Baru-baru ni, za ada mendapat jemputan ke Majlis Pelancaran Pakej Baharu SSPN-i Plus, Ejen Online PTPTN & Penyampaian Hadiah Cabutan. Apa kaitan dengan dengan BMW? pasti korang dah terpinga-pinga dalam fikiran. Beberapa minggu lepas za ada kongsikan produk terbaru dari PTPTN, iaitu SSPN-i Plus. Feedback yang di terima amat positif dikalangan ahli keluarga dan sahabat handai. 

SSPN-i Plus ni memang bagus sebab ada penambah baikkan dari yang lepas, lagi pula yang produk kalini ada perlindungan takaful berbanding produk yang lepas ” 

Sampai je di bangunan ptptn, berderet kereta di depan stage untuk di bawa pulang oleh pemenang. masa tu semangat membuak-buak nak memulakan step pertama. almaklum lah target BMW tetap di hati. Tapi za bukan nak buat sorang je pun, bahkan nak berkongsi kepada mereka yang punya impian seperti za yang nak jugak kiranya pandu pulang dengan penuh gaya BMW tersebut. Tapi majlis kalini bukan berfokus pada SSPN-i Plus sahaja, bahkan turut memfokuskan tentang Ejen Online PTPTN, baca sampai habis nanti korang akan tahu apa itu Ejen Online PTPTN.   

SSPN-i Plus Pelan Simpanan Terbaik Untuk Rakyat Malaysia

Majlis ini dirasmikan oleh YB Datuk Mary Yap Kain Ching (Timbalan Menteri Pendidikan Pengajian Tinggi) mewakili Menteri Pengajian Tinggi yang tidak dapat hadir ke majlis tersebut. Majlis dimulakan dengan ucapan aluan oleh YB Dato’ Shamsul Anuar Bin Hj. Nasarah merangkap Pengerusi PTPTN yang turut memberi penerangan serba sedikit tentang pakej terbaru SSPN-i Plus. 
sumber gambar : Ben Ashaari
Saat nak mengumumkan pemenang cabutan bertuah tu, memang jantung za boleh gugur dibuatnya, almaklum macam kita pulak yang menjadi pemenangnya, walhal orang lain. Tapi takpe boleh dijadikan inspirasi menyimpan sebab nak dapat kereta idaman bercakap dalam hati. Cabutan kalini banyak, kereta je dah lebih dari lima buah telah selamat menjumpai pemiliknya. Melihat kepada riak  muka pemenang, memang teruja dan gembira, serta terkedu tak terkata. Eh! boleh lah za bayangkan jika za kat tempat mereka. apepun ucapan tahniah dan kerana beliau telah membakar semangat za sendiri untuk memulakan langkah pertama untuk menabung dan pandu BMW dengan penuh gaya. 

Ada yang tergoda tak? Nampak tak makcik yang menang BMW tu? Modal penyimpanan cuma RM100 sebulan, bermula bulan November 2015, rezeki makcik tu dapat BMW, tak mustahil kita boleh mengubah diri kita kan. Lagi pula, keistimewaan SSPN – i Plus ni banyak manfaatnya. Tapi kalau disiplinkan diri RM1.00 sehari penyimpanan secara teratur pun dah berbaloi. Nak tau ape keistimewaan yang ada pasa SSPN-i Plus ni  sila rujuk pada >> Ketahui Keistimewaan SSPN-i Plus & Cara Membuka Akaun SSPN-i Plus Menerusi Online 

Bagaimanakah Cara Untuk Menyertai Cabutan Bertuah Yang Lumayan Tu?

Ramai yang bertanyakan bagaimana makcik dan pakcik tu kayo dapat pandu kereta mewah dengan bergaya dan penuh bangga pusing keliling kampung. Ada juga yang bertanyakan macamana nak dapatkan hadiah cabutan bertuah BMW yang di sebut-sebut tu. Jangan kata BMW je, jumlah keseluruhan hadiah adalah lebih RM 3 juta. Bukan setakat BMW je tau, macam-macam ada. tak terkata lah hadiah lumayan tu, sebab tu dah ada deposit SSPN-i Plus ni rugi kalau tak cuba, mana tahu rezeki bukan setakat BMW tapi apartment mewah bernilai RM 500k. Rugi teramat sangat kalau setakat tengok tapi tak sertai slot cabutan tu. Pada mereka yang berminat , jom kita tengok apa syarat-syaratnya :-

  • Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i atau SSPN-i Plus
  • Simpanan Minimum RM50.00, berpeluang menangi hadiah lumayan tanpa mengira pakej. 
  • Tempoh promosi cabutan bermula 8 jun 2015 sehingga 31 Mei 2016
  • Cabutan terbahagi kepada dua slot ( Rujuk Gambar dibawah ) 
Apa Itu Ejen Pemasaran Online ( EPO ) PTPTN ?  

Dalam penerangan tersebut, juga diselitkan tentang Ejen Pemasaran Online PTPTN, program affiliate yang di perkenalkan kepada mereka yang inginkan pendapatan sampingan. Disamping itu jua, bagi menarik minat, hadiah berupa Galaxy Tab akan di berikan kepada mereka yang mencatatkan jualan tertinggi,
Sumber gambar : Ben Ashaari

Terdiri daripada RNA ( Rakan Niaga Affiliate ) dan Ejen Pemasaran Online ( EPO) yang berdaftar dengan PTPTN untuk memperomosikan produk SSPN-i Plus secara online atau bersemuka. Setiap pendaftaran baru Ejen Pemasaran Online ( EPO ) akan dilantik menjadi RNA ( Rakan Niaga Affiliate ). RNA yang telah dilantik menjadi EPO akn memperolehi pelbagai keistimewaan, dan kadar komisen yang tinggi.

Apakah Syarat-Syarat Untuk Menjadi Ejen Pemasaran Online ( EPO ) ?

  • Warganegara Malaysia 
  • Berusia 18 tahun keatas. 
  • Penyertaan adalah PERCUMA
Apakah Kelebihan Bila Mendaftar Menjadi Ejen Pemasaran Online?
  • Komisyen Lumayan
  • Pendapatab tanpa had dan berterusan
  • Tanpa modal perniagaan 
  • waktu fleksibel dan mudah
  • Latihan bimbingan di berikan. 
  • Sokongan pemasaran berterusan 
  • Pasaran luas tanpa sempadan 
  • Tidak melibatkan transaksi tunai
Bagaimana Untuk Mendaftar Menjadi Ejen Pemasaran Online ? 
EPO ini membantu mereka menjadikan sumber pendapatan sampingan, Hanya dengan satu link unik diberikan bagi mereka yang telah berdaftar untuk mempromosikan menerusi facebook, blog dan media sosial yang lain tanpa had dengan menerima komisen yang lumayan.

Jadi kepada mereka yang belum membuka akaun SSPN-i Plus,korang boleh buat secara online tanpa perlu beratur panjang, Skim yang ditawarkan amat sesuai tanpa perlu mengeluarkan modal yang banyak. Takkan korang sebagai ibu bapa nak melihat satu masa akan datang mereka terkapai-kapai nak memulakan pengajian tanpa ada sumber yang boleh di biayai. Tindakan yang pantas adalah tindakan yang sangat bijak bagi menentukan masa hadapan hala tuju generasi seterusnya. Jadi buat pilihan yang bijak demi perlindungan masa hadapan.

( Pembukaan Akaun – > Klik banner dibawah

 773 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge