SLE Boleh Membawa Maut Ke? | Di diagnos menjadi pesakit SLE pada tahun 2010 memberikan impak negatif dalam kehidupan Cikza. Bukannya apa, pada awalan Cikza sendiri tak menyangka penyakit senyap tu dah lama menjadi sahabat bersama Cikza sejak di bangku sekolah lagi, Memang pada awal Cikza mengakui ketika di bangku sekolah, Cikza mudah terkena serangan demam yang teruk , tapi itu tidak menyangkakan yang rupanya itu adalah permulaan awalan SLE bertapak dalam badan ni .
Malar Rashes Di Muka | Cikza sendiri tak menyangka petanda pertama adalah demam dan diikuti dengan malar rashes kat muka seakan jerawat halus. Tapi hakikatnya bukan, tapi waktu tu ambil sikap endah tak endah je. Dan menganggap ia perkara normal bagi wanita yang dah meningkat dewasa. Tapi hakikat sebenar ia adalah permulaan. Cuma Cikza sendiri tak sedar.
Kronologi Pertama Bulan Mei Tahun 2010
Jantung Adalah Permulaannya | Waktu tu, Cikza memang tengah mengalami demam panas on-off selama hampir dua bulan, tapi suspect cuma lah denggi biasa. Dalam seminggu demam menjangkau 40″ keatas, tapi masih kuat untuk melakukan aktiviti seharian walaupun ianya berat. Tapi ada ketika suatu hari, Cikza dah pergi hampir 7 buah klinik termasuk HUKM Kecemasan dan Klinik Kesihatan. Tapi semuanya menjurus ke arah virus kekonon denggi lah. Berpuluh-puluh pain botol darah telah diambil untuk di diagnos cuma masih tak dapat kesan lagi. Waktu tu memang azab sebab kita kerap cuti sakit disebabkan demam.
Ketika Memandu Ke Pejabat | Waktu itu adalah permulaan yang tidak dijangka, ketika tu Cikza meminta bantuan rakan untuk hantar ke HUKM terus sebab tak tertahan menanggung sakit, sampaikan nak bernafas pun susah, tarik sedikit dah sakit, sakit belakang, tangan rasa kebas dan waktu tu demam rasanya. Waktu tu allah maha mengetahui. Sakit yang tak tertanggung rasanya. Sejurus sampai di HUKM, terus di bawa ke separa kritikal, waktu tu teringat yang mama punya meeting yang teramat penting, hanya abah lah Cikza pohon jangan beritahu mama keadaan Cikza, sebeb tak mahu ganggu mama jalani waktu meeting yang terlalu penting baginya, abah datang berlinang air mata, tengok anak sendiri dah penuh dengan wayar-wayar dari atas sampai ke kaki, masih Cikza ingat abah kata,
” Beralah beritahu mama kondisi Cikza” tapi Cikza ni jenis keras kepala. “Biarlah sehingga mama telefon habis meeting baru abah beritahu ye! “
Wad Kecemasan Separa Kritikal | Selama 11 jam Cikza bertarung sakit kat situ, menanti abah datang dengan mama, sewaktu mama sampai, muka mama sedih sangat, mama tak sangka sampai camni boleh jadinya. Pertama sekali mama sampai terus mama cari doktor yang merawat Cikza, tapi mujur ada laporan perubatan di situ, keberuntungan yang mama Cikza adalah staff perubatan. Bahasa perubatan yang di tulis oleh doktor semua dia faham. Waktu tu doktor yang rawat Cikza datang memberi penerangan, Tepat jam 10.00 malam Cikza di tempatkan terus di Wad ICU HUKM. Mama minta keizinan nak pulang ambil pakaian. Tapi berat hati katanya nak meninggalkan. Bayangkan waktu tu, Cikza dah mula memakai pampers, air kencing disalur ke tiub. memang Cikza dah give up nak teruskan life, sebab fikir satu je, taknak susahkan mama. Jam menunjukkan pukul 1 pagi. Doktor menelefon mama katanya kondisi Cikza semakin tenat, waktu tu nafas turun naik, terhenti kejap, seluruh badan sejuk termasuk tangan dan kaki menjadi biru. Terus mama dan abah patah balik ke HUKM tak mahu berenggang walau seminit sekalipun, kata mama di luar bilik adik menangis semahunya, tak henti nangis dia tau. Love u adik!
Koma Untuk Satu Hari | Memang betul waktu malam tu, Cikza mula meracau kata mama, siap mohon ampun maaf, nak jumpa nenek dan nyai. Waktu tu mama nangis sangat, tapi malam tu jugak, Nenek dari muar datang sebab mendengar pengkhabaran yang Cikza sampai masuk ICU. Terasa semakin lama mata terpejam, itu petanda sebenar yang Cikza tidak sedar selama sehari dan semalam. Waktu tu, Cikza bermimpi biarlah cikza yang tahu. Bila Cikza jerit panggil MAMA!! terus mama peluk Cikza, sebab dia ingat Cikza dah pergi. ( macam dalam drama tapi itu realitinya ) Mama beritahu, semuanya menunjukkan petanda yang Cikza dah pergi dari bacaan monitor di screen, once lepas jerit tu, semua seperti biasa, Allahuakbar.! 7 hari di ICU, Cikza malu dengan mama, sebab dia yang uruskan semua termasuk cebok berak kencing Cikza sepanjang menggunakan pampers. Tapi bila terkenang kembali, terus teringat yang allah masih sayang kat Cikza lagi untuk memberi peluang menjalani liku kehidupan yang ada.
Terkini 2016
Permulaan Yang Positif | Alhamdulillah, kini semuanya terkawal seperti biasa. Doktor memberi satu vaksin sebagai sampingan perlindungan di bawah dana HUKM. Waktu tu memang bersyukur sangat. Berterima kasih kepada pelbagai pakar yang pernah merawat Cikza dulu sehingga sekarang. Kalau di ikutkan untuk 10 bulan pertama kos ubat tersebut sekitar RM 20k, subhanallah bayangkan ubat tersebut Cikza dah mula sejak tahun 2015 bulan April lagi. Berapa lah kos agaknya sehingga harini.
Apa Itu SLE ?
SLE ( System Lupus Erimatosus ) | Penyakit autoimun, dimana lagi senangnya adalah penyakit kekurangan antibodi dalam badan, dimana antibodi sihat mengalami kecelaruan dan terus menyerang organ-organ dalam badan seperti buah pinggang, sendi, jantung, darah dan yang paling utama adalah otak. Itu yang sangat berbahaya, Kalau diikutkan SLE ni kebanyakkan hanya menyerang wanita berbanding lelaki yang hanya segelintir sahaja. Dikatakan juga, ianya sebaris nama dengan penyakit kanser yang boleh membawa maut jika tidak di kawal atau di bendung. Sehingga harini masih tiada ubat yang mampu menyembuhkan penyakit tersebut tetapi boleh mengawal dengan pengambilan steroid yang terkawal di bawah pengawasan doktor.
Tanda- Tanda SLE ?
Petanda SLE | Ramai yang tidak menyangka yang petanda seakan sama dengan penyakit denggi. Antaranya seperti :-
- Demam yang tinggi
- Sakit sendi-sendi
- Ulser pada mulut
- Sakit dada sukar bernafas
- Sakit Kepala / Mual Muntah dan sebagainya
- Ruam pada wajah / kulit
- Kulit menjadi sakit bila terkena cahaya matahari ( Cikza setakat ni, redah je )
Ini lah Kehidupan | Walaupun Cikza ada SLE namun rasanya semua tu bukan penghalang nak melakukan aktiviti yang diidamkan, namun berpada-pada. Walaupun ianya dihalang oleh doktor, tapi berpegang pada keyakinan dalam melakukan satu perkara yang diinginkan, jika kita positif maka positiflah jawapannya, dan jika ianya negatif dalam diri kita maka apa yang dirancang semuanya negatif. Kehidupan hanya sekali, jadi hargai sebaik mungkin, penuhi dengan kehidupan dengan warna-warna ceria. Berterima kasih kepada keluarga yang sentiasa memberi semangat, termasuk kawan-kawan yang banyak memberi semangat serta sanggup beri suplement percuma kepada Cikza, tapi tak semua yang Cikza boleh makan semua atas saranan doktor. Jasamu tetap lah Cikza kenang sampai bila-bila terutama keluarga Cikza sendiri.
Semoga cepat sembuh cik Za. Takut juga ya penyakit yg dtg dalam diam. 😞
Afiq Halid recently posted…Living Well : Pilih!
tq afiq, selagi cik za positif maka always jalani kehidupan positif. 🙂
Syafakillah cik za.moga cepat sembuh.
Nur yusuf recently posted…Puasa 19 jam – Ini alasan perbezaan waktu berpuasa
Terima kasih sis! insha – allah selagi za positif, i always positive. 🙂
wahh..
bahaya gak penyakit dalam diam ni ye.
titan recently posted…Can WE Fly Together?
yup, walaupun dalam diam, langkah berjaga wajib diambil
cik za kuat. semoga kuat dan insyaALLAH pasti ada penawarnya
Thanks ainul, always berpositif maka positiflah life
Semoga sentiasa kuat dan tabah untuk lawan SLE ni.. Yeahhh! Bagus akk kekal positif…
Always ina, akk sentiasa positif, sbb yg buat kita rasa positif bila minda pun turut positif sama
Rasa bangga plak baca… Cik Za kuat semangat! Betul kata Cik Za, life goes on. Moga terus dipermudahkan segala urusan Cik Za, Aaminn
Betul mama, life hanya sekali, gunakan sebaiknya, sebab tu za nmpak okeh sebab za always positif..
semoga diberikan kesihatan yang baik.amin
umminani recently posted…PENYANYI DARI PELBAGAI GENRE BERGABUNG TAKBIR HARI RAYA AIDILADHA
Amin.. terima kasih ummi..
Risaunya bila dengar….
Moga dipermudahkan segala urusan buat za.
Bro Framestone recently posted…Dinner Bersama Pengomen Blog Deqnoor.com di Ideaa Station
Thanks bro.. hukm dah jadi rumah ke-2
semoga Allah kurniakan kesihatan dan kekuatan buat cikza ya..
rozita recently posted…Apa dia program LINUS di sekolah rendah tu sebenarnya?
Aminnn. Semoga di permudahkan semuanya