Selama 30 tahun, za tak pernah sentuh ikan patin, apatah lagi nak makan lauk berasakan ikan patin. Dulu jika outstation ke negeri pahang, cuma mampu tengok kengkawan yang makan ikan patin hingga menjilat jari. Bagaikan mimpi ngeri dapat jemputan untuk merasa sendiri masakan pahang di Restoran Istana Bambu, yang terletak di MRR2 Ulu, Kelang. 

So, teruja kemain, bila sampai restoran tu, almaklum nak rasa sendiri pengalaman pertama kali mencuba masakan pahang yang digilai oleh semua, Patin Masak Tempoyak yang sinonim dengan mereka yang berasal dari pahang. Hampa bila sambal hitam dah kehabisan stok katanya. Yang tu za makan, berbekas-bekas pun takpe. Kadang ratah macam tu pun dah sedap. Berbalik cerita pada ikan patin tadi, katanya ikan patin ni adalah yang terkawal dalam sangkar, tidak hanyir dan dijaga rapi. 
Patin Masak Tempoyak
Asam Pedas Ikan

Pais Ikan Patin

Ayam Kampung Goreng

Masak Lemak Daging Salai
Rasanya menu diatas dah cukup buat korang teruja untuk mecuba, tapi pertama kali mencuba pais tempoyak ikan patin, memang sedap dan terbaik, rempah yang diadun dalam tu, buat sama rasa dengan ikan agar tak rasa hanyir tau. Rasanya korang wajib cuba. Za dah cuba akhirnya, selama ni duk ngata geli lah bagai. tapi rupanya sedap sampai za sendiri jilat jari. 
Lihat gelagat akak berdua tu, makan sampai tak ingat kita kat sebelah ni, almaklum dua-dua dikira “Hantu Patin Masak Tempoyak” so tak boleh nak cakap apa. Kalau korang buntu lah fikir kat mana tempat lunch korang yang belum pernah terjah lagi, cuba masuk listing wajib restoran ni. 
 
so kalau nak jamu kawan-kawan atau nak buat jamuan perpisahan pun boleh kat sini, memang za rekomenkan. kawasan persekitaran memang cantik, tenang dan ruang solat juga disediakan. Kebersihan adalah keutamaan bagi mereka. Kerana ruang selesa datangnya dari persekitaran yang bersih. 
Macamana nak buat tempahan ? 
Korang yang nak buat tempahan atau majlis apa-apa yang berkaitan,  boleh hubungi :-
Puan Aida 
Telefon Bimbit : 012-2497142 
Talian : 03-42514717/42524718
Email : info@istanabambu.com

 3,071 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge