Spicy Korean Noodles Ramen Samyang | Rasanya masih belum terlambat nak up story pasal ramen ni, saja scroll fb, terbaca status Tya Salmid tentang Ramen Samyang yang menjadi viral satu ketika dulu. Hinggakan ada yang buat video challenge, tapi Cikza taknak sampai up kat youtube. Bukan famous mana pun Cikza, setakat picisan semata-mata.

Penyediaan Ramen Tersebut | Mula-mula seperti biasa, Cikza rebus dulu mee tersebut sampai lah kembang, siap boleh nyanyi lagi, kekonon nak hilangkan rasa gemuruh nak mencuba katanya. Adik pulak dah memanggil-manggil tanya dah siap ke belum. Berlagak! tunggulah nanti dah siap den tonyoh kat mulut dia dulu. Tapi nampak dari luar plastik memang tak menyangka rasanya, tuhan je yang tahu.

Perencah Super Aumm| Nampak perencah pun dah aum! sedapkan hati memang tak pedas sebab nampak biji bijan yang di terabur atas perencah, nampak tekstur warna perencah tu, setakat ni okeh lagi. sebab belom gaul serata bersama kan. Lagi pulak, bau perencah dah mula tusuk hidung, memang menandakan ianya pedas, Cikza bersin 4 kali tu. Lagi pula bau ramen tu dah mula cucuk-cucuk hidung. Apalagi nak ditunggu! Kasi gaul serata-ratanya!

Terkedu Lidah Bila Melihat Ramen Merah Menyala | Lidah tak boleh nak kata apa dah ni, cuma tunggu masa nak masuk dalam mulut je, almaklum masa sibuk duk viral, tak da hati nak rasa pulak, cuma beli untuk kawan-kawan je, tapi bila dah takda viral hati pun nak cuba merasa ramen yang di katakan berhantu, bersaka mata merah datang.
Komen Tentang Ramen Samyang
Suapan Pertama Terungkai Segalanya | Ya! baru suapan pertama, dah terungkai segalanya. Mula mencari air sejuk nak surutkan lidah yang pedas ya rabbi! tak tergambar rasanya, memang tak boleh nak cakap dah. Rasanya kalau nak tahu ” Sepeket ramen spicy tu, bersamaan sebotol air cincau fitrah ” korang rasa, mau ada yang kena potong kaki. Cikza memang dah giveup! tapi adik Cikza tetap habiskan ramen tersebut. baki lagi 2 peket katanya nak di bawa ke kolej. Mata Cikza tak berhenti mengalir menahan pedas yang ada. Lidah pulak seakan kena cucuk jarum sebab pedas, macam makan wasabi pulak dah.

Sepeket Dah Memadai | Rasanya sepeket dah memadai untuk Cikza nak merasa, lepasni tobat taknak rasa lagi dah, pedas memang tak beringat, bagi mereka yang boleh tahan pedas tu memang awesome! Tapi bagi Cikza takut kalau makan perut tak tahan boleh sebabkan sakit yang lain pulak. So sekarang ni, bila dah merasa sendiri, cukuplah sekali bak kata Jay Jay.
Tak berani try sbb tak tahan pedas haha
Farah Farhana recently posted…KEROPOK LEKOR HOMEMADE
Cuba sekali baru tau nk lgi ke tak 😆😆😆
Warghhh bila boleh try jgk ni , nk tgk tahap mana pedas tu kat diri sndiri ahaks
Cmtulah semangat za tp bila dh rase ouch! Ke lauttttt