BKKH 2016 | Ramai yang masih tidak memahami tentang permohonan BKKH 2016, rata-rata yang membuat panggilan dan walk-in ke Pejabat Risda berdekatan masih tidak jelas tentang syarat-syarat BKKH 2016. Harini berduyun-duyun panggilan mengenai perihal BKKH telah masuk dan ada yang kebanyakkannya pekebun kecil yang masih tidak memahami syarat-syarat tersebut.
Pekebun Kecil | Ramai pekebun kecil yang telah menziarah ke rumah anak-anak di ibu kota dan memberi upah kepada penoreh getah untuk mengusahakan tanah miliknya. Namun rata-rata ada yang masih gagah mengusahakan tanah sendiri. Cikza kadang kesian kepada mereka yang telah berusia datang ke ibu pejabat RISDA untuk berurusan pasal BKKH 2016, ada yang marah, mengamuk dan sebagainya. Jom Cikza kongsi tentang cara-cara permohonan serta syarat-syarat BKKH 2016.
Syarat Permohonan BKKH 2016
Pemilik Tanah
- Warganegara Malaysia
- Pekebun kecil yang berdaftar di bawah RISDA
- Mempunyai tanah yang berkeluasan kurang dari 2.5 hektar atau sehingga 2.5 hektar sahaja
- Pemilik tanah yang sah
- Satu lot tanah (jika lebih dari 1 penama hanya seorang yang layak )
Penoreh Getah
- Warganegara Malaysia
- Penoreh bukan yang berdaftar dengan RISDA
- Mendapat perakuan dari tuan tanah
- Menoreh di lot keluasan hingga 2.5 hektar
- 1 orang penoreh – bagi tanah 0.1011 hektar hingga 2.0 hektar
- 2 orang penoreh – melebihi 2.0 hektar hingga 2.5 hektar
- Mempunyai Kad Permit Autoriti Getah ( Pat-G) yang masih sah dan didaftar sebelum 30 jun 2016
Cara-Cara Memohon BKKH 2016
Pemilik Tanah
- Salinan kad pengenalan
- Salinan geran
- Salinan muka hadapan buku bank yang masih aktif
Penoreh Getah
- Salinan kad pengenalan penoreh
- Salinan kad pengenalan pemilik tanah
- Sallinan geran tanah lot yang ditoreh
- Salinan buku akaun bank yang masih aktif
- Kad Pat-G ( sila bawa bersama bila membuat permohonan )
Soalan lazim pertanyaan | kebiasaan ada beberapa persoalan yang kebanyakkan di tanya oleh pemohon, dan antaranya berkaitan syarat permohonan. Disini Cikza akan berkongsi beberapa persoalan yang mungkin dapat membantu korang semua.
- S : Jika saya mempunyai tanah lebih dari 2.5 hektar layakkah untuk buat permohonan ?
- J : Tidak layak, mengikut syarat adalah tidak melebihi 2.5 hektar sahaja
- S : Jika saya duduk di Kuala Lumpur, geran berdaftar di Pahang, bagaimana cara saya ingin memohon ?
- Jika perlu, tuan/puan diminta terus ke Pejabat Risda Negeri dimana geran tersebut berdaftar itu adalah lagi baik kerana segala kesulitan bole di jawab dengan kadar segera atau jika ingin menggunakan khidmat pengeposan boleh menghantar terus ke Pejabat Risda Negeri ( * segala pengeposan adalah ditanggung oleh pemohon, jika sebarang kehilangan pihak RISDA tidak akan bertanggungjawab tentang kehilangan permohonan tersebut. )
- Borang permohonan juga diterima di Pejabat RISDA Negeri Selangor dan Pejabat Risda Stesen Bangi.
- Untuk pengetahuan, IBU PEJABAT RISDA bertindak mengeluarkan borang SAHAJA, tetapi permohonan harus dibuat di Pejabat RISDA Negeri masing-masing.
- S : Jika saya sebagai pemilik telah memohon bolehkah penoreh getah memohon sama ?
- Hanya salah seorang sahaja yang boleh memohon.
- S : Berkenaan Kad Autoriti Getah dimana saya boleh dapatkannya?
- J : Kad tersebut boleh di dapati di Lembaga Getah Malaysia.
- S : Ibu saya tidak mempunyai akaun bank tetapi mempunyai akaun asb/tabung haji, boleh kah di kepilkan bersama ?
- J : Hanya salinan buku bank akaun yang aktif sahaja di perlukan, jika tidak mempunyai akaun bank, puan diminta membuat buku bank untuk kemudahan akan datang.
- S : Macamana contoh kad SIC dan kad Pat-G ? ( Rujuk gambar bawah )
Sebarang pertanyaan adalah boleh di rujuk kepada Pejabat RISDA berhampiran. atau hubungi
- 03-42564022 sambungan 221 / 519 ( Bahagian Produktiviti Pemasaran )