Bertukar ke wordpress| Alhamdulillah saat yang di tunggu telah tiba, selama ni asyik bertangguh niat nak beralih ke WP, setiap bulan ada je halangan yang wajib di dahulukan. Bak kata YanieYusuf ibarat seperti dah ketinggalan zaman. Almaklum kami baru nak bertatih ke yang lebih baik, kiranya maju setapak ke hadapan. Dahulunya Cikza menggunakan sepenuhnya blogspot, kini dengan bantuan sifu Sohoque dan Hafiz Rahim semuanya berjalan lancar. Alhamdulillah syukur sangat, tidak lupa kepada Ben Ashaari yang bagi nasihat tentang penggunaan Ad-sense di WP dan SEO . Rupanya banyak yang Cikza perlu belajar lagi tentang selok- belok WP dan SEO ni.
Bermula Dengan Kritikan
Kalau korang nak tahu, Cikza mula nak jinak-jinak dalam WP ni bila mendapat kritikan dan kutukan hebat tentang domain lama yang Cikza gunakan ( www.mezquitalifestyle.com ) memang pada awalnya ramai yang bertanya apa yang dimaksudkan dengan nama tu? ada yang mengatakan susah dan berbelit lidah nak menyebutnya. Pada awalnya Cikza tersentap sikit tapi sentiasa positifkan diri. Rupanya itulah titik permulaan Cikza nak bina jenama sendiri. Dengan bantuan Shiqeen Sattar dan Umminani jugaklah Cikza mula mengorak langkah setapak ke WP .
Bertukar Domain
Dah berkobar semangat terus bertanya pendapat kawan-kawan, domain yang sesuai untuk penjenamaan semula blog wp Cikza kalini. Alhamdulillah www.cikza.com kini menjadi domain terbaru Cikza dalam penjenamaan semula berkat idea sahabat-sahabat yang menrekomenkan nama domain terbaru. Mudah sebut, senang diingati itu adalah salah satu sebab Cikza menggunakan domain baru.
Belajar Untuk Berjaya Bukan Sekerat Jalan Sahaja
So dengan beralihnya ke platform WP ni, semoga Cikza lebih suskses lagi, walaupun blog ini hanya sampingan Cikza untuk membina satu networking yang berjaya. Kepada mereka yang berminat nak mendalami ilmu SEO tu, cuba lah risik-risik Sifu Sohoque dan Hafiz Rahim. Insha-allah mereka akan memberi tunjuk ajar sekiranya di perlukan. Dah lah comel, hensem pulak tu. Haip! laki orang tu. Semoga korang memberi tunjuk ajar yang terbaik buat Cikza yang mula nak bertatih ni. Always jatuh manjang. Semoga peralihan kalini memberi impak positif dalam kehidupan dan rezeki yang di perolehi.
tahniah za, lepas ni main seo yer..main seo kena rajin menulis..heheh
okeh sis umi , za kena banyak belajar lagi.
tahniah cik za..moga lps success past ni..:)
terima kasih atas support..
Tahniah cikza..aummm..kita juga masih blogspot..hehee
Tak pe nad, slow2 ni pun sebab tercabar..
tahniah cikza..
InsyaAllah… Buat target dan planning untuk blog. Letakkan sasaran masa untuk berjaya. Cuba buat apa yang dirancang. Selamat maju jaya
terima kasih bam hoq yang banyak membantu, cuma za masih perlu banyak pembelajaran lagi.. insha – allah target ada mcm SKT hahahaha
hee~ tahniah cikza.. tapi kakak pun masih maintain blogspot nih.. hahaha~
Hehe sama2 sis, lagi pulak terasa tercabar tu yg tukar terus