Tiket Bas Online | Cikza percaya ramai yang masih tercari-cari tiket bas untuk pulang berhari raya bersama yang tersayang. Samada di utara mahupun selatan tanah air. Kesibukkan warga kota kini sampai terlupa nak beli tiket bas untuk pulang berhari raya, terlambat sedikit pun. Memang terpampang perkataan “Sold Out” di setiap kaunter bas terlibat. Tapi tahukah korang yang tiket bas boleh di beli melalui secara online, tanpa perlu beratur panjang dan bersusah payah nak tempuh jalan jem dan sebagainya. Kini semuanya di hujung jari.

E-Ticketing Online | Setiap masalah pasti ada jalan penyelesaian, kini semuanya di hujung jari, di E-Ticketing.my lebih dari 10 jenis rangkaian pengangkutan bas disediakan, apa yang korang perlukan cuma isi butiran yang di pohon, mudah dan pantas. Beratur panjang memang sangat menyusahkan, terutama bila sampai “turn” tiba-tiba terpampang papan tanda “Sold Out” memang sangat kecewa.

Mudah Dan Pantas | Ya! memang mudah dan pantas, kenapa? sebabnya korang boleh tengok sendiri baki tiket bas yang masih kekosongan tanpa perlu pergi beratur dan bersusah payah hadap jem serta berasak-asak semata nak dapatkan tiket bas. Baca sampai habis, Cikza akan terangkan cara-cara nak buat pembelian tiket bas secara online.
Langkah Pembelian Tiket Bas Secara Online

Bagi Pengguna Kali Pertama | Pengguna kali pertama perlu berdaftar dahulu sebelum memulakan langkah-langkah seterusnya
- Terus ke website : E-Ticketing.My
- Buat pilihan di salah satu perkhidmatan bas yang ditawarkan seperti yang di paparkan.

Pengguna Kali Pertama | Perlu klik pada butang “Sign-Up” untuk meneruskan transaksi, manakala bagi mereka yang sudah berkali melakukan pembelian, korang hanya perlu “Log In” untuk meneruskan ke peringkat seterusnya

Isi Butiran Yang Di Perlukan | Korang yang pertama kali wajib isi borang yang diperlukan secara online, supaya akan datang korang hanya perlu “Log In” tanpa perlu untuk ‘Sign Up” semula. Kerana segala data akan disimpan sebagai rujukan.

Buat Pilihan Tarikh, Destinasi Dan Tempat Dituju | Sebagai contoh, Cikza melakukan destinasi dari Terminal TBS ke Seremban, dan korang boleh lihat sendiri tempat kekosongan termasuk waktu perjalanan pada tarikh yang di pilih. Sengaja Cikza memilih sehari sebelum nak raya sebagai contoh untuk melihat kekosongan.

Pilihan Tempat Duduk Dan Isikan Maklumat Diperlukan | Seterusnya, korang boleh memilih tempat duduk yang masih kekosongan mengikut keselesaan masing-masing, dan isikan juga nama serta maklumat untuk dihubungi. Disitu rasanya nampak mudah sebab setiap tempat duduk dah punya nama masing-masing.

Pembayaran Tiket Mengikut Pilihan Destinasi | Bila dah selesai membuat pilihan, jangan lupa buat bayaran pula, nanti tak dapat nak balik kampung sebab tiket lupa nak bayar. Tapi, korang boleh melakukan bayaran menggunakan aplikasi bank-bank yang terpilih, atau pun secara kad kredit yang terpilih.

1,227 total views, 2 views today