Ayam Masak Kicap | Penyediaan memang mudah, cuma berbeza cara memasak, sesetengah ada yang memerlukan rempah ratus, sesetengah ada yang mencampak apa yang ada, bila dah di beri dapur, so ini lah masanya nak berperang dengan periuk belanga.
Resepi Ayam Masak Kicap
Bahan A ( Digoreng Separuh Masak )
- Ayam / Isi Ayam – ( Anggaran ikut suka korang )
- Kunyit
- Garam
Bahan B
- 2 ulas bawang besar
- 2 ulas bawang putih
- 1/2 inchi halia
- Rempah tumis ( kulit kayu manis / bunga lawang / bunga cengkih / buah pelaga )
- Kicap
- Sedikit garam
- Minyak
- Air asam jawa 1/3 gelas
Sampingan
- Cili Hijau – 4 tangkai di potong dua
Cara Penyediaan
- Panaskan minyak, tumiskan hirisan bawang besar/bawang putih/ halia / rempah ratus sehingga kekuningan, selepas tu masukkan kicap mengikut kesesuaian korang, samada nak letak lebih atau kurang.
- Masukkan sedikit air asam jawa, untuk mendapatkan kuah. Seterusnya masukkan ayam dan gaul rata, biarkans selama 4 minit,
- Akhir sekali taburkan cili hijau tadi dan biarkan seminit sebelum di hidang.
Sedia Untuk Dihidang | Versi Cikza adalah sangat simple dan campak-campak style, tanpa perlu meremehkan keadaan, lagi pula sangat simple dan mudah untuk disediakan, kalau ikut anggaran masa, cuma mengambil masa 30 minit sahaja penyediaanya.
Yang simple tuu sedap buat sahur….
Nina Mirza recently posted…Puding Karamel Tanpa Telur yang Mudah. Mmmmm….. Nikmatnya sejuk-sejuk lalu kat tekak ni…..
tau xpe, menu wajib, senang cerita menu malas cecampak kan 🙂
Uih sedap nii heehe
Wajib cuba tau..
Mcm susah jer.. aku ni malas masakk beb tkt kotor dapur
Allah senang cecampak je, kalo nk lagi pantas beli ayam goreng dah siap2 balik buat kuah je