” INDAHNYA RAMADHAN “ adalah tema pilihan Restoran Istana Bambu kalini. Pasti ramai yang tertanya-tanya, menu apakah yang di hidangkan berbaloi ke dengan harga RM28.35. Baru-baru ni Za dapat jemputan sekali lagi dari pihak Restoran Istana Bambu yang terletak di MRR2. Rasanya sesiapa yang pernah berkunjung ke restoran ni, pasti mengetahui keadaan sekitar suasana disini yang mengamalkan konsep perkampungan buluh tepi sawah padi dan terasa seperti suasana kampung memberi kelainan dan keunikan walaupun terletak di ibu kota.
![]() |
Restoran Istana Bambu ” INDAHNYA RAMADHAN “ |
Melagkah masuk je dah nampak dah bersusun kuih- muih tradisional yang memikat selera pngunjung sini, fokus utama adalah bingka ubi, uih! nampak marveles kat situ. Bukannya apa za ni sebenarnya peminat tegar kuih tradisional mak-mak nenek nenek kita dulu-dulu. Tapi nak bagitahu ni, teruja tau tidak jangan kata kuih muih je, macam-macam ada dengan kuihnya, patin nya, dengan steamboatnya memang terlajak laris. Sebelum terlupa, sempat lagi korang nak pekena menu lunch yang za dah kongsikan dalam entry lepas – Enaknya Hidangan Makan Tengahari di Restoran Istana Bambu
Buffet Ramadhan 2016
![]() |
Restoran Istana Bambu – Kambing Bakar |
Kambing Bakar Bergolek
Katanya ia mengambil masa 2 jam untuk penyediaanya, bahan perapan pun katanya adalah resepi rahsia, tapi Za nak kasi tau, rugi kalau korang tak mencuba keenakkan kambing golek kat sini. Za dah cuba rasa memang sedap hingga menjilat jari. seriuss kalau tak caya cuba lah rasa.
Menu-Menu Lain Wajib Cuba
Sebahagian juadah disediakan kalini adalah dari 70 menu yang bakal disediakan khas untuk mereka yang berbuka di Restoran Istana Bambu, Juadah sebahagian yang disediakan kalini memang terbaik dan lazat-lazat semuanya. Tak rugi kalau rasanya berbelanja untuk mereka yang tersayang atau badan-badan korporat yang terlibat.Jom kita layan sebahagian menu dari 70 hidangan tersebut, mesti aummm!!
![]() |
Restoran Istana Bambu – Ikan Masak Berlada |
![]() |
Udang Goreng Mentega – Restoran Istana Bambu |
![]() |
Restoran Istana Bambu – Sotong Goreng Telor Asin |
![]() |
Restoran Istana Bambu – Lala Goreng Pedas |
![]() |
Restoran Istana Bambu – Tomyam Seafood |
![]() |
Restoran Istana Bambu – Asam Pedas Ikan |
![]() |
Restoran Istana Bambu – Patin Masak Tempoyak |
![]() |
Restoran Istana Bambu – Gulai Daging Masak Lomak |
![]() |
Restoran Istana Bambu – Rendang Ayam |
![]() |
Aneka Steamboat – Restoran Istana Bambu |
Aneka Kerabu Yang Menjadi Pilihan
![]() |
Kerabu Mangga – Restoran Istana Bambu |
![]() |
Kerabu Sotong – Restoran Istana Bambu |
Rasanya berbaloi-baloi tak dengan harga yang ditawarkan, sebenarnya banyak lagi lauk pauk yang disediakan, semua itu kejutan yang wajib korang pergi cuba sendiri berbuka kat sana bawa adik, kaka, abang, gepren, boypren, skandal hahaha. Dalam korang tengah berbuka puasa tu, korang juga akan di sajikan dengan pelbagai gamelan dan persembahan untuk mengamit suasana kampung.
![]() |
Persembahan Cak Lempong oleh adik-adik yang comel |
Perut pun dah lapar, apa lagi baca doakan makan dan suaplah nasi yang dicedok ke mulut hahah! lagi pulak bila dah makan dan merasa sendiri lauk yang di sediakan memang buat kita leka dan lupa semuanya sebab terlalu sedap, terutama sotong goreng telur asin.
” Awat makan sikit Cik Za…” tanya kak SS
” Baru intro ja SS..” Jawab Cik Za
Huh! dia tak tau ceq ni kuat nau makannya, bertambah-tambah kalau lauk – lauk yang dihidang kan tu sedap dan menyelerakan,
![]() |
Muka Lapaq semuanya tu – Restoran Istana Bambu |
Jom Tengok Video Yang Disediakan
Jom Berbuka Puasa Di Restoran Istana Bambu!!!!
Buffet yang disedian adalah serendah RM 28.35 untuk kanak-kanak (5 Tahun sehingga 11 Tahun), bagi dewasa pula RM 55.60, Kanak-kanak berumur 4 tahun ke bawah adalah percuma. Sepanjang bulan Ramadhan restoran akan beroperasi dari jam 6 petang sehingga 10 malam, Berikutan tempahan yang sangat luar biasa tahun lepas, tempahan awal sangat dialu-alukan, Bermula pada minggu pertama puasa mereka buat promosi cuma dikenakan RM 40 .00 Dewasa.
Bagaimana nak buat tempahan?
Hubungi :
Puan Aida ( Pengurus Restoran Istana Bambu )
No Telefon Untuk Dihubungi :
012 – 2497142 ( Telefon Bimbit )
03 – 42524718 ( Pejabat )
Email :
Alamat :
RESTORAN ISTANA BAMBU
LOT 841-842, JALAN AMPANG ULU KELANG
68000 AMPANG SELANGOR
Website : Restoran Istana Bambu
Facebook : Facebook Restoran Istana Bambu
1,004 total views, 2 views today