Setiap kali perayaan boleh dikatakan setiap hari, kita akan mendengar kes-kes kemalangan yang melibatkan kenderaan ringan dan juga kenderaan berat. Tapi agak musykil, ramai golongan pemandu masih tiada kesedarandalam diri untuk berubah, adakah Ops Selamat Sampai Ke Kampung. atau Ops Selamat Sampai Ke ? yang mana satu pilihan korang.

Selangor Mencatat Kes Tertinggi Kemalangan
Statistik semalam yang Cikza tengok di thrending twitter, Negeri Selangor adalah yang mencatatkan kes kemalangan paling tertinggi 2,051 kes sepanjang ops selamat sepanjang 4 hari bermula 29 Jun 2016. Ini menunjukkan jelas tindakan pemandu masih tidak berubah, dan jika masih lagi mengamalkan pemanduan secara berbahaya, tak mustahil angka melangan akan terus dan terus meningkat.

Lorong Kecemasan Menjadi Isu Utama
Tentu korang masih ingat lagi, kes kesesakkan lalu lintas yang menyebabkan ambuland lambat sampai ke tempat kejadian, berikutan betapa rakusnya pemandu menggunakan lorong kecemasan sebagai alternatif bagi mengelakkan kesesakkan lalu lintas. Kerana di sebabkan inilah “JANGAN JADI PEMBUNUH” dengan ego sendiri yang mementingkan diri sendiri tanpa memikirkan orang lain. Dan keputusan di tangan korang sendiri, ingatlah orang yang tersayang.
Pelancaran Ops Selamat 9/2016

Apa Ops Selamat 9/2016 ?
Ops Selamat 9/2016 adalah satu inisiatif PDRM dalam memberi kesedaran kepada pengguna jalanraya agar mengutamakan aspek keselamatan dan memastikan kelancaran pergerakkan lalulintas, dalam mengurangkan kadar kemalangan bermula 29 Jun 2016 sehingga 13 Julai 2016. Selain memfokuskan jalan raya, ia juga turut memfokuskan kes pecah rumah semasa musim perayaan.

Jadi PDRM telah melancarkan ops besar-besaran sehingga 13 Julai 2016, so korang wajib lah menjadi pemandu berhemah, Bagi operasi kalini, PDRM memfokuskan undang-undang penguatkuasaan jalan raya. Terutama kesalahan penggunaan lorong kecemasan untuk memotong queue.
5 Kesalahan Yang Menyumbang Kepada Kemalangan
- Memandu di lorong kecemasan bagi bukan kes kecemasan.
- Memotong garisan berkembar.
- Tidak mematuhi lampu isyarat
- Memandu melebihi had laju.
- Memandu sambil menggunakan telefon bimbit ( tanpa menggunakan earphone )
Anugerah Pemandu Berhemah
Sebagai menghargai pemandu dan penunggang yang berhemah, PDRM juga berbesar hati akan memberi “Anugerah Pemandu dan Penunggang Berhemah” di akhir operasi Ops Selamat 9/2016 nanti. Jadi pilihan semuanya terletak di tangan korang.
Komen Cikzacom
Sepanjang pemanduan Cikza pulang berhari raya ke kampung halaman, masih ramai yang tiada kesedaran sivik tentang Ops Selamat 9/2016, Bas ekspress masih memandu melebihi had laju yang ditetapkan. Ada satu part bila Cikza duduk lane no 2, Pemandu bas ekspress bertindak hon dan menaikkan lampu tinggi serta memandu dalam kedudukan rapat dengan kenderaan Cikza. Pemantauan lebih perlu dibuat. Apepun Cikza mendoakan sahabat-sahabat Cikza semoga selamat sampai ke kampung halaman masing-masing. Kerana jalan raya adalah dikongsi bersama.