Terbaca artikel Blog Shiqeen Sattar  
Kita sering melihat, ramai remaja yang masih lagi lemah dalam penggunaan ejaan yang betul, penggunaan ayat sepatutnya wajib dititik beratkan, sebabnya mereka adalah harapan bangsa. Cuma terdetik kecewa sedikit di hati, pada awalnya agak terkejut melihat penggunaan bahasa melayu sekarang. Siapa kita nak salahkan adakah ibubapa, guru atau pergaulan mereka. Pepatah mengatakan “Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya” cuma terkadang kita sendiri pun keliru nak membaca sms dari anak-anak zaman sekarang . 

korang pernah melihat seperti gambar diatas, za sendiri terkelu lidah nak membaca dan fahamkan satu persatu ayat dan ejaan yang di tulisnya. Bukannya apa, jauh disudut terfikir “Adakah ini pendidikan yang diajar oleh cikgu di sekolah atau adakah ini hasil didikan ibubapa mereka pada masa kini?” Boleh juga pergaulan adalah punca utama, dalam mereka bergaul dan berkawan. Almaklum seawal umur 12 tahun masih ditahap mereka untuk mengenal dunia remaja. Ditambah pula dengan pergaulan dengan 1001 jenis perangai. Teringat pula, kes pasal Dr. Harlina yang dah di viralkan tu, rasa-rasa boleh bayangkan tak, jika Dr tersebut dapat sms macam ni. adoi! Budak-budak sekarang yang suka menulis, menaip tatabahasa begitu, memang merosakkan Bahasa betul lah gamaknya.  (Panggil saya Puan atau Doktor – Dr Harlina)

 1,305 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge