Pantas Dan Terbaik | Itulah yang Cikza terkedu, pertama kali perbaharui pasport antarabangsa di UTC Keramat. Pertama kali buat pasport di Imigresen Kajang, tapi seawal 7.30 pagi, memang beratur panjang, sampai  luar premis kedai orang lain. Teringat entry Uncle Zuan, perbaharui pasport di UTC Keramat dengan cepat dan pantas. Baru-baru ni juga, Cikza berkunjung ke UTC Keramat untuk perbaharui pasport antarabangsa yang hampir tamat tempohnya.

Perkhidmatan Pantas | Perbaharui Pasport Antarabangsa Di UTC Keramat
Perkhidmatan Pantas | Perbaharui Pasport Antarabangsa Di UTC Keramat

Tatkala nombor diambil, hanya yang berurusan waktu tu, sekitar 2 pelanggan termasuk Cikza sendiri. Bertuahnya rasa. Kebiasaan di kaunter utama cawangan imigresen dah terlalu ramai penuh sesak di setiap pelosok, tapi kebetulan waktu tu hanya dua pelanggan termasuk Cikza sendiri. Bila no dah di panggil, terus ke kaunter penyerahan pasport lama, dan urusan mengambil gambar, waktu tu juga wajib kemaskini status dan tempat tinggal sekarang. Purata masa mengambil setakat 10 minit berurusan di kaunter penyerahan dan mengambil gambar semula.

Persekitaran Yang Kurang Orang | Perbaharui Pasport Di UTC Keramat
Persekitaran Yang Kurang Orang | Perbaharui Pasport Di UTC Keramat

Kurang Pendedahan | Berkemungkinan kerana kurang pendedahan dan promosi, rasanya punca utama UTC, Keramat kurang mendapat sambutan berbanding UTC yang lain. Selain tu juga salah satu faktor utama adalah tempat letak kenderaan yang semakin sempit dan ruang yang di gunakan untuk parking telah di salah gunakan meletak kerusi sebagai tanda untuk “Booking Place” 

20160615_140905
Kaunter Hambar – Perbaharui Pasport Antarabangsa Di UTC Keramat

Petugas Kaunter Yang Efisyen | Teratur dan efisyen itu adalah yang boleh Cikza katakan, selain perkhidmatan yang cepat dan pantas. Pegawai yang bertugas di kaunter sentiasa memberi senyuman dan menjawab segala pertanyaan kita dalam keadaan tenang dan tidak meninggikan suara. Lagi pulak suara jelas dan penerangan yang tepat memudahkan lagi urusan Cikza.

Senarai Harga Perbaharui Pasport | Perbaharui Pasport Di UTC Keramat
Senarai Harga Perbaharui Pasport | Perbaharui Pasport Di UTC Keramat

Hanya RM200 Untuk Tempoh 5 Tahun | Dengan hanya berbekalkan modal RM200 sahaja, pasport korang akan sah selama 5 tahun, lama kan. Kali terkhir, waktu tu kalau tak silap, Cikza cuma perlu bayar RM150 untuk 2 tahun sahaja, tapi selepas 15 Januari 2015 semuanya telah berubah. Lagi murah lagi lama tempoh perjalanan.

Cara Perbaharui Pasport Antarabangsa

  • Sewaktu sampai di kaunter , no giliran kan di beri, tiada borang yang diperlukan, cuma sediakan kad pengenalan dan pasport korang sahaja.
  • Menunggu giliran, setelah di panggil, korang akan terus ke kaunter penyerahan pasport, waktu tu mereka kan bertanyakan tentang kemaskini status peribadi dan gambar terkini akan di ambil untuk di letakkan di pasport yang baru.
  • Selepas selesai penyerahan pasport, menanti giliran untuk melakukan pembayaran, Hanya RM200 untuk tempoh 5 tahun, pembayaran boleh dilakukan secara tunai atau pun kad kredit / kad debit. 
  • Setelah 1 jam selepas pembayaran, nama korang akan di panggil semula untuk mengambil pasport yang telah di perbaharui di kaunter pengambilan pasport. Waktu tu sebelum selesai berurusan sila pastikan maklumat yang dinyatakan adalah betul. ( Nota : Pasport yang tidak dituntut selama lebih 3 bulan, akan di lupuskan )

Jika korang rasa nak cepat, makanya berurusanlah di UTC Keramat, memang servis tip top dan pantas.

  • Cawangan Mini UTC Keramat | Kompleks Keramat Mall, Jalan Dato’ Keramat, Kuala Lumpur .
  • Talian Dihubungi | 03-42511468 / 42511469
  • Waktu Operasi | Isnin – Ahad ( 8.30 Pagi – 10.00 Malam )
  • Waktu Rehat | 7.00 Malam – 8.00 Malam & 12.15 Petang – 2.45 Petang ( Solat Jumaat )
  • Tutup pada hari “Cuti Umum
10 thoughts on “Menariknya Perbaharui Pasport Di UTC Keramat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge