Rendang Ayam Meletop | Lambat lagi nak raya, tapi harini cikza dah raya, rasanya rendang ayam ni bukan nak di hidangkan untuk hari raya je, tapi hari biasa jadikan lauk tambahan pun boleh. Lagi pulak simple dan mudah disediakan. Bila tekak terasa nak makan rendang, almaklum macam dah lama tak masak rendang, takkan nak tungguu raya pulak. Jadinya, bukak peti ais, tengok semua barang dah cukup, maka proses memasak pun bermula, tapi! lain orang, lain penyediaanya. Ikut kata hati. Rendang ayam ni, sesuai kalau ada cekodok bilis atau nasi impit, memang laju je hadapnya. Tak pikir orang belakang dah.

Rendang Ayam Meletop
Bahan A ( Utama )
- 1 Ekor Ayam ( Potong 14 )
- 4 Helai Daun Limau ( Dicarik Kasar )
- 4 Sudu Kerisik Kelapa
- 2 Keping Asam Gelugor
- 2 Cawan Santan
- 1/2 Cawan Gula Melaka
- Garam / Kunyit
Bahan B ( Dikisar Halus )
- 2 Ulas Bawang besar
- 2 Ulas Bawang Putih
- 3 Batang serai
- 1/2 Inch Halia
- 1/2 Inch Lengkuas
- 10 Tangkai Cili Kering
- 5 Tangkai Cili Padi ( Jika nak pedas )
- Sedikit minyak masak
Cara Penyediaan
- Sediakan kuali, satukan ayam dan bahan yang dikisar tadi, dengan api yang sederhana. Masukkan juga, garam dan kunyit bersama, gaul rata dan biarkan selama 5 minit.
- Masukkan santan, kerisik, gula melaka, daun limau dan asam gelugor, kacau rata sampailah jadi pekat. Setiap 10 minit kacau agar tak melekat di kuali.
- Bila dah nampak pekat, apa lagi dah boleh hidang terus, makan bersama nasi impit.
Tip Dapur Cikza
Kenapa bahan kisar tadi diletakkan minyak ? | Ini kerana, cikza ada menggunakan cili kering, kadang ada biji-biji yang masih tak tos lagi, jadi jika korang nak kisar cili kering, bagi lumat, lagi elok masukkan 2 sudu minyak masak.
Kenapa rendang cikza menggunakan gula merah ? | Ini kerana, nak tekstur warna nampak cantik, lagi pulak ianya boleh menggantikan dengan gula pasir.
Ena memang fail lagi masak segala rendang. Kena cuba lagi ni. Nanti nk try resepi akk lak.. Thanks share kak..
sama-sama dik, hehehe.. try ur best, lagi pulak kak za guna apa yang ada je.
Nampak sedap je rendangnya..selamat buka masa sahur..hahahaha
Hehehe tq zarin..