Sesuai Sangat Ke Korang Nak Ngorat Dia ?
Pernah bertanya pada diri tak, atau pernah tak korang crush dengan seseorang yang korang suka? Nak perhati atau nak bertindak, seperti yang dijanjikan, za pernah up satu status berkenaan topik yang di perlukan oleh audience za sendiri. Almaklumlah kan kita ni bukannya doktor cinta dan pakar cinta pun.
Seperti yang dijanjikan harini za up satu kali entry berdasarkan pengalaman za lalui sendiri. Bukannya apa, sebagai kaum perempuan, kalau mencari pasangan tu biarlah yang betul-betul rasa bertanggungjawab dan kalau boleh tajam pemikirannya. Perempuan ni ibarat bayi yang baru lahir bila dia mula-mula jatuh hati pada pasangan dia. Lagi pulak Perempuan ni lembut hati, Hati perempuan terlalu sensitif sangat dalam hal-hal yang sekecil zarah pun boleh jadi isu. Sebab tu dalam bercinta patut di latih diri untuk menjadi sabar, kerana itu adalah tunjang utama dalam satu perhubungan.
Sebenarnya tiada istilah mengorat dalam kamus hidup wanita, jika lelaki benar-benar ingin berkawan dan atas niat ingin mengambil beliau sebagai isteri, Bagi beliau istilah mengorat ni, digunakan waktu cinta monyet zaman sekolah rendah dan menengah. Beberapa za ingn kongsikan Tips yang sesuai kot untuk korang gunakan
Tip Tawan Hati Wanita
BERDOA AGAR DIDEKATKAN
- Berdoalah dengan pengharapan agar dia terbuka hati untuk menjadi milik kita, bukannya apa setakat berkata tapi tidak menyebut dalam doa pun apa lah sangat kan. Doa adalah salah satu luahan yang allah akan sentiasa dengar apa yang kita pohon.
BERKAWAN
- Mulai berkenalan dengan cara berkawan, dan bukan “berkapel” ( itu adalah istilah budak-budak ) Bila kita berkawan, kita dapat mengenal pasangan kita keseluruhannya. Perempuan yang matang amat selesa dimulai dengan salam persahabatan, bukan terjah terus tiba-tiba ajak kapel.
PANDAI AMBIL HATI
- Perempuan ni manja, ibarat anak kecil, hati sensitif tau, korang yang lelaki kena take note. Ada sesetengah perempuan suka pada kejutan seperti ke tempat-tempat yang paling best untuk korang lakukan aktiviti bersama. (cth : makan-makan , jalan-jalan, shopping )
TIDAK KEDEKUT
- Perempuan amat pantang pada lelaki yang kedekut ni, Setakat dia minum teh tarik tapi dia yang kena bayar, alamatnya say gudbye lah jawabnya. Kenapa beliau buat camtu? bila korang dah kawin dah tentu lah korang sebagai lelaki kena siapkan wang saku untuk, PASAR, MAKAN, KELUARGA dan lain-lain.
TAK SUKA OVER ATAU CEMBURU
- Tak suka over protected atau cemburu, itu yang paling pantang pada perempuan, kalau dalam pekerjaan just be profesional, lagi pulak korang berkawan, so yang perempuan tu mesti tau batas-batas pergaulan dia dengan kawan lelaki. Lagi pulak salah satu punca-punca korang di landa perang dunia adalah SIFAT CEMBURU.
BERKEPIT 24 JAM
- Ada sesetengah perempuan mungkin suka kot berkepit 24 jam, dengan alasan ” Takpe tak lama lagi dia nak jadi pasangan kita pun ” KO RASE??? Dah yakin ke dek non dia pasangan korang, jangan main serkap jarang. Tapi bagi za memang tak berapa minat lah nak berkepit 24 jam, asal sikit bedua, keluar ngan kawan-kawan pun berdua, makan pun ada kawan-kawan macam dunia korang lah sendiri. Kena pada za, memang dah out dah.
KEMATANGAN & HORMAT
- Perempuan suka lelaki yang matang dalam menyelesaikan satu hal, kalau boleh jangan terlalu memaksa dan push sangat kaum perempuan ni, sebab hati mudah tersentap. Lagi pulak hal-hal yang kecik boleh jadi besar. Yang penting korang hormat dia sebagai perempuan tau. Walaupun dia berperangai macam budak-budak.
Rasa cukuplah ye, lagi pulak ini berdasarkan pengalaman za sendiri, sebenarnya banyak lagi yang boleh di kongsi, tapi za sentuh tip utama sahaja. za suka rujuk blog Aku Penghibur, sahabat KBBA9, kerana banyak topik-topik dan tip yang korang nak. berkaitan ilmu kehidupan dan sebagainya. >>> AKU PENGHIBUR.COM