Promosi Masakan Istimewa Johor Di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur

Ada sesiapa berasal dari johor, meh dekat-dekat, kita nak story pasal makan lagi ni. Kalini tak perlu nak drive sejauh 300km semata-mata nak merasa masakan asli di Johor. Sempena menyambut Citrawarna Malaysia 2016, Tourism Johor dengan kerjasama Seri Pacific Hotel, Kuala Lumpur telah menganjurkan Johor Food Cultural & Craft Fest bermula 18 May 2016 sehingga 27 May 2016. Diketuai oleh Chef Kusha Haron, yang berpengalaman menyediakan masakan untuk Keluarga Diraja Johor, bagi memastikan kesemua yang dihidangkan adalah resepi asli dari Johor. Teruja dibuatnya, sebab famili za berasal dari Johor.

Apa yang menariknya di Event Johor Food Cultural & Craft Fest ni?

Rugi kalau korang sendiri tak mencuba masakan yang sedap-sedap darinegeri johor di sini. Event pun berlangsung selama 10 hari, maka kekdahnya setiap hidangan akan bertukar setiap hari, jadi setiap hari mereka akan menghidangkan menu yang berlainan, Johor terkenal dengan hidangan yang berasaskan Asam Pedas, tak mustahil tak ketinggalan resepi tu. Wajib korang cuba tau. Jika datang ke event tersebut, korang akan diserikan dengan hidangan minuman “Selamat Datang” seperti Beyh Royale. 

Apa Beyh Royale tu? 

Sebenarnya Beyh Royale, adalah minuman untuk tetamu yang datang ke Istana Besar semasa pemerintahan Sultan Abu Bakar Temenggung Daeng Ibrahim bermula dari tahun 1833 sehingga 1855. Minuman ini di hasilkan oleh rempah aromatik seperti kayu manis, buah pelaga, bunga lawang, limau purut dan daun pandan. 
 

Nasi Kuzi Ayam

Masak Lemak Sayur Rampai dengan Keledek

Tetel Lembu Masak Gulai Daun Kesum

Sotong Masak Hitam

Bubur Harisa

 

Laksa Johor

Baulu Lapis Johor

Tembosa Daging

Nampak tak menu-menu diatas, ada yang dah terliur ke? itu cuma sebahagian je tau, menu-menu lain Nasi Kambing Beyh Royale, Nasi Ambeng, Ikan cencaru Masak Kerutup dan botok-botok ( bukan botok muka ) dan pencuci mulut seperti Bubur Som-som, Kuih Kole kacang, Pulut Kepal dan macam-macam lagi juga disediakan tau. Rugi kalau tak mencuba. Datang dan rasai sendiri baru korang senanggggggggg hati.
Untuk tempahan? 
Bagi yang ingin membuat tempahan, bolehlah menghubungi di talian 03-40494351/03-40494352, atau email terus kepada fbresv@seripacific.com
Untuk pertanyaan lanjut mengenai Seri Pacific Hotel, Kl korang boleh lawat di HOTEL SERI PACIFIC KUALA LUMPUR  

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge