Happy Birthday Althea!!

Althea Turns 1 | k-Beauty
Althea Turns 1 | k-Beauty

Happy Birthday Althea Korea. Tak sangka dah setahun berginjak usia Althea Korea ni. Walau  pun jarang dengar jenama ni, tapi rupanya jenama ni dah terkenal di 5 buah negara, seperti Malaysia, Singapura, Indonesia dan Thailand. Pertama kali bukak website Althea ni, Ya ampun, rambang mata Cikza dibuatnya, rasa nak borong semua je. Lagi pulak semua produk yang di packing dalam pack-pack yang cute. Jangan kata Cikza je, mesti lah ada yang lagi terkujat berhantu nengok website Althea sekarang.

Jakun tengok kotak pink | Althea Korea
Jakun tengok kotak pink | Althea Korea

Dapat kotak PINK tu ibarat macam dapat award tau, cuma tak berjalan atas karpet merah. Kalau di beri peluang mau berleret-leret senyum sambil pakai gaun pink. Tapi memang berangan lah dapat camtu. Mula-mula dapat kotak pink memang Cikza teruja habis, nak bukak tapi belom masa, nak bukak jugak tapi belom masanya lagi. Tapi yang terlebih over excited memang kengkawan opis Cikza.

Jeng! Jeng! Jeng !

Apa yang ada dalam kotak pink glam sangat tu, mesti semua nak tahu. mesti semua tertanya-tanya apa yang ada dalam kotak tu. Sesekali nak jugak guna barang korea, beralih angin, mana tahu tetiba rezeki dapat jejakkan kaki ke tempat K-pop.

13709462_306008899742359_884578881_o

Tadaa! ni lah hasil redeem hadiah daripada Althea Korea / Malaysia. Teruja nak coba! jangan kata tak teruja, memang Cikza suka calit-calit mekap. Tak boleh nampak set mekap. Mesti nak calit-calit bagi nampak floooleees sangat.

Blusher tu gojesss! | Althea Korea
Blusher tu gojesss! | Althea Korea

Witch’s Pouch Love Me Blusher 

Masa pertama kali mengenakan kat pp tu, nampak warna makin menyerlah, pink ala oren gitu. Lagi pulak dengan muka Cikza yang putih ( Ehh! putih ke ) semua kuasa mekap, buat warna blusher tersebut makin menyerlah. Nampak bila waktu Cikza senyum tu, naiks eri pp tu. Pertama kali Cikza mengenakan warna sebegini.

13835525_306035146406401_450318760_o
Eyeshadow Dua 4 colour | Althea Korea

Witch’s Pouch Shadow For Eyes

Warna yang Cikza pilih kalini memang pelik, katanya nak cuba kelainan, Almaklum Cikza baru nak jinak-jinak belajar mekap tang mata tu, Jarang kalau nak mekap buh eyeshadow kat mata tu. Biasa kenakan eye liner dah jalan. Kalini pendapat Cikza tentang eyeshadow ni, memang berani jugak Cikza pilih. Warna kuning tu buat mata cikza nampak makin sepet, tapi warna brown sebagai penyelamat. aduh! galak sungguh mata di buatnya.

Corector Cream | Althea Korea
Corector Cream | Althea Korea

Witch’s Pouch Colour Corerector CC Cream SPF 50+

Ingatkan krim tu warna putih maka makin flawles lah kulit. Tapi bila dah calit  kat muka memang terasa best dan tak berminyak, cream ni memang tahan lama, buat makeup tu tetap statik seperti biasa tau. Lagi pulak kan jarang lah nak pakai foundation ni, sebab kulit muka Cikza sensitif, Dan bila dah cuba ni, rasa selesa sangat, melangkah penuh keyakinan.

Lip Gloss tu Menyerlah habis | Althea Korea
Lip Gloss tu Menyerlah habis | Althea Korea

Witch’s Pouch Radiant Tint

Lips glos warna oren tau, tapi base pertama Cikza buat eksperimen dengan mengenakan lipstick jenama Maybeline warna pink, dan lepastu baru calit lipgloss ni. Rupanya tahan lama sampai petang, Jam 7 pagi duk kenakan, tahan sampai waktu lunch. Memang habis stok ni, wajib di restock dalam simpanan.

Mascara Warna Coklat 1st time Cikza Cuba | Althea Korea
Mascara Warna Coklat 1st time Cikza Cuba | Althea Korea

 

Eye Brow Warna Coklat tu nampak lagi menyerlah dan kelainan | Althea Korea
Eye Brow Warna Coklat tu nampak lagi menyerlah dan kelainan | Althea Korea

Dual Brow Pencil Cara ( 2 in 1 ) 

Rupanya 2 in 1 je, gabungan mascara dan pencil brow warna coklat. Selama ni za cuma pakai warna hitam sahaja, tapi harini nak nampak kelainan, Cikza mengenakan warna brown kesemuanya. Memang tahan lama dan bila kena air tu waterproof jugaklah. Buat mata Cikza lebih galak dan auw! seksi gitu.

13833053_306035143073068_1431934958_o
Ampoule Moisturizer | Althea Korea

Ampoule Moisturizer Base

Sebelum nak kenakan mekap tu, Cikza sapu ni, untuk sapuan pertama sebagai base dan moisturizer agar mekap tahan lebih lama, sebab inilah puncanya muka dan mekap Cikza nampak lebih flawles dan tak serabut. Lagi pulak ia rasa sejuk-sejuk bila mengenakan, mungkin sebab lembabkan muka sekali.

FeedBack Dari Cikza & Kawan-Kawan 

13835483_306065169736732_266756553_o

 

13717964_306065176403398_1342508071_o

Inilah minah brutal yang sanggup nak mekapkan Cikza, habis semua kawan-kawan Cikza jadi mangsa beliau, termasuk akak sorang ni, Dia mekapkan habis, kalau nak tahu memang naik seri tau. Serius memang Cikza tak tipu. Kawan-Kawan lain puji warna mekap Althea ni, jadi tak rugi rasanya redeem kupon yang di berikan tu.

Nampak Ayu Tak? | Althea Korea
Nampak Ayu Tak? | Althea Korea

Auw Cak! nampak ayu tak, semuanya hasil daripada produk Althea yang Cikza pilih, keseluruhan memang Cikza puas hati, sangat puas hati. Tak rugi memilih, ada 2-3 orang puji bibir tu seksi sangat, warna tu kena pulak dengan Cikza, naik seri pulak tu. Jadi lepasni kumpul duit restock semula kalau habis.

Khas Untuk Pembaca Cikza.com 

13754688_305383756471540_2162056756437254952_n

Althea Birthday Celebration 20th – 31th July 2016

  • Limited Edition Party Box + DIY Kit
  • Percuma 1500 goodies  ( Full Size Beauty Product While Stock Last )
  • Birthday Giveaway. Pick 3 Top Sellers For 100% REBATE
  • #Althea’s Turn’s 1 Instagram Contest
    • Got party kit? Jangan lupa wish Birthday dengan menggunakan #altheaturns1dan menang pelbagai hadiah menarik.
    • Contest bermula 20th July 2016 sehingga 15 Ogos 2016

13694057_306008893075693_1310527659_o

Keterangan lanjut korang boleh terus ke Website Althea Korea Untuk keterangan lanjut atau Facebook Althea.

 

4 thoughts on “Althea Turns 1!! Happy Birthday Althea Korea”
  1. Hye Cik Za, Mira from Althea here. We want to thank you and your friends for joining in our online Birthday Celebration. Hope you all had fun 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge