Semua orang nak hapy ending bila hari raya nanti, macam Cikza sekeluarga mesti nak happy ending, and abadikan sebagai memori. Tapi Cikza sendiri masih belom berkahwin belom dapat rasa, nak pakaikan baju melayu and sedondon bersama suami tersayang lepat lepuk lepiu lah bagai.  Lagi pulak hari raya klah dapat kita berkumpul dengan semua sepupu sepapat yang kita jarang jumpa dan kenal sebelum ni.

Keluarga Besar | Raya 2016
Keluarga Besar | Raya 2016

Nostalgia Hari Raya mesti diabadikan pada hari raya, jika duduk-duduk buat sepupuku yang membaca entry ni, cuba renungkan kembali zaman kekecik, fefeeling beraya sakan kita, setiap kali raya ke dapur bersama, memasak bersama. dan sentiasa berborak bersama. Tapi, zaman semua dah berubah, memasing dah punya keluarga sendiri, ada suami, ada anak perlu diuruskan, Masa memasak tu, salah sorang sepupu kecil Cikza bertanya

Semua orang dah berkeluarga, bilalah dapat berkumpul sepupu macam dulu kala. Bila dah ada keluarga masing-masing fokus keluarga. 

Mas tu, alangkah seronok dapat berkumpul bersama masak-masak bersama macam dulu-dulu. Nak tido siap boleh berborak mesra, hubungan kekeluargaan tak henti di situ, Kebanyakkan zaman sekarang ni, ada yang memilih keluarga sebelah ibu lagi best dari bapa, keluarga bapa lagi best dari keluarga ibu. EH! salah tu, dua-dua hati kena jaga, bagi Cikza dua-dua keluarga belah mak ayah Cikza meriah macam dahulu. Pesan Cikza kalau boleh jangan di banding-bandingkan mana yang lagi bagus, Raya kan setahun sekali, ia datang, ia pergi.

Sumber Artikel Kosmo 2016
Sumber Artikel Kosmo 2016

Balik Raya Tapi Tido Hotel

1st baca artikel tu, agak sentap jugak, sebab pernah mengalami, sekali seumur hidup, jujur Cikza katakan, memang waktu tu tak meriah seperti yang di rasakan. Raya datang setahun sekali, Bukan selalu dapat berkumpul adik beradik, sepupu sepapat. Bila duduk pikir semula, kenapa nak tido hotel, dah moden sangat ke pemikiran tu? Beberapa faktor utama adalah ruang rumah yang sempit, dan perbatasan aurat antara sepupu, abang ipar duai dan sedara mara. Bagi Cikza tu semua ALASAN!!!

Girangnya hati adik hijau ni | Raya Part 2
Girangnya hati adik hijau ni | Raya Part 2

Meh Cikza Nak Kongsi Pengalaman Beraya Kalini

Ruang Yang Sempit

Tak salah nak tidur hotel, sebab nak bagi keselesaan, Rumah yang sempittak menjadi halangan untuk kami sekeluarga tidur bersepah tapi faktor aurat tetap terjaga. Rumah sempit bila tidur bersepah lagi meriah, ruang tamu memuatkan 3 keluarga, kawasan dapur memuatkan 4 keluarga, ruang tamu tv tengah memuatkan 2 buah keluarga, bilik pulak besar boleh masuk 2 keluarga setiap bilik, tapi hakikatnya, tidur bersepah lagi happenig, bercerita sesama keluarga sebelum nak tidur. Terutama mereka yang ada anak kecil, walaupun banyak ragam sekalipun, lagi meriah kumpulkan satu tempat bersama tidur beramai-ramai, macam si baju hijau tu, kami sekeluarga always terapkan nilai kekeluargaan. dedahkan suasana kampuny yang sebenar, tunjukkan kehidupan kampung yang sebenar. Tapi kalau korang fikir nak tidur hotel, cub arenungkan, apa pengertian raya korang kalau tak dapat berkumpul/bergosip[ lagak melodi bersama keluarga besar. Semua nak beri keselesaan tapi korbankan lah sekali setahun untuk orang yang kita sayang terutama mak ayah kita.

Perbatasan Aurat

Cikza sendiri, bataskan aurat dan pergaulan, dalam rumah i’olls sendiri pakai tudung dan baju berlengan panjang untuk menutup semua aurat yang ada. Tak da masalah semua tu. Bukan panas mana, cuma dalam rumah je kan. Pergi mandi sekalipun bawa baju salin dan terus tukar dalam toilet, tak de masalah semua tu, nak tidur punCikza masih pakai tudung jika tidur bersepah bersama beberapa keluarga yang ada. Memasak pun, Cikza pakai tudung jugak tau, alahai nak tahu tak, pakai baju kaftan lusuh pun tetap Cikza tutup aurat depan semua sepupu lelaki dan pakcik-pakcik Cikza. Tapi semua tu wajib kita bagi mereka yang perempuan ni.

Pemikiran Moden

Pemikiran moden, sebab tu anak-anak bakal terikut, kalau boleh biar melentur dari rebungnya, kalau diri kita sendiri yang mengamalkan sikap camtu, jangan terkejut suatu masa nanti, generasi akan datang, ziarah menziarah sampai tak kenal keluarga sendiri. Buang ego dan korbankanlah untuk kegembiraan semua. Bebudak kadang didedahkan dengan pelbagai andaian negatif.

” Balik kampung panas, sebab rumah papan ..”

” Kotornya ada tahi ayam merata..”

” Tidur beramai, euw! bukan taste i tau.. “

Haloo! kaya mana sekalipun, dulu sala korang pun rumah papan. ce terobek semula zaman kekecik korang. Seronok tak. Balik kampung, waktu nak tidur panas, aih! kipas kan ada, takkan 24 jam nak dedah diri korang ke penghawa dingin memanjang. Yang ada anak tu, mohon pikir-pikirlah ya, lagi pulak jangan sampai semua berbalik pada kita. Yang pasti. Hari Raya adalah sekali setahun. tempat sanak-saudara berkumpul, Memang kalau tidur hotel tak salah, tapi apa yang di inginkan adalah suasana raya sebenar itulah yang dimahukannya. 

743 total views, 3 views today

15 thoughts on “Balik Raya Tapi Tido Hotel, Kurang Ajar Ke ?”

  1. Banyak perkara boleh di titik berat sebenarnya. family kita tak sama dengan orang lain. sudah semestinya orang yang decide nak buat macam tu sudah fikir baik buruknya. KECUALI yang betul mengada-ngada nak dok hotel walau ada bilik dan ruang yang cukup di rumah sendiri. tapi apa-apa pun masih terpulang kepada individu untuk buat keputusan.kita just sampai kan pendapat kita jer.

    baik duduk hotel dari tak balik terus kaan.

    hehe.
    ni pendapat ubai jaa… jangan amik serius tak huhuuhuhuhu

    Selamat hari raya cik za 🙂

    p/s : suka laah template blog ni.. simple kemas dan putih. hehehe

  2. Suasana raya atau balik kg tak semstinya nak kena tidur bersepah baru nak rasa raya. Banyak lagi cara lain selain tidur bersepah. Mungkin family za lum ada pengalaman kena raba masa tidur. Niat tidak menghalalkan cara. Bila tidur pun kita tak sedar terselak sana sini. Semua tu kena cegah sebelum terjadi. Sekian. Terima kasih.
    Shiqeen Sattar recently posted…Mertua Ku Jaguh KampungMy Profile

    1. tapi kat rumah za, mana yag sepupu perempuan, memang atok suh tidur bilik, sbb ada 2 bilik, mana yag sepupu lelaki tdo luar depan tv ruang tengah, tapi kalau yg ada famili depend… mungkin kitaran keluarga za 12 orang tak seramai adik beradik 15 orang agaknya.

      1. Za kena pergi rumah arwah tok saya then leh decide nak tiduq tang mana huhu… nak mandi lagu mana.. nak salin baju macam mana. Rumah masing2 tak sama. Selesa tu nombor 2. Nombor 1 isu agama dan keselamatan.

  3. pada saya simple, depend pada tuntutan semasa dan berapa besar sesebuah family tu. Contoh yang saya sendiri alami, dah lebih 6 tahun menginap di hotel setiap kali musim perayaan. Ini adalah kerana ibu menetap dengan saya di Kuala Lumpur, memandangkan rumah induk di kampung telah tiada. Jadi adakah wajar untuk saya bawa ibu saya duduk berasak-asak macam ikan sardin dirumah mertua saya, Yang kedua, suami ada 7 adik beradik dan semua dah berkeluarga, manakala rumah mertua hanya ada 3 bilik yg masing2 dah bertuan dan saya pula dah ada anak dara yg perlukan bilik untuk bersalin pakaian dan sebagainya. Persoalannya disini adalah, tak semua family sesuai dengan keadaan tu dan sebagai ibu bapa, saya wajib pastikan anak2 saya selesa dan selamat, Maaf bukan protes dengan statement di atas, cuma x semua family sesuai melalui keadaan itu dan kami ada sebab yang kukuh kenapa perlu tinggal di hotel

  4. Kalau rasa rmh sempit,kalau ad duit lenih,apa salahnya tambah bilik,buat dua bilik besar pun ckup,satu utk perempuan,satu utk lelaki,yg ada ank kecik blh ddk kat bilik yg sedia ada.maaf cuma pendapat.

  5. pendapat ibu lak. perent2 jgn mudah terasa bila anak menantu balik kg tido hotel.. klu bilik cukup tu lain la.. cukup tu bkn kuantiti tau tapi kualiti sekali..pintunya ada tak..kot ada bilik tp pintu guna langsir je..dinding lak berlubang lubang.. xleh la nk kecik ati klu anak menantu tido hotel.. jgn nk bsangka buruk.. matangla ckit..kdg tu byk sgt tgok drama melayu pastu nk sedih2 rasa anak tu ada bau2 derhaka la bagai.. positifla ckit.. mgkin dia menjaga aurat ahli keluarganya.. brape ramai yg lupa ni.. yg adik beradik tu adik beradik la..yg sepupu sepapat ni..haram tetap haram.. adik beradik pn kna pisahkan tmpat tido lelaki n perempuan tetiba balik kg nk jaga hati atuk nenek pnya pasal semua pn halal tido bsesak kt ruang tamu.. Korang tahu ke kot ada yg tgh baru nk akil baligh ke waktu tu? korang tahu ke kot ada yg nafsu sonsang ke? pedofilia ke? korang tahu.. ? korang tido tgh2 mlm ada yg terselak terlekap ke apa.. aurat kna jaga betul2 ada beza tutup aurat dgn balut aurat.. Allah dh wat hukum cmtu adalah sebabnya. pada yg nk negatif je tuh..nk tanggung dosa ker..??? pendapat je 😉 Yg penting amalkan yg betul bukan amalkan apa yg dh bkurun jd amalan.. 🙂

    1. Hehehe dapat mak mentua yg jenis nenek sihir.. terkujat hati mak nakkkk.. tp apepun ikut pendapat memasing.. lain org lain pendapat.. mujur umah atok za di asingkan sepupu laki and pompuan.. yg pompuan dalam bilik yg laki kat luar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge