Cuti sekolah pun dah nak dekat, so rasanya mesti banyak kerja kahwin yang nak di terjah, tapi ada jugak rakan-rakan yang mencari promosi perkahwinan yang murah dan berbaloi-baloi kan. Kadang harga mahal pun, rasa makanan nampak indah khabar dari rupa, ada pula nampak mahal tapi rasa pun dah tahu camna kan, Segelintir bakal mempelai mesti ada rasa takut, dan terutama ada yang nak jimat kos dari segi majlis. Baru-baru ni za dah terjah Hari Terbuka Felda D-Saji, khabarnya ada promosi kebabom tau untuk pengunjung yang hadir serendah dari RM9.90 tau.
Jika datang kenduri kahwin, dah tentu korang mesti nak capai pinggan kekonon nak rasa Katering yang di gunakan, sedap atau tak korang sendiri yang rasa. Tapi untuk harini, za sendiri merasa juadah Food Tester yang disediakan di Hari Terbuka D-Saji. Antaranya Nasi Minyak, Dalca, Udang Masak Merah, Ayam Masak Merah dan lain-lain lagi.
Pakej & Venue Perkahwinan Felda D’Saji
Pakej Bermula yang ditawarkan adalah bermula dari RM 9.90 ( Dulang Selera min 1000pax ), kiranya bagi korang yang mempunyai bajet rendah lagi afdal ambil Pakej ni. Lagi pulak banyak lagi pakej-pakej yang disediakan antaranya :-
- Pakej Dewan Perdana Felda, Jalan Maktab
- Pakej Dewan Merak Kayangan, Jalan Gurney
- Pakej Dewan Gemilang @ Yayasan Felda, Kelana Jaya
- Pakej Asmara Penchala, Kg Sg Penchala
- Pakej Orchad Villa, Gombak
- Pakej Kajang Perdana Avenue, Kajang
- Pakej Dewan D’Mahligai, Puncak Jalil
![]() |
Juadah Di Hari Terbuka D-Saji |
Nak ambil lagi malu, segan yang amat. Tapi memang rasa sangat terbaik. Ayam masak Merah tu memang terbaik serta lauk pauk lain yang disediakan. Berbaloi rasanya kalau korang ambil pakej yang disediakan dengan rasa yang memang terbaik dan cukup syaratnya.
Nak Buat Tempahan ?
Sales & Marketing Department
Felda D’Saji Sdn Bhd
Jalan Maktab, 54000 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 26988302
Facebook : Felda D’Saji ( Official )
Instagram : @Feldadsaji
Teruja tak tengok akak bergambar dengan Prop yang gojes tau, Dengan penyewaan, Tapi pasang sendiri tu dah boleh rasanya korang terjah mana tahu, korang ada idea-idea yang nak diketengahkan kan. Lagi Pulak Pakej Photo Booth yang di sediakan memang sangat murah semuanya bermula dari RM 2.00 sahaja tau, Gasaklah korang nak pilih yang cemana semuanya ada disitu.
Kad kahwin pun yang disediakan memang corak yang up-to date dan terlampau gojes sangat, sesuai untuk untuk korang yang inginkan Kad cantik tapi Jimat Kos, lagi pulak Harga dah termasuk Road Sign, dan Bunting Banner tau. Bermula dari RM 500 ( 1000px )
Untuk Tempahan :
Galeri Kad Lestari
Jalan Bunga Tanjung 2/16,
Seksyen 2, Shah Alam
Selangor
Tel :
011-20132990 ( H/P )
03-55102290 ( Pejabat )
Facebook : Kad Lestari . Com
Website : www.kadlestari.com
Sweet Studio Sdn Bhd
Tak ketinggalan jugak, kalau dalam satu majlis memang tak sah takde fotografi kan, lagi pulak bagi korang yang nak menempuh hari bahagia ni, pasti nak yang terbaik dengan harga yang berbaloi-baloi kan. Kualiti gambar yang diambil sememangnya sangat profesional dan 5 bintang. Berbaloi dengan harga yang bermula dari RM 2,222 Pakej termasuk :-
- Cover untuk Kedua Belah Pihak
- 2 Album ( 20 Keping Gambar )
- PERCUMA [ Satu Potrait Gambar ]
ADD RM 400 ( Ugrade Signature Album ) tapi untuk mereka yang berminat kan, selebihnya korang boleh belek-belek hasil kerja dorang dalam facebook dan instagram
Facebook : Sweets Picture Sdn Bhd
Instagram : @sweetpicture_kl
Chenta By Raja Farah
Sape tak kenal dengan Raja Farah, yang dulunya seorang pengusaha Yogurt Aiskrim, kini beralih kepada penyediaan doorgift kepada tetamu mempelai, Mini Pretzel homemade by Raja Farah sendiri dan dibantu ibunya memang terbaik, za dah rasa ada masin-masin dan kelainan disalut dengan coklat putih atau perisa lain sebagai tambahan. Nak ambil dua malu, dapat seketul je, tapi sedap punya pasal tebalkan muka mintak satu pcs lagi hahahah! Harga bermula serendah RM 3.00 dengan hiasan dekorasi dan diletakkan sticker nama pengantin tau. Nampak terang, kemas dan gojes.
Untuk tempahan :
Tel : 013-9735989 ( Raja Farah )
Instagram : @chentabyrajafarah
Wafi Soft Ice Cream
Sape peminat aiskrim, memang ada diantara korang yang memang hantu aiskrim kan, mesti tak sah kalau takde aiskrim dalam satu majlis ni, ibarat tak cukup syarat, termasuk pulak cuaca sekarang panas, memang pekena aiskrim sangat terbaik untuk sejukkan badan. Lagi pulak Aiskrim yang disediakan memang pelbagai perisa. antaranya Vanila, Coklat dan bermacam lagi. Cuma yang tadi za kesempatan melihat perisa coklat yang aummm!
Nampak terliur pulak tengok bebudak ni makan aiskrim dengan penuh nikmatnya, meleleh-leleh dik non!! Ada yang teruja nak sewa selain majlis perkahwinan, turut disediakan untuk majlis hari jadi dan lain-lain yang sewaktu dengannya.
Berminat nak buat tempahan Aiskrim Buatan Malaysia
Facebook : Wafi Soft-Ice Cream
Instagram : @wafisofticecream
#Piccabooth
za rasa dah serupa kanak-kanak ribena yang pantang nampak kamera, harini pulun habis kat photo booth ni, rasanya pelbagai aksi memang yang sesuai untuk tatapan bersama.
Bagi mereka yang berminat boleh rujuk — >
Instagram – #piccaboothofficial
Facebook – Picca Booth
Akhirnya selesai sudah, cik za buat review Hari Terbuka D’Saji dan melihat sendiri pakej-pakej yang ditawarkan. sememangnya terbaik dan sesuai untuk mereka yang sedang membuat kiraan kos majlis perkahwinan kelak. Jangan lupa jemput cik za nanti tau.