RESEPI

Ketam Masak Lemak Cili Padi Pedas Menyengat

Ketam Masak Lemak | Untuk dari dapur Cikza kalini, harini nak jugak kongsi masakan simple khusus untuk mereka yang tercari-cari lauk simple untuk berbuka nanti. Rasanya Ketam ni sangat fresh, isi nampak banyak, harga alhamdulillah murah sebab beli terus dari jeti pasar muar. Nampak sedap tapi bulan puasa rasa pun tak tahu camne.

Ketam Masak Lemak Cili Padi - Dari Dapur Cikza
Ketam Masak Lemak Cili Padi – Dari Dapur Cikza

 

Ketam Masak Lemak Cili Padi

Bahan Bahan

  • 1 kg ketam bunga ( di potong 2 / ikut suka )
  • 1 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili hijau
  • 10 tangkai cili padi kampung
  • 3 cawan Santan Pekat
  • Garam /Serbuk Kunyit
  • Daun Kunyit ( hiris halus )
  • 2 keping asam keping
  • 1/2 cawan air

Cara Penyediaan

  • Kisar bawang besar , bawang putih, cili hijau, cili padi sampai halus,
  • Terus satukan bersama ketam, sedikit garam, sedikit kunyit, santan, sedikit air dan termasuk bahan kisar tadi.
  • Kacau atas api sederhana sehingga pekat tau, jangan berhenti kacau sehingga kuah nampak cantik dan pekat.
  • Bila dah pekat tu nanti, korang masukkan hirisan daun kunyit dan asam keping. ( za buh asam keping sebab nak rasa masam-masam sikit )
  • Biarkan 3 minit dah rata, terus hidangkan.

Tips :-

Air Beras | cuci ketam-ketam dengan air beras untuk hilangkan sedikit hanyir. Pencucian menggunakan air beras selain lemon nipis boleh menghilangkan bau hanyir makanan seafood yang lain.

 

You may also like...

6 Comments

  1. Sedapnyeee..kena try buat ni
    Farah Farhana recently posted…BERSUNAT PEREMPUAN | SAKIT KE??My Profile

    1. cikzacom says:

      Sedap, tp cik za suka kuah pekat2

  2. Nice!!! Nak suruh mak masakan after this…

    1. cikzacom says:

      sis suka buat kuah pekat2, pastu buat cekodok bilis then cicah ngan kuah tu

  3. rajinnya masak..hishh
    .kalau i, kulat bawang dlm bekas..hahahah
    umminani recently posted…CERAH DAN BERSERI DENGAN COSMODERM LUMINOUS PEARLMy Profile

    1. cikzacom says:

      hehehe. cikza memang suka masak. memang best and ikut mood kadang suka reka macam-macam masakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge