Kemeriahan Buffet Ramadhan Di Putrajaya International Convention Centre ( PICC )

Kemeriahan Buffet Ramadhan Di  Putrajaya International Convention Centre ( PICC ) 

” Hidangan Tradisi Warisan Budaya ” adalah tema Buffet Ramadhan yang akan berlangsung di PICC sempena Bulan Ramadan yang bakal menjelma tak lama lagi. Menampilkan lebih daripada 300 Juadah Makanan, termasuk beberapa jenis juadah yang berkonsepkan ala-warung. ( Mesti korang suka kan and teruja )

Pakej Berbuka Puasa ini akan bermula pada 8hb Jun 2016 sehingga 3hb Julai 2016 dengan kadar bayaran sebanyak RM98.00 untuk Dewasa dan RM49.00 untuk Kanak-Kanak ( Berumur dari 6 tahun hingga 12 tahun ) Manakala kanak-kanak bawah 5 tahun adalah PERCUMA.


Itu semua sebahagian dari hidangan wajib ala warung yang akan di sediakan, Antaranya Daging Masak Hitam, Daging Masak Rendang, Dalca, dan bermacam lagi juadah yang disediakan. Rugi kalau korang sendiri tak mencuba. 

Tak sah kalau, Hidangan kambing panggang takde dalam senarai, inilah menu wajib sebagai tarikan utama tau. Dengan perapan pelbagai jenis rempah, setiap hirisan mempunyai rasa yang begitu aummm! 


Pertama kali, za melihat pelbagai jenis kerabu yang dihidangkan, terutama za tertarik dengan Kerabu Ikan Kembung Dengan Daun Salom. Bagi za kerabu-kerabu yang disediakan memang sedap. tak rugi rasanya bayar RM98.00 untuk mendapat juadah yang sedap-sedap sebegini.

Bubur lambuk juga disediakan dengan pelbagai campuran yang diinginkan, Sesuai untuk kanak-kanak yang tidak sukakan nasi atau sebagai hidangan sampingan. 
Pencuci Mulut tersusun rapi, sangat menarik minat dihati,( WoW! macam pantun dua kerat pulak.) Memang teruja habis dibuatnya, pencuci mulut yang dihidangkan mempunyai pelbagai jenis yang rasenya buat korang sendiri rambang mata tak tahu nak bermula dari mana. 
Jangan lupa Majlis Iftar Amal Wakaf yang menampilkan Zamani dan Mawi sebagai gandingan utama selain artis-artis jemputan seperti Rabbani, Qasidah Afad, Wildan dan Pawana serta yang lain akan bersama  untuk berbuka puasa nanti. Sambil berhibur sambil beramah, sambil juga menjamah. Selain itu juga sebagai kelainan , Personaliti Pencetus Ummah yang menjadi akan  jemputan untuk memberi tazkirah selama 15 minit sebelum azan maghrib di alunkan. 
Ruangan solat turut disediakan bagi mereka yang ingin menunaikan solat maghrib dan terawih di mana ruangan tersebut diasingkan lelaki dan wanita. 
Dalam menikmati kelazatan hidangan yang disediakan Pengunjung yang hadir bakal menerima Hadiah Duit Raya Cabutan Bertuah sebanyak RM3000, disamping lebih  hadiah-hadiah bernilai RM10000 yang menarik minat korang. (Sape tak nak menang duit raya RM 3000). Bukan sahaja menjamah lebih dari 300 hidangan juadah yang disediakan bahkan bawa pulang duit raya. Dah-dah jom ramai-ramai terjah berbuka bersama yang tersayang mahupun sektor korporat. 
Untuk maklumat tempahan, boleh terus ke Kaunter Tempahan Buffet Ramadhan di Cafe @ PICC, aras Concourse PICC. Bagi mereka juga yang sibuk atau tiada masa untuk membuat tempahan secara walk -in, Boleh juga dilakukan di atas talian 
Untuk mendapat maklumat lain tentang buffet ramadhan ni, boleh terus menghubungi Cik Kumari Nahu di Talian >>> 03-88876000

Facebook 

Instagram 

Twitter 

Related Post

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge