Siapa yang rasa die Tamak Pahala, Nak buat kerja amal jangan kecoh-kecoh kat orang, nanti dikatakan riak dan takbur. Tapi apa salahnya reward pun dikongsi bersama. Serpihan-serpihan pahala tu dapatlah ke korang sebab membantu mengajak memberi sumbangan kepada Anak-Anak Syurga yang memerlukan.  Harini za nak buat perkongsian berkenaan Projek Tamak Pahala dan Baby Box. Program ini adalah bertujuan untuk membantu keluarga yang mempunyai bayi tapi kurang berkemampuan. Dengan hasrat kerja amal sambil membantu, maka dengan adanya projek sebegini, ringanlah sedikit bebanan ibu bapa tersebut untuk membantu menyediakan  barangan keperluan bayi. Dahulu Projek ini dikenali sebagai Projek Tamak Pahala, dan berdaftar secara rasmi sebagai Craddle Of Love Association ( Persatuan Buai Sayang ) dan sekarang ia dikenali sebagai Baby Box Project. 

Apa yang terkandung dalam box tersebut ? 

Dalam setiap box, kandungan adalah berbeza mengikut umur bayi. Untuk Kategori A adalah bayi yang berusia 6 bulan kebawah, manakala Kategori B adalah untuk bayi berusia 7 bulan sehingga 1 tahun. Selain itu, barangan wajib yang ada dalam box tersebut adalah Baju Siang dan Malam, Sarung Kaki, Bibs, Lampin, Barut, Selimut, Tuala, Sabun Mandi, Botol Susu, Berus Botol Susu, Minyak Sapu, Termometer serta barangan lain lagi. 
Siapa Yang Layak Menerima Sumbangan Ini? 
  • Pendapatan adalah RM 1000 Ke Bawah
  • Tanggungan Lebih 8 Orang ( RM 3000 Kebawah )
  • Ibu atau Bapa Tunggal 
  • Anak Yatim Piatu (Jika Ibu/ Bapa atau keduanya meninggal dunia & bayi tersebut berusia 1 tahun dibawah penjaga
Bagaimana Untuk Menyumbang ? 

Selain wang ringgit, mereka juga ada menerima sumbangan dari segi barangan terpakai, dan jika ianya masih elok akan diisi dalam kotak tersebut, dan jika ianya tidak elok, barangan tersebut akan dijual dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam tabung Baby Box. Untuk Makuman Setiap box adalah anggaran bernilai RM 30.00 setiap satu. Jika korang nak sumbang seberapa banyak sekalipun pun boleh asalkan ianya niat ikhlas dari hati dan bukan keterpaksaan. Bermula dari RM 5.00 keatas. Sumbangan boleh disampaikan seperti dibawah :-
Pasti korang tertanya-tanya adakah mereka badan NGO yang telah didaftarkan, Jawapannya adalah YA, Badan tersebut telah didaftarkan di bawah Seksyen 7, Akta Pertubuhan 1966 bertarikh 19 Januari 2016.

Dengan adanya program sebegini, sekali lagi dapatlah meringankan bebanan yang ada, mungkin kita tahu sebahagian dan tidak sepenuhnya mereka yang kurang berkemampuan. Bukannya apa yang pasti kita akan berasa senang jika dapat membantu orang, sebab tu kalau boleh kita SHARE dan Kongsi untuk dikongsi bersama, ganjaran pun akan kita peroleh bersama. 

Keratan Akhbar Harian Metro bertarikh 27 Mac 2016

 704 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge