Masih ingat lagi tak, Cikza pernah up entry pasal kerenah Raya Part 1 dan 2, kisah budak baju hijau tu. Alkisahnya semalam, genaplah dia 3 tahun. Tak sangka besar dah adik ayon sorang ni. Tapi waktu Cikza sampai, dia tengah tidur. Jadi persiapan tu simple tapi pertama kali dia sambut tau, jika sebelum-sebelum ni, memang takda kek dan suprise, cuma makan kat KFC atau Mc-Donald aje.

“Ayon, ape ni? Ayonn, ape ni? Iyash ada otomen besarr, ape tu? tiup-tiup api eyy…..”

Memang Cikza terbahak habis dengan gelagat si budak gigi senget tu, masa mula-mula panggil dia suh duduk sebelah, sombong dengan abang apiz dia. Tapi nampak muka dia terkejut tau. Ada kek tiup-tiup katanya.

Firash Dah Umur 3 Tahun

Acara nak tiup lilin | Firash Dah 3 Tahun
Acara nak tiup lilin | Firash Dah 3 Tahun

Waktu nak tiup lilin ni, ada macam-macam perasaan tau, mula tak nampak. Tapi bila kami semua nyanyi lagi “Happy Besday” bergenang air mata terharu dia tau, uih! ada jugak perasaan terharu si gigi senget ni. Mujurlah takut dia meraung, abang apiz dia buat lawak bagi dia gelak.

Potong Kek Jom | Firash Dah 3 Tahun
Potong Kek Jom | Firash Dah 3 Tahun

 

20160715_201048
Ni Papa Iyash dan Mama Iyash | Firash Dah 3 Tahun

Bila nampak je KFC, menjerit-jerit Eh! Ayam Goreng ! ( Macam upin ipin ) berpunca semuanya dari Upin Ipin lah ni, terpengaruh katanya. Lagi pulak firash memang peminat tegar upin ipin, dah boleh hafal skrip-skrip upin ipin dah.

Iyash, Ayon, Apiz | Firash Dah 3 Tahun
Iyash, Ayon, Apiz | Firash Dah 3 Tahun

Bila part nak balik je, aduh! Mama dan abah Cikza lepas pulak balik, cuma Cikza dan adik je tak lepas, die nangis ronta-ronta nak ikut. So Cikza dan adik decide duduk kejap layankan dia. Sesekali cari peluang nak balik, jawapannya ” Ayon tak buleh balik ” & ” Abang Apiz tak buleh balik jugak” memang melayankan je, jual eskem lah, jual roti lah, jual nasi lemak lah, macam-macam ragam. Part alasan terakhir, terpaksa pura-pura sakit perut, tapi si senget tu pun pura-pura sakit perut. Habis sedaya dah nak lepas dari se kecik tu, siap masuk toilet bilik sebelah keluar bilik sebelah sebab nak balik punya pasal. hahaha! Semoga menjadi anak yang soleh dan tajam fikiran, dan menyenangkan hati mak ayah ye adik ayon ni. Ayon sayang sangat kat firash. Ayon always doakan firash.

 748 total views,  4 views today

3 thoughts on “Kejutan Buat Firash Si Gigi Senget”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge