Social Media – The Gathering Muslim Volunteer Malaysia – Kelab Blogger Ben Ashaari di Darul Insyirah, Bangi. 
Baru-baru ni lah, za dapat berpeluang bersama untuk menyertai Program Amal anjuran Muslim Volunteer dengan kerjasama Rakan Media Kelab Blogger Ben Ashaari, di Rumah Warga Emas Darul Insyirah, Bangi. Pertama kali di beri peluang memang sangat teruja, tak disangka terpilih untuk melakukan kerja amal yang selama ini diidamkan oleh za tau. 
sumber facebook muslim volunteer malaysia


Darul Insyirah, terletak di Bandar Baru Bangi, mempunyai keluasan 4 bilik dan 2 Bilik air disediakan untuk warga emas yang menginap disitu, ramai yang memperkatakan kononnya jika warga emas yang duduk situ adalah dari kalangan mereka yang terpinggir dan merempat di tepi jalan tiada hala tuju. Sebenarnya bukan apa yang dimaksudkan oleh semua pihak, tahu nak cerita pasal keburukkan je, tanpa melihat suasana yang sebenar. 
9.00 Pagi – Kami di beri taklimat ringkas oleh sukarelawan Volunteer Muslim Malaysia. tentang apa yang terdapat sensitiviti penghuni disitu dan agihan tugas di perlukan. Sebanyak 6 Team di pecahkan antaranya Team Urutan Mesra , Team Hidroponik , Team Ceramah, Team Makan, Team Salon, Team Kebun. Masing-masing telah di beri tugasan yang telah diagihkan, Za termasuk dalam Team Urutan Mesra, Semua produk-produk urutan di sponsor oleh Cosmoderm. 
Nampak tak ape tu? Bila za diletakkan dibawah Team Urutan Mesra, Produk Cosmoderm Body Lotion Magic adalah menjadi pilihan, za kongsikan serba sedikit Kebaikan Produk Magic Lotion ni, 
  • Membantu rawatan semulajadi untuk kulit bermasalah seperti jerawat badan, ruam, jangkitan kulat dan bakteria serta selar matahari
  • Mencegah bau badan agar nyaman sepanjang hari 
  • Diperkaya dengan lidah buaya, Vitamin B5 dan E untuk kelembapan semulajadi
Kalau korang ada masalah seperti diatas, apa lagi boleh dapatkan di Agen terpilih tau. Bau wangi semerbak, macam losyen bayi, tapi bila dapat buat urutan kat tangan, kaki, badan bonda-bonda, Ya ampun ada yang suruh za datang weekend buat sesi urut mesra tau, ada 3-4 bonda yang booking za dulu, jika za datang jengah dorang nanti, allahuakbar, terharu kiranya za dibuatnya. 

Penghuni di Rumah Darul Insyirah ni, serius semuanya ramah mesra, termasuk bonda-bonda yang ada, macam-macam yang za dan kawan-kawan buat, dorang rileks dan santai. Jangan tak tahu bonda-bonda ni pandai bergurau tau. Tak rugi masa yang ada, sebeb semuanya diisi dengan aktiviti yang menyeronokkan. Pengalaman tu diambil dan di kutip untuk dikongsi bersama, saat buat sesi urutan tu, teringat pulak arwah Nenek Bedah ( AL-Fatihah ) kesayangan za tau. 
Nampak khusyuk dieorang buat kerja, kerja amal ni, bekalan akhirat, yang pasti semua orang berlumba-lumba nak kejar tau. Team Kebun ni gigih nak menyiapkan laman tuk tanam pokok-pokok yang disumbangkan oleh UPM. 
Jam 2.00 Petang – setelah selesai solat zuhur, Team Ceramah mula mengambil alih tugas. Ceramah disampaikan oleh Ustazah. Dr Robiah Kulop Hamzah Pakar Motivasi untuk Program Motivasi terbitan TV3. Bonda-bonda disini khusyuk melayan, ada yang masih boleh bergurau senda. Namun dalam khusyuk mendengar ceramah tu, masa tidak mengizinkan. Sampai tidak sedar waktu hampir tiba ke penghujungnya tau. 
Tatkala ingin beransur pulang, waktu tulah kesedihan dihati, rasa macam kejap je masa bersama bonda-bonda tau. Bila ketika akan bertemu lagi. insha allah ada rezeki, za akan datang jengah bonda-bonda tuk lepaskan rindu. Dari Pengalaman yang za ambil ni, apa yang za perolehi. Hargailah waktu-waktu kita bersama orang yang tersayang, Mereka yang menghuni disitu terdiri dari golongan yang anak-anak mereka bekerja, cuma datang melawat waktu hujung minggu, dan bawa pulang ke rumah jika perlu. Tidak dipanggil derhaka, tapi Darul insyirah bertindak sebagai Pusat Penjagaan Warga Emas, khas bagi anak-anak mereka terlalu sibuk dengan kerja, dan tidak ingin membiarkan ibu-bapa mereka keseorangan, sekurang bila berhuni disitu, adalah bonda-bonda sebagai teman berhibur, berborak dan sebagainya.


 730 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge