Ambassador Row Hotel By Lanson Place terletak di Ampang. Nama sememangnya sangat gah di mata semua. Terdapat beberapa cawangan di dalam mahupun di luar negara. Hotel 4 bintang yang sangat terkenal. Rasanya pasti korang ada pengalaman menginap di hotel ni. Harini Cikza nak berkongsi pengalaman menginap di situ.

Ambassador Row Hotel Ampang | By Lanson Place
Ambassador Row Hotel Ampang | By Lanson Place

Teruja Bila Melangkah Di Hotel Tersebut

Melangkah kaki di situ memang sangat teruja. Sesiapa pun pasti teruja dan terpesona dengan keindahan persekitaran hotel tersebut yang hijau dan sedap mata memandang. Lagi pulak hotel tersebut terletak berdekatan dengan pusat bandar Kuala Lumpur, dan terletak berdekatan dengan KLCC. Sememangnya menjadi tumpuan para pelancong yang hadir.

Ruangan Menunggu | By Lanson Place, Ampang
Ruangan Menunggu | By Lanson Place, Ampang

 

Set Mandian | By Lanson Place Hotel Ampang
Set Mandian | By Lanson Place Hotel Ampang

 

Ruang Kamar Tidur Yang Luas | By Lanson Place, Ampang
Ruang Kamar Tidur Yang Luas | By Lanson Place, Ampang

 

Mini KItchen | Lanson Place Ampang
Mini KItchen | Lanson Place Ampang

 

Ruang Mandi | By Lanson Place, Ampang
Ruang Mandi | By Lanson Place, Ampang

Pengalaman Menginap Di Ambassador Hotel By Lanson Place

Bercerita tentang pengalaman, rasanya pengalaman menginap lepas lagi Cikza rasa terbaik berbanding sekarang untuk tahun 2016. Bila imbas pengalaman lepas semuanya dari bermula servis sampai ke Check-Out rasanya sangat terbaik. Cikza menginap pada bulan puasa waktu tu, jika pengalaman lepas juga pihak hotel turut menyediakan juadah sahur yang di hantar setiap bilik bagi mereka yang beragama islam yang juga menginap di situ ini memudahkan mereka terjaga untuk bersahur, kira macam alarm bell lah kan. Berbanding dengan sekarang, mereka yang menginap di situ kena turun ke cafe untuk bersahur, rasanya pasti ruangan tersebut tidak dipenuhi oleh mereka, almaklum ada yang malas nak bersiap-siap pakai cecantik semata nak pergi sahur. Rasanya servis mereka yang lepas memang berbaloi.

Buffet Berbuka Puasa

Jika yang lepas, mereka menyediakan buffet ramadhan untuk berbuka puasa bagi mereka yang menginap di situ, rasanya makanan kat situ sangat terbaik. Memang Cikza suka hidangan berbuka yang disediakan di situ. Macam-macam ada. Tapi untuk kalini, semuanya tinggal kenangan, hanya booking makanan melalui no cafe dan mereka akan buat penghantaran 10 minit sebelum berbuka. Bagi Cikza, okehlah. Berbuka dalam bilik pun rasanya havoc pe.

Peralatan Mandian Dan Mini Kitchen

Untuk kalini memang sangat kecewa. Set mandian disediakan hanyalah sabun / shampoo / conditioner sahaja. Memang tak complete langsung, mana shower cap! mana Plastik kecil untuk isi tuala wanita. Semuanya itu takde!! Tension kejap kat situ. Waktu tu teringat jugaklah penginapan lepas lagi, semuanya cukup dari segi penyediaan pekakas mandi yang mencukupi dan sangat terbaik.

Mini Kitchen disediakan memang bagus bagi Cikza kalau ianya complete, Pengalaman lepas Cikza siap boleh menyediakan juadah lagi tau dengan menggunakan peralatan memasak yang ada. macam periuk kecil, Pinggan, Mangkuk kecil, sudu dan garfu, gelas. uih! complete lah semuanya. Nak tau pengalaman kalini, semuanya takda, jangan kata pinggan. Sudu dan garfu pun tak disediakan termasuk gelas nak minum mineral water. Tapi boleh senyum lagi.

Persekitaran Bilik

Sememangnya kat sini. Sangat terbaik. Bilik tidur luas sangat tau, Lagi pulak kiranya ini apartment bilik satu. Ruang tidur tu boleh memuatkan 2 keluarga tau. cuma perlu bawa toto dan bantal pun boleh. Lagi pulak bilik tidur tu dah boleh tidur 2 buah keluarga, bezanya tidur atas katil dan bawah hanya beralaskan toto. Kampung style. Kat situ Cikza puji teramat sangat.

3 Pengalaman Dan Servis  Terbaik Dan Sangat Kurang Terbaik

Dari Segi Servis

  • Boleh dikatakan terbaik kerana turut menyediakan late check-out yang sehingga jam 2 petang, kalau kena pada hotel lain memang dah kena cas semalam kiranya tu. Terima Kasih kerana memahami kehendak pelanggan.

Dari Segi Pengalaman Sangat Kurang Terbaik

  • Pengalaman Pertama 
    • Waktu tu Cikza tengah punggah barang. Tiba-tiba ada penginap lain atau room service masuk bilik cikza menggunakan access kad. Memang Cikza sangat terkejut. Apa lagi terus call Lobby, tapi mereka beranggapan itu adalah Room Service tapi sehingga harini masih tiada penjelasan dari management.
    • Jika Room Service sekalipun, haruslah menekan bell room atau mengetuk pintu. dan bukan main terjah, mana kredebiliti yang di ajar oleh senior atau mereka tak di beri penerangan dalam tugas agaknya. memang sangat menakutkan.
  • Pengalaman Kedua 
    • Waktu buat tempahan makanan berbuka, bila dah buat tempahan untuik di hantar ke bilik, waktu dan servis sangat terbaik, tiba part bayaran. Cikza minta suruh tolak sahaja dari deposit, 10 minit lepastu, mereka minta Cikza buat bayaran pulak, katanya bilik tu takde bayaran deposit, berkali-kali jugak Cikza menyatakan yang dah buat pembayaran deposit. Tapi mereka tetap berpendirian seolah-olah Cikza tidak membayar deposit. Hilang mood nak berbuka. Cikza minta dorang check sekali lagi sebab Cikza ada bukti pembayaran deposit katanya. Memang waktu tu sangat kecewa. alahaiii!

Komen Positif Dari Cikza

Apa yang Cikza tulis adalah berdasarkan pada pengalaman yang dilalui sendiri, bukan mereka-reka untuk memburukkan pun. Tapi Cikza dikira regular customer kat situ. Tapi untuk kalini memang perlu penambah baikkan dari segi servis dan mutu latihan kakitangan. Bilik-bilik patut di semak rapi tentang kerosakkan yang ada, lampu almari dah takde terbiar camtu. Sorry to say! inilah pengalaman yang Cikza lalui. Ada yang nak kecam silakan, tapi hakikat berdasarkan pengalaman. Apapun terima kasih atas penyediaan servis yang perlu penambah baikkan. Mungkin Cikza akan menginap lagi, tapi jika terdengar feedback terbaik dan terbaru dari pelanggan lain dalam hari-hari akan datang. PErsekitaran kat situ memang buat rasa tenang, staff kaunter lobby sentiasa murah senyuman itu adalah 2 komen positif yang Cikza rasa sangat terbaik.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge