari Nina MirzaMy Profile

    1. hehehe..cikza pertama kalicuba buat..

  3. Tak dapat disangkal lagi ko memang berbakat memasak… bertuah bakal suami
    Shiqeen Sattar recently posted…Balik Kampung Tapi Tidur Hotel ?My Profile

    1. hehehe.. cuma aku fobia ngan garam.. sebab tu aku suka cuba bnda2 baru bab2 masak ni..
      cikzacom recently posted…Sambal Kacang Pedas MenyengatMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge