Rasanya dah banyak kali Za berurusan dengan Lazada Malaysia. Kebiasaannya semuanya sampai pada masa yang ditetapkan. Tapi baru-baru ni, sahabat Za sendiri guna akaun lazada dibawah nama Za untuk buat pembelian. 

Pada 27 April 2016, Za dan sahabat ada buat pembelian sekali lagi kesemuanya dah proceed buat bayaran terus dan tak nak tertangguh. Lagi pulak dah percaya yang servis lazada semakin terbaik bagi Za, sebab dah lebih dari 10 pembelian dilakukan di bawah nama za sendiri. Masa pertama kali nak beli barang di Lazada ni, Za google sehabis boleh tau nak tahu servis penghantaran bagus atau rekod buruk. Tapi 5 orang memberi feedback yang terbaik tentang penghantaran dan servis yang dilakukan. 
Order dibuat pada 27/4/2016
Kalau ikutkan semua total RM 108.92 tau, duit tu, memang duit mudah dapat tapi habis macam air sungai. Biasalah kaum hawa ni mudah terpengaruh, jika ada sale, boleh agak siapa yang menjadi tetamu pintu kedai jam 10 pagi nanti. Berbalik pada tempahan tadi, Kalau ikutkan dijangka sampai pada 25 Jun 2016, tapi ada beberapa part yang dah sampai awal. Kebetulan pula, Za ada buat tempahan lagi untuk membeli barang di lazada, bila barang Za order minggu lepas dah sampai, tiba-tiba sahabat Za bertanya lah tentang barang dia yang tak sampai-sampai lagi. 
Rujuk No 1
Setakat jam 4.08 petang tadi, ada barang kedua telah diterima. walhal Za sendiri masih tak terima parcel tersebut, tertera di jadual ” DELIVERED” saksi adalah empunya yang buat tempahan. So Za terus ke bahagian logistik untuk melihat parcel yang dikatakan dah hantar tu, jenuh jugak mencari serata hingga ke bahagian sendiri tapi tak pulak jumpa parcel yang dikatakan delivered tu. Za buat keputusan telefon Customer Care Lazada
  • Alasan 1
    • Consignment tertera Delivered bermaksud telah diterima oleh pihak yang bertanggungjawab, walhal hakikatnya masih belum sampai, setelah puas mencari pun masih tak jumpa parcel tu. 
  • Alasan 2
    • Tracking Number tersebut kelihatan “Not Found” katanya pihak lazada menggunakan khidmat pos laju sebagai penghantaran. Tapi tracking yang dimaksudkan pun tidak kelihatan. 
  • Alasan 3 
    • Berkemungkinan rider tidak amanah ( tak boleh menuduh sesuka hati, dikatakan pihak pos laju yang buat penghantaran, tapi pos laju adalah servis yang terbaik Za rasa setakat ni )
Setakat jam 4.30 petang, masih tiada kata sepakat, pihak lazada bersetuju untuk “Refund” semula duit dalam akaun, dan pohon buat tempahan baru. Masa tu memang za frust sangat. tak terkata, baru je puji servis yang diberikan memang terbaik. ( Pujian Melambung Untuk Lazada )
Rujuk no 2
Sebelum nak tidur, setakat 12.06 pagi, cuba buat semakan kembali, terkejut bila status dah bertukar kepada “Refund” syukur sebab duit dikembalikan, sedih sebab barang yang di pohon sangat tak kunjung tiba. Rasa macam tertipu pun ada. Tapi jangan risau, Za memang takkan pernah serik berurusan dengan Lazada.

Untuk barang seterusnya, harap sampai pada tepat masanya. katanya dah masuk shipped kan, mesti barang tersebut dah proses untuk penghantaran, so tunggulah depan pintu nanti. Harap barang yang ketiga ni, tak menjadi seperti barang yang ke-2 masih tidak kelihatan tapi dalam proses refund. Jika terjadi jugak, memang stop dulu shopping dengan Lazada. 

 2,650 total views,  8 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge