Bantuan Khas Kejatuhan Harga Getah | Pertama sekali syukur, alhamdulillah khasnya dan tahniah kepada penoreh getah yang terlibat kerana “Berita Gembira” yang di sampaikan oleh Perdana Menteri Malaysia YAB Dato’ Sri’ Mohd Najib Bin Tun Hj. Abdul Razak. Bukannya apa, sedikit sebanyak dapatlah meringgankan kos sara hidup dalam penyediaan kelengkapan aidilfitri yang bakal tiba tak lama lagi. Bila makcik Cikza sendiri call bertanyakan pasal BKKH tu, rasanya ringan sikit bebanan, ibu tunggal yang ada di kampung untuk menyediakan kelengkapan hari raya bakal tiba kelak.

Bantuan Kepada Pekebun Kecil Yang Layak | Sebanyak RM194 juta telah di peruntukkan kalini khasnya kepada pekebun kecil yang layak dan penoreh getah yang tidak memiliki kebun sendiri atau menoreh di tanah milik orang lain. Ya allah! betapa bersyukurnya rezeki ramadhan yang diterima oleh mereka yang bergelar pekebun kecil, dan sebab itulah peranan RISDA dalam tempoh 43 tahun sudah cukup terbukti dalam memperjuangkan nasib pekebun kecil yang menjadi tulang belakang industri getah dan kelapa sawit di Negara ini. Alhamdulillah sekali lagi, dan mengucapkan ribuan terima kasih kerana memperjuangkan dan meringankan kos mereka.

Kelayakkan Penerima BKKH 2016 | Ramai yang masih belum jelas tentang kelayakkan atau kriteria yang melayakkan mereka menerima bantuan tersebut. Kita memang mengetahui yang kebanyakkan pekebun kecil ada yang celik it, dan ada yang masih tidak celik it. Dan sebab itulah umumnya mereka sebagai pekebun kecil kebanyakkan tidak mengetahui syarat-syarat kelayakkan. Jadi tidak salah kita sebagai pengguna media sosial boleh menghebahkan kepada mereka yang terlibat bagi mencerahkan lagi untuk mereka yang berkelayakkan.

Perkongsian Bermanfaat | Berkongsi benda yang bermanfaat untuk tatapan bersama, tidaklah membuatkan kita nak keberuntungan sorang-sorang tapi ini adalah untuk semua. Jadi perkongsian ini adalah umum untuk mereka.
Memori 20 Tahun Dahulu
20 Tahun Lepas | Teringat arwah atok Cikza selalu bawa kami masuk kebun, jika ke kampung sebelah abah di Gresik, Muar, kawasan kebun agak jauh sedikit dari rumah, datang bawa bekalan air kopi dan kuih tapi seronok pertama kali belajar cara-cara menoreh dengan arwah atok, bila dah selesai menoreh ikut arwah atok pergi jual susu getah waktu tu atok bagi duit jajan RM1.00 ( waktu tu nilai banyak ) hasil dari menoreh untuk beli gula-gula dan kiranya sebagai upah ikut atok pergi menoreh. Waktu tu adalah salah satu pengalaman sangat berharga kerana itulah kenangan paling manis dalam kehidupan Cikza sebagai cucu si penoreh getah. Setiap kali lalu di kawasan ladang getah, air mata bergenang sebab teringat arwah atok yang selalu bawa jalan naik motor pusing keliling kampung sambil lawat kebun getah orang lain. Rindu sangat kenangan tu, jika dapat diputarkan masa, itulah waktu yang akan Cikza pilih.
Al-Fatihah
Kepada kedua arwah atok Cikza, Hj Ehgsan b. Suari dan Hj Abd Rahman b. Elias. Kalau takda mereka mungkin Cikza sampai sekarang tak merasa pengalaman berharga tu.
Wahh bagus RISDA. Ko kena wat page RISDA satu dalam ni.. kiranya kau ni macam DUTA RISDA gitew huhu
Nak buat page ? uih deme dah ade sendiri dah kak, za ni sekadar membantu je.
page risda dalam blog ko lah… mcm aku ada page pdrm dalam blog
shiqeen sattar recently posted…Ruginya Tak Tahu Manfaat Apabila Blogwalking
ok nt cikza buat bagi kesenangan semua hehhe! masih tak faham wp lagi ni