Zakat Fitrah 2016| Rasa-rasa pasti ramai yang masih belum menunaikan zakat fitrah. Alhamdulillah tahun adalah tahun ke-3 Cikza menunaikan zakat bagi pihak keluarga, walaupun pada hakikat Cikza masih ragu-ragu untuk melakukannya. Tapi abah Cikza, setiap tahun tak pernah miss nak bayar untuk Cikza sekali walaupun dah bekerja. Tapi rata-rata bila Cikza buat sedemikian, ramai yang mempertikaikan hukum jika anak perempuan belum berkahwin boleh membayar untuk ahli keluarganya. Memang ragu-ragu lah Cikza dibuatnya.

“ Salam ustaz, bolehkah saya sebagai anak perempuan, yang sudah bekerja menunaikan zakat bagi pihak keluarga saya? “
Respon Jawapan Terbaik Diterima
Jawapan yang Cikza dapat sangat positif. Rupanya tiada salah jika ingin melakukan bagi pihak keluarga kita sendiri walaupun kita adalah anak perempuan yang belum berkahwin tetapi sudah berkemampuan. Jika bapa kita telah pun membayar zakat dalam masa yang sama, bermakna besar ganjaranya yang diperoleh ayah dan diri kita sendiri. Jadi persoalan yang ingin Cikza tahu, sudahpun terjawab. Bermakna semuanya jelas nyata dan terang. Tak salah Cikza sebagai anak perempuan juga ingin menunaikan zakat bagi pihak keluarga Cikza.

Kadar Bayaran Zakat Fitrah 2016
Rujuk rajah atas untuk mengetahui kadar bayaran bagi setiap negeri. So korang yang belum bayar lagi tu, silalah rujuk di kaunter-kaunter zakat yang berhampiran. atau mereka yang duduk di negeri selangor pun boleh terus melalui pembayaran secara online tanpa perlu beratur panjang di PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI ONLINE
good info. bermanfaat sangat
umminani recently posted…OP SELAMAT 9/2016 SEMPENA HARI RAYA AIDILFITRI
Tq ummi.. lama dah za rasa ragu ..