Rasanya tak terlambat lagi nak kongsi riang ria raya ketika Cikza di muar. Tahun ni adalah turn Cikza beraya di kampung sebelah bonda Cikza di Bakri, Lagi pulak tahun ni memang tahun berkumpul 12 orang dari 13 orang adik beradik mama. Jadinya dah tentu meriah dan riuh rendah. Cikza guna pendekatan pulang awal untuk mengelakkan kesesakkan lalulintas.
Misi Mencari Barang
Misi bermula seawal 6.00 pagi. Selepas sahur, Cikza dan makcik dibahagi kepada 3 kumpulan beserta tugas. Cikza ditugaskan hanya mencari santan dan kelapa sahaja, sebab kebiasaan kata makcik Cikza waktu sehari sebelum raya memang ramai orang akan berebut nak beli santan sampai ada yang bergaduh. Mulanya Cikza tak yakin tapi bila dah redah sendiri, memang betul apa yang di katakan oleh makcik Cikza. Pada awalnya,nak beli santan ni dari jauh dah nampak orang duk.berkerumun nak berebut dapatkan santan, memang pening sebab tak nampak kat mana lah barisan nak baris mengikut giliran
Akhirnya Cikza bertindak booking dan bayar terus, bila dah siap baru ambil terus. Tak perlu pening-pening. Tak lama tu, datang nak ambil santan, nampak dah mula sistematik beratur ikut baris. Ada yang bergaduh potong barisan sampai nak bertumbuk. Itulah pengalaman Cikza pertama kali nak beli santan.
Daging Dan Ayam Menjadi Pencarian Paling Hot
Daging dan ayam menjadi topik carian utama pada hari tersebut. Rasenya yang ada pun semuanya habis di tempah. Cuma kalau ada pun di kedai-kedai tepi jalan. Tapi belum tentu ada. Mujurlah bukan part Cikza nak kena hadap beli. Melihat gelagat orang macam-macam ragam. Bila selesai tugas terus balik. Mujurlah nenek Cikza memang dah buat tempahan awal-awal ayam dan daging.
Part Masak-Masak Dah Bermula
Ayam mana?? Daging mana?? Semua dah siap cuci ke?
Cikza pun tak tahu siapa lah yang terlampau sangat teruja nak raya ni. Dalam sibuk cuci ayam ada jugak tangan kecik montel yang menolong, kalau tak banyak cakap takpe, tapi ni rasenya dia yang paling riuh sekali sebab nak raya.
“Ayon, ini ayam? Uwekk busyuknya.. uwekks ayon busyuk..”
Memang Cikza rasa nak gomol budak kecik ni, geram sangat dengan mulut kuat bebel, muka kerut bersahaja. Tangan montel sibuk sangat nak menolong basuh ayam. Tapi bersyukurlah budak ni dibesarkan dan didedahkan dengan suasana kampung. Selepas tu mulalah acara masak memasak. Sampai lah waktu malam baru selesai. Termasuk part rebus ketupat. Tapi mulut montel tu diam waktu dia tido aje.
Ayon! Iyash nak makan boleh? Jom jalan. Makan soto taknak pedas. Air milo esh ( ais )
Selesai part pertama dari beli barang sampai lah part memasak. Syukur semuanya siap ikut timing yang di tetapkan.
Montel ni kuat bekerja seharian sampai tak tido petang, wajib di beri habuan. Diajak makan soto, jarang tau budak ni nak keluar lepas jam 12 malam semata nak makan soto. Terima kasih firash sebab tolong ayon.
Meriahnya bila 12 org berkumpul. seekor kambing hbs ni.
umminani recently posted…Part 5: Majlis Akikah & Rumah Terbuka Aidilfitri
Tau xpe ummi.. ayam je dah 6 ekor daging 2 kali trip membeli..
Amboii bila nk rasa cikza masak ni hihi tak sabo nk beraya ke rumah hihi
Hehehee jomw dtg beraya meh…
Beli santan pun sampai nak bergaduh, dasyat btol. Nsb baik cikza booking kan
Mama Kembar 3 recently posted…Tak Puas Beraya!
Sbb xde sistematik cikza potong baris oder bayar terus merayap mama.. hehehe