Jom makan sampai lebam bersama team ketchup!!

IMG_20160717_115029

Harini Cikza ada 2 tempat nak dituju sempena U Mobile – Ketchup harini. Mula sekali check-point pertama di Caffe Bene dekat Sunway Pyramid dan check-point kedua di Yoshinoya & Hanamaru di Aeonmall Shah Alam.

Caffe Benne, Sunway Pyramid

20160717_121310

Caffe ni menggabungkan konsep gelato dan waffle, kepada peminat waffle dan gelato, sangat syorkan korang datang sini, almaklum bersebelahan dengan Butik H&M sambil cuci mata sambil minum coffee. Berbalik pada cerita Caffe ni, sebenarnya Caffe ni mempunyai rangkaian di beberapa tempat semenanjung malaysia termasuk sabah dan sarawak. Melangkah masuk je ke kafe ni pun dah buat Cikza teruja. sebab terlalu comel apa yang dorang hidangkan tadi tau.

20160717_120133

Mai pilih! Pernah dengar tak yang orang korea duk sebok update pasal Bingsu, tapi mesti korang tak pernah dengar apa benda merepek yang di panggil Bingsu? Rupanya Bingsu ni dah terkenal kat korea, kalau kat malaysia di panggil ala-ala ais kacang ABC, tapi kat sana duk heboh panggil Bingsu. Tapi rasanya memang tip top habis. Korang memang patut cuba. Ada pelbagai perisa yang wajib korang cuba, tapi Cikza prefer yang ada oreo tu cookies cream. Macam-macam menu korang patut cuba bukan setakat Bingsu je. Gelato pun ada 8 jenis variasi tapi 3 daripadanya adalah coffee, choc dan strawberi. Gelato ni adalah gabungan susu dan buahan yang segar.

20160717_124258

 

 

 

 

 

Memang rugi kalau korang tak mencuba apa variasi lain yang terdapat di caffe bene ni, lagi pulak semuanya yang disediakan memang super duper sedap. Kalau korang peminat aiskrim, wajib cuba gelato pelbagai perisa. Kalau korang nak less fat pun memang sesuai sangat makan gelato ni.

Mesti korang pening nak makan bingsu, atau ada yang tak tau cara nak makan bingsu tu. Sebenarnya bingsu ni ada caranya untuk di jamah. Apa kata korang feel free layan video kat bawah ni

Bagaimana Nak Kesana ?

Korang boleh rujuk di laman sosial Caffe Benne, untuk keterangan lanjut mengenai menu, outlet-outlet yang berdekatan dengan korang.

Yoshinoya & Hanamaru, Aeon Mall Shah Alam

Checkpoint kedua pula, terletak di Shah Alam, cuma 30 minit sahaja dari Caffe Benne, Jika korang ak beralih ke makanan japan, Yoshinoya & Hanamaru lah yang terletak di dalam Aeon Mall, Shah Alam sangat di rekomenkan.

Sejujurnya inilah pertama kali Cikza masuk restoran 100% masakan japan selain dari Sushi King. Kali ke-2 merasa green tea, tapi yang dihidangkan memang tak buat tekak Cikza rasa loya, kebiasaan ada yang di bancuh pekat boleh buat tekak i loya. Kalini memang boleh masuk 2 gelas jugaklah Cikza refill. Rupanya Yoshinoya & Hanamaru ni mempunyai pelbagai cawangan di Malaysia. Tapi memang apa yang di hidangkan sememangnya kena dengan tekak Cikza dari kampung.

Ni lah teh hijau yang Cikza cakap tu, memang sedap, ada sesetengah kedai hidang teh hijau ni pekat yg amat, memang buat Cikza rasa loya tekak, sungguh pun dalam tak suka tapi 2 kali refill tau. Dah puas hadap air, apa kata kita tengok menu-menu yang menarik disediakan, dan menjadi tarikan utama pengunjung yang berkunjung ke restoran tersebut.

 

 

 

 

Ada macam-macam jenis udon yang disediakan tau, yang pasti kena dengan tekak korang. Lagi pula bahan yang di gunakan adalah halal dan tidak mengandungi mirin dan sake seperti yang duk heboh tu. Udon ni ada yang dihidangkan secara sejuk dan ada yang panas. Macam-macam antaranya beef udon, curry udon, ontama bukkake, ontama beef bukkake dan sewaktu dengannya. Rasanya dah tentu ada yang spicy pedas or tak, korang boleh prefer.

 

 

 

 

 

 

Selain udon, turut di sediakan ala-ala nasi gitu, antaranya yakiniku spicy, itu kalau kat malaysia di panggil padprik daging, rasa memang pedas, memang terbaik lah kan. Cikza memang suka pedas. Baru puas makan. Jangan risau, bagi mereka yang nak jimat boleh order secara set yang disediakan.

Bagi mereka yang diet, jangan risau, turut disediakan salad  khas bagi mereka yang sedang menjaga berat badan. Kombinasi sald yang disediakan rasanya sesuai untuk mereka yang mengamalkan juga cara hidup sihat

Jadi apa pilihan menu korang? Nak tahu menu pilihan Cikza, dek kerana pertama kali makan di restoran jepun ni, dah tentu Cikza akan pilih udon sebagai menu utama. Sebab pedas memang superb habis lah kan.

Spicy Miso Udon, merupakan pilihan Cikza. Rasanya pedas dan soft buat Cikza tak cepat jemu nak makan mangkuk kedua. Pertama kali merasa hati dah tertawan dengan Spicy Miso Udon ni. Rugi kalau korang pergi sorang, Cikza syorkan korang pergi dalam 3-4 orang, order menu berlainan so boleh tukar-tukar merasa order masing-masing.

Bagaimana Nak Kesana ?

Tertanya-tanya bagaimana nak kesana kan, apa kata korang boleh rujuk di media sosial Yoshinoya Hanamaru tentang outlet-outlet dan menu-menu yang disediakan, so korang boleh decide bila dah sampai sana.

Kempen Makan-Makan U Mobile Bersama Team Ketchup

 

Mengenai kempen ini, adalah untuk memghargai pelanggan U mobile, kempen ini dengan kerjasama Ketchup team juga telah di tawarkan di beberapa rangkaian F&B yang terkenal. Antaranya Caffe Bene, Sweet Hut, Sangkaya, Yoshinoya & Hanamaru dan Fish & Co. Keseluruhannya memang super duper sedap dan kena dengan selera. Terima kasih jugak kepada team KetchUp dan Umobile atas jemputan untuk Cikza serta KBBA9 sempena program Kempen Makan-Makan Raya U Mobile -KetchUp

Bagaimana Nak Turut Serta?

Korang hanya perlu bayar bil atau Topup menggunakan aplikasi MyUmobile, dan korang boleh dapat offer dari situ, lagi pulak pelbagai hadiah turut disediakan, Bagi merek ayang masih belum ada simkad U Mobile cecepat dapatkan di pengedar sah yang berhampiran.

8 thoughts on “Kempen Makan-Makan Raya U Mobile | Ketchup”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge