FOOD REVIEW NEGERI SEMBILAN

Pekena Mee Udang Meletop D’Laila MMA Santai Corner

Mee Udang Terbaik | Sapa peminat mee udang, kat sini Cikza nak berkongsi kesedapan mee udang D’LAILA MEE UDANG POWER yang sempat Cikza berkunjung ke gerai beliau, Baru-baru ni tergerak nak makan mee udang. Alkisah rindu sangat nak pekena bubur D’Laila pada asalnya. Tapi sesampai rupanya part dapur bubur tutup untuk bulan ramadhan ni. Hampa hati gua woo! Pujuk hati makan mee udang pulaklah bila pikir lama dah tak pekena mee udang. Kedai ni bukan sahaja berfokus pada mee udang tapi berfokus kepada asam pedas yang mengaum. Rugi kalau korang tak cuba.

20160626_214911
Gerai D’Laila Asam Pedas | Mee Udang Dlaila Menyengat Tekak

Perkenalan Dengan Owner

Alkisah Cikza mula berkenalan dengan owner kedai tu melalui abam blogger makan Hazman Fadzil. Beliau kerap post pasal mee udang kat gerai tu 2 tahun lepas.  Lagi pulak memang waktu tu cikza fokus kepada makanan aje. Nak cari story baru pasal makanan.

20160626_214837
Keratan Akhbar Sinar Harian 2014 | Mee Udang Dlaila Menyengat Tekak

Imbas Kembali Pertemua Pertama

1st time jumpa kak laila memang pada awalnya ingat dia sombong, tapi sebenarnya beliau sangat peramah dan friendly, susah nak jumpa owner kedai camtu tau. Bila berborak tu terasa macam dah lama pulak kita berkenalan dengan beliau. Kak Laila tak kedekut ilmu nak kongsi rahsia kejayaan beliau, baginya tanpa blogger yang mempromote resepi mee udang tu beliau tak dikenali sehingga ke harini.

20160626_212128
Kesedapan Mee Udang Tiada Tandingan | Mee Udang Menyengat Tekak

Mee Udang Meletop Kian Di kenali

Baru-baru ni, Cikza pergi pekena mee udang kat gerai Kak Laila, sememangnya memang tiada tandingan lah, kuah yang buat rasa mee tu jadi sedap, lagi pulak tak kedekut udang, buat ianya menjadi satu tarikan. Cikza tak kuat nak tolak, tapi kuat menarik mangkuk mee udang tu. Suapan pertama Cikza hirup kuah tu dulu. Memang feel habis tau. Rasanya korang memang wajib cuba kalau menyinggah ke nilai. Kepekatan kuah tu buat Cikza makin rancak hirup dan hirup lagi sebab tak puas, euw! rasa nak togok je semangkuk tu. tapi malu! Rasanya benda wajib setiap bulan tuk pekena mee udang ni. Cuma next time CIkza nak merasa bubur dan laksa sarang yang kian terkenal di kedai beliau.

Alamat Kedai D’Laila Mee Udang Power

  • MMA Santai Corner, Putra Point, 71800 Nilai, N.Sembilan 
  • W/Apps : 011-23136081
  • Waze : MMA Santai Corner 
  • Facebook : Norlaila D’Laila 

You may also like...

2 Comments

  1. tu dia.

    dah la baru habis sahur.

    terliur plak tengok.

    adehhaii..
    titan recently posted…The closer you think you are, the less you’ll actually SEE.My Profile

    1. Adehhhh… tengokk pepuass. Malam pekena lagi hahahha

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge