Sekalung terima kasih kepada Kementerian Kesihatan Malaysia, atas jemputan dan menghargai Cikza sebagai pengamal media, walaupun sebagai blogger separuh masa. Baru-baru ni Cikza juga menerima kunjungan tersebut dengan hati yang terbuka, dengan tak sihat tapi almaklum kita menumpang, sebab ada yang risau pasal kesihatan kita. Lagi pulak mungkin musim demam waktu tu. Apepun sekali lagi ucapan terima kasih.

Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel Menjadi Pilihan
Kalini kami pengamal media yang lain serta team KBBA9 berbuka bersama di Zende Restaurant, Seri Pacific Hotel. Dan menjadi pilihan kami adalah kerana hidangan yang disediakan memang terbaik dan menepati citarasa. Bukannya apa, pertama kali dihargai sebagai media menjadi begitu teruja untuk menghadiri walaupun waktu tu demam masih melanda diri. Zende Restaurant memang Cikza suggest kepada mereka yang ingin mengunjungi atau menginap di Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur.

Kenapa Zende Restaurant Menjadi Pilihan ?
Kalau menjadi pilihan kerana hidangan yang disediakan memang berbaloi sedap dengan harga yang ditawarkan, lagi pulak menepati citarasa semua, dari hidangan barat sehingga ke peringkat pemanis mulut. Cikza memang merekomen kawan-kawan lain kalau mereka berkunjung ke sini.




Sekitar Majlis Berbuka Puasa Bersama YB Menteri Kesihatan Malaysia
Majlis di teruskan dengan lawatan mesra dari meja ke meja pengamal media oleh YB Menteri sambil beramah mesra dengan media-media yang hadir, bertuah rasanya team KBBA9 di jemput lagi untuk memeriahkan suasana. YB Menteri Kesihatan terkenal dengan keramahan dan tutur kata yang sangat sopan, Kami tidak menjangka pujian di beri buat KBBA9 team dari YB Menteri kerana di diantara pengamal media sebagai blogger yang hadir.

Turut mengucapkan terima kasih dari beliau buat media lain yang hadir majlis berbuka puasa yang dianjurkan bagi mengeratkan silaturahim diantara media dan warga KKM, syabas diucapkan ! Walaupun kini, KKM menerima banyak tempias, penerangan yang sebenar telah di beri secara telus. Dan pada penghujung akan diadakan sidang akhbar bagi memberi kesahihan berkenaan isu yang hangat kini tentang Vaksin.


Sidang Media dari YB Menteri Kesihatan Malaysia
Diteruskan pada acara yang di tunggu-tungu adalah penerangan dan sidang media oleh YB Menteri bagi menjawab segala pertanyyan tentang isu terkini, Lagi pulak ramai mereka di luar sana semakin keliru tentang isu semasa yang hangat di perkatakan sehingga ke harini.

Video Sidang Media YB Menteri Kesihatan Malaysia
Penerangan tentang isu yang hangat telah di teluskan dan di jelaskan oleh YB Menteri sendiri. Untuk itu nantikan penerangan tentang isu tersebut menerusi entry selanjutnya. Stay tune part 2.