Sotong Masak Hitam | Bila nampak sotong, mula lah idea macam-macam resepi keluar, sotong masak butter, sotong goreng, sotong goreng tepung, sotong kangkung, sotong masak kunyit. aish! Terfikir jugak, lama tak buat menu “Sotong Masak Hitam” Idea dah datang, macam-macam lah fikir lagi. Sebenarnya sotong masak hitam ni, adalah resepi yang asal dari johor, kalau ada food festival johor, pasti sotong masak hitam akan di hidangkan kepada semua. Ramai yang duk bertanya, macamna boleh jadi hitam? letak kicap? sos tiram? Jom ke dapur cikza.

Sesuai Untuk Berbuka Dan Sahur | SOtong Masak Hitam Menyengat
Sesuai Untuk Berbuka Dan Sahur | Sotong Masak Hitam Menyengat

Resepi Sotong Masak Hitam

Bahan A

  • 1/2 kilo sotong ( cuci dan toskan air )
  • Bawang Besar ( Hiris )
  • Cili Merah ( Hiris )
  • kunyit
  • garam
  • Air Asam Jawa ( Kalau pekat lagi bagus )
  • Minyak

Bahan B ( Kisar Lumat )

  • 4 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 tangkai cili hijau

Cara Penyediaan

  1. Sotong di cuci terlebih dahulu, dan di toskan airnya. Dibiarkan air tersebut di toskan sehabis mungkin, Kalau boleh, sotong tersebut di buang tulang sahaja, jangan buang dakwat hitam tu.
  2. Bahan kisar tadi disatukan bersama, kunyit, garam dan digaul rata, biar perap selama 15 minit, supaya rempah tersebut dapat meresap dalam sotong tu nanti
  3. Panaskan minyak, tumis sotong tadi, dan dibiarkan seketika, di gaul rata, ( Dalam masa sama dakwat hitam tersebut akan pecah)
  4. Masukkan air perahan asam jawa, dan biarkan selama 5 minit, dan di tutup api, tabur bawang besar dan cili dihiris tadi, dan biarkan selama 5 minit sebelum dihidang.

Tip Dapur Cikza

  • Dakwat Sotong | Dakwat sotong memang sangat diperlukan untuk resepi ni, cuma bila dah cuci sotong tu, buang tulang belakang sahaja, lagi pekat lagi sedap kuah tu.
  • Hanyir Sotong | Mudah sangat, cuma perlu ambil, 2 biji limau nipis, belah dan perah dalam sotong biarkan seketika. kemudian baru cuci sotong tersebut.

Sangat mudah disediakan, tak rugi pun jika berhabis berpuluh ringgit di kedai semata-mata nak makan sotong masak hitam, lebih baik buat sendiri, baru puas hati, maka bertambah-tambahlah nasi tau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge