Rentetan dari raya part 1, meh nak sambung suasana di pagi raya pulak. Memang meriah terutama pagi raya, tak menang tangan, Cikza #teamorangdapur hehehe. yang pasti Cikza punya kenangan raya tahun ni memang super duper meriah. 5 star. Tahun ni tema kami sekeluarga cacamarba sikit, cokelat dan hitam, tapi tengok famili-famili lain memang gigih lagh nak dapatkan warna sedondon, bagi Cikza tak sedondon takpe, janji mak abah sentiasa di hati.

Adengan Hindustan Bermula

13588998_299170037092912_177984567_o
Acara Bersalaman | Raya Part 2
Acara Bersalaman | Raya Part 2
Acara Bersalaman | Raya Part 2

Raya dimulakan dengan kisah bermaaf-maafan, waktu tu sedih sangat. Kita dapat lihat sekeliling turut menangis tau. Waktu tu, teringat alangkah bagus kalau arwah atok dan nenek bedah ada lagi waktu ni, pasti seronok tak terkata. Waktu ni jugak, masing-masing bertukar sampul duit raya, yang bebudak duk kumpul nak tengok sape lagi banyak dapat duit raya. Yang besar cam Cikza ni masih belom kahwin pun dapat duit raya jugak tau. Yang pasti bagus jugak motivate bebudak yang kecil untuk berlumba siapa paling da[at banyak duit raya, sebab nanti boleh berlumba tabung sape paling penuh.

Acara Bergambar Sakan Bersama Kesayangan

Acara Bergambar Famili | Raya Part 2
Acara Bergambar Famili | Raya Part 2

Gigih i nak, nak edit tu jadi lagi gah! guna henpon capok pun boleh tau. Yang pasti 1st abadikan kenangan raya bersama nenek tersayang, Ini lah keluarga besar Hj. Abdul Rahman Sekeluarga termasuk cucu cicit yang ada. Cikza? urh jangan di tanya, jodoh pertemuan di tangan tuhan. ( Fokus kat budak kecik baris depan berbaju hijau ) Tahun ni, dia lah paling sakan beraya, tunggu di akhir kenapa sakan sangat yang Cikza cerita ni. Fokus setiap gambar yang bakal di upload ni, kat budak kecil baju hijau tu. Tak semua dapat bergambar bersama  tapi sebahagian keluarga yang ada dalam simpanan terima kasih #samsungs7edge kerana buat diriku terasa begitu yakin.

13621767_299170027092913_1701310451_o
Apa yang Diriuhkan tu | Raya Part 2

Ada 10 orang yang ada, 3 lagi keluarga tak dapat ada, sebab turn rumah isteri dan husben memasing kan. Haip! tak baik ingkar arahan suami. So takpe yang ada ni dah cukup meriah. Bagi Cikza jauh mana pun pergi, jangan di putuskan ikatan kekeluargaan tau. ( Fokus si kecik baju hijau tu ) 

Girangnya hati adik hijau ni | Raya Part 2
Girangnya hati adik hijau ni | Raya Part 2

Kekonon fefeeling sakan si hijau tu beraya, muka tak bersalah tu, time Cikza nak snap gambar famili, macam-macam ragam ada. Nak kumpulkan satu sekali bukan dapat selalu, jarang tau. Yang pasti kalau ada terguris bahasa salah silap mohonlah jangan putuskan silaturahim yang ada, Mak kita ada lagi, adik beradik kita ada lagi, hargailah mereka. Bila dah takda nanti baru korang terasa tau. Mana yang hati batu keras kepala tu, buangkanlah ego-ego yang ada. Berbalik pada gambar sila rujuk pada gambar yang bakal korang tengok dan fokus pada si baju hijau tu.

Family Cikza | Raya Part 2
Family Cikza | Raya Part 2

 

13621726_299170010426248_1045378920_o
Family Uncle Ajak | Raya Part 2

 

Family Aunchik | Raya Part 2
Family Aunchik | Raya Part 2

 

Acara Bersalam | Raya Part 2
Acara Bersalam | Raya Part 2

Dah fokus kat baju hijau tu kan, sakan sangat dia bergambo, sampai Cikza pening Bin sape tah budak tu hahahaah! Asal nak bergambar je

” Jap-jap tunggu iyashh, Satuuuu mesya..” 

Okeh sebab apa super duper happy, sepanjang kat kampung nagn si kecik ni, asyik manjang gelak je kojenya, gelak makan dan layankan upin ipin. Sebenarnya ini anak makcik Cikza, happy sangat orangnya, suka melawak macam abang angkat die, merangkap adik Cikza yang bongsu, sebab mama pesan jangan anggap dia macam orang luar, jadikan dia macam adik kita sendiri. Tulah kesayangan Cikza sekeluarga, senangkan hati famiili. Jap nak tunjuk korang sapa pemilik anak ni yang comel putih dan kiut ni.

Famili Iyash | Raya Part 2
Famili Iyash | Raya Part 2

Nampak tak? emerald green tau, nak tau sapa pilih, nun si kecik tu punya citarasa, mama kata hokey anak! simple je. Mana ada budak suka pakai baju melayu sampai malam, tu sihijau tu melaram baju melayu sampai malam tau, sampai tak nak bukak, pujuk mandi main belon sabun baru lah nak bukak. Apa pun raya tahun ni memang the best rasanya tau. Tapi Cikza sedih bila part makan ketupat ni kat meja nagh gelak-gekal ngan sepupu lain. atok bersuara

Bila atok takde nanti, jangan terpisah, teruskan makan suka-suka macamni ya, kekalkan hubungan seperti gelak-gelak camni, jangan buat hal sendiri bila balik kampung, satukan bersama macam satu keluarga. ..”

Time tu sebaknya tuhan yang tahu, memasing tengah makan, surelah bertakung air mata tau. Aih! inshallah atok, hubungan keluarga akan kekal selagi kami semua masih ada. Kekuatan kami adalah mama sahaja. Janji semua sepeupu makcik tok nek happy kami semua happy. Sampai disini aje lah kisah raya Cikza, sape yang terlepas boleh rujuk — > Raya Part 1 

Assalammualaikum.. 🙂

4 thoughts on “Raya Part 2”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge