Udang Bersama Telor Asin | First time Cikza merasa makan udang telor asin setelah di perkenalkan oleh kawan Cikza sendiri, restoran tu terletak berdekatan dengan bangunan PTPTN, dan nama restoran tersebut adalah Restoran Stadium Negara, memang teruja almaklum pertama kali makan, rasanya tak cukup kalau satu hidangan. Tapi kalau dah merasa sekali, apa kata cuba buat sendiri di rumah.

Homemade Udang Telor Asin ( Prawn Salted ) - Dari Dapur Cikza
Homemade Udang Telor Asin ( Prawn Salted ) – Dari Dapur Cikza

Resepi Udang Telor Asin

Bahan – Bahan ( Udang Goreng Tepung )

  • 1 kg Udang
  • Tepung Jagung / Serbaguna
  • 1 biji telor ( putih sahaja, dipukul )
  • Minyak untuk menggoreng
  • Garam

Bahan -Bahan B

  • 4 Biji telor asin yg siap rebus ( diambil kuning sahaja untuk dihancurkan )
  • 1/2 bahagian bawang besar ( dihiris halus )
  • Daun Kari
  • 6 tangkai Cili padi ( dihiris halus )
  • 1 1/2 sudu besar Mentega
  • Garam

Cara Penyediaan Bahan A

  • Celopkan udang bersama putih telor yang telah di pukul, korang pastikan gaul rata. biarkan 2 minit.
  • Perapkan bersama tepung serbaguna, atau tepung jagung. Jika korang guna tepung serbaguna, rasanya dah siap bersama garam, cuma terus perap sahaja, tapi jika menggunakan tepung jagung, masukkan garam sedikit sahaja. Perap selama 30 minit.
  • Panaskan minyak, goreng sampai garing udang tersebut, hingga warna kekuningan.

Cara Penyediaan Bahan B

  • Panaskan mentega, tumiskan bawang besar, cili padi dan daun kari sehingga garing. kacau perlahan dalam api yang sederhana tau.
  • Bila dah garing, masukkan telor asin yang telah di lenyek halus, masak hingga garing dan tidak berketul. Masukkan garam jugak sebagai penambah perisa, bila terasa dh masin, tak perlu pun okeh je.
  • Bila kuah dah garing sedikit kekuningan, terus masukkan udang dan gaul serata-ratanya tau. Jika berketul sedikit tak mengapa, Biarkan selama 3 minit, gaul sekali lagi dan terus hidangkan.

Tips :

Perapan Udang | lagi sedap jika dibiarkan 1-2 jam, dan mengapa tepung jagung digunakan, supaya nampak lebih garing, banyak pilihan, korang boleh guna tepung gandum atau tepung yang bersesuaian dan bukan tepung buat kek.

6 thoughts on “Resepi Udang Telor Asin ( Salted Prawn )”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge